Followers

Sunday 27 January 2013

Fening Kepala! pilih warna tema untuk raya

Assalamualaikum...

tengok je tajuk kat atas mesty semua owang pelik kan. tak pun comfirm ade yang fikir, tema untuk raya apa? chinese new year ke? owhhh tidak tidak dan tidak. 

kalu bloger best Ben Ashaari pening kepala nak hias rumah baru, aku pun pening jugak. tapi pening kepala nak pilih warna tema untuk raya  puasa tahun nie. giler hover kan?

baru awal tahun dah sibuk2 nak memikiau, naper kan? raya lambat lagi, bulan 7 ke bulan 8 entah... please, jangan pelik.. itu lah kaum kerabat keluarga aku. 

dekat fb family group tu dah penuh dengan komen2 dan cadangan macam2 warna dah. semua orang sediakan sugesstion masing2. atleast 2 warna. sebabnya nanti boleh pilih dan takut serupa. aku sorang je belum rasa berminat nak pilih warna apa. ayoooo lambat lagi, boleh bikin stress taw tak hehehehe tapi aku tengok, kazen2 yang lain dan aunt2 semua excited giler. siap berwhatt up bagai. sungguh teruja tol la diorang ni. family ceria memang ler macam gini. itu belum lagi bab nak pilih menu di pagi hari raya. lagi kalut. kah kah kah , kenkadang siap undi taw tak.. bila tak bertuah, menu yang dicadangkan tu terpaksa ditunda ke hari raya yang kedua or ketiga. funny sesangat!

kiterowang memang macam nie, selalunya prepared awal2... kalu last2 minit punya baju tu, kira extra la kan..  tiap tahun akan pilih 2 warna wajib... sepasang tu warna nya sama je seluruh family. kalu biru, maka empat puluh orang ker, 30 puluh orang ke mesty biru jugak... tak de la corak nya sama, cuma warna je. itu cukup. sebab apa taw, nanty nak beraya kemana2 senang orang nak cam ni anak menantu and cucu saper. tak de keliru dan hilang..

lagi satu pasang, warna berlainan dari setiap family. so kena chopp la cepat2. kira satu family kena warna yang sama la...dan family lain kena carik warna lain. kalu famliy aku dah book warna kuning, maka diaorang kena pilih kaler lain untuk family memasing warna selain dari kuning. haaa sampai cam tu sekali u olls. bukan apa,  ok jugak cam nie, annty orang taw ko ni anak saper, mak yang mana satu.... almaklumlah bukan selalu balik kampung kan, so mesty ade sedara lain yang tak kenal. jadi warna baju akan memberikan mereka jawapan, ini anak sapa dan ini laki sapa. kan kan kan 

tapi de problem is, aku tak taw nak pilih kaler apa tahun nie.... koranga ade cadangan tak? plzzz help me!! really need ur advisor.. teringin jugak sebenarnya nak pakai warna hijau.. dan lama tak pakai hijau time raya. selalunya warna pilihan aku adelah purple. so boring okeh. bapa pasang baju raya pun, purple mesty include sekali, sampai masa tahun ni lari sikit dari warna purple. 

nak pilih kaler apa? KUNING? MERAH? TURQOISE? BIRU? HIJAU?

fening! fening! fening!

malas nak fikir lagi, nak g lunch dulu la.. mana taw, kot-kot tengah makan nanty ade dapat ilham kan. hihihihi
pasal nak pilih kaler tema untuk baju raya pun boleh bikin fening kan. seyes, hover taw family aku ni. naseb la. tapi, i liked!! meriah!!  menujukkan keeratan kami sekeluarga. syukur.....




Saturday 26 January 2013

JUVANA the movie


Bersama bff tersayang saper lagi kalu bukan Yann, today we all hang out tengok wayang. suka!suka!suka ! tak taw la naper, sejak dua menjak ni asyikk giler tengok wayang jer. tadi pun hampir-hampir nak marathon je movie. cuma teringat ary dah gelap kan. better balik awal, jangan lupa aku kan kat kampung. ade hati nak balik lewat memalam, memang tak la kan. berlakon jadik budak baik itu perlu. hihihihihi 

disebabkan pengaruh yang tak berpatutan dari aku, maka terjebak lah jugak si kawan aku ni untuk tengok citer melayu JUVANA. si Yann ni mana la die suker tengok melayu. hoiiii tak support pilems Masia ar ko ni. teruksss bah ko! naseb citer ni kategori best, so tak de la dengar si minah ni mengomen kan. puji lagi ade la.

korang dah tengok Juvana? okay tak? best kan? pada aku okay la dari citer2 melayu biasa ni. ade mesej ade la unsur keinsafan serta kekejaman dan kegelian sikit. geli kat mana? hahahaha saper yang tengok mesty taw, geli part mana? part sumbat sabun la muhahahahaha

Yang penting, Botak & Apek memang best la. dan aku rasa aku nak masukkan filem ni sebagai Filem Aksi Wajib Tonton. gandingan pelakon yang hebat-hebat jugak. so baek pergi tengok, seyes tak rugi.... 


klik sini (JUVANA SINOPSIS) untuk lihat sinopsis citer.
Sinopsis je okeh bukan link untuk mendownload.


Thursday 24 January 2013

Jangan jadi BISU

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul buat semua pembaca ya.

Korang semua cuti kan ari ni, ke ade yang kerja? or ade paper aktiviti best? mana la taw, pergi perarakan maulidur rasul ke kan. mesty best. dah lama tak join majlis2 macam tue.  ehmmm insyaAllah akan datang mesty follow. 

Pepagi lagi ari ni dah bangun okeh. hebat kan? hahaha around jam 6 pagi cam tu hantar my mum pergi office die. eh bukan hantar pergi keja ok, tapi my mum ade meeting kat Bangkok, so semua yang nak pergi berkumpul ler kat sana kan. perghh tak paham la orang keje ni, nak meeting pun mesty sampai ke Thailand ke? apa dah tak de tempat lagi kat Malaysia? sesungguhnya meeting ini mengganggu tidur saya taw tak. *sebenarnya jeles tak dapat ikowt muahahahaha

lepas hantar je my mum, balik umah terus sambung tido. Baek punya!!  kul 10.30 am baru bangun. fuhh lega! disebabkan my umah bersebelahan ngan surau, jadi...... atas kerpihatinan dan kerajianan serta kesusilaan saya sebagai gadis melayu, so decide untuk pergi dengar ceramah maulidur rasul yang dianjurkan. wahhhh bagus kan kiter? hehehehe memang ler. baru taw ker??? itu pun sebenarnya, sebab my mum tak dapat joink kan, so aku ganti la kan. tunjuk muka la sikit kata orang. kita hidup berjiran kena la macam gitu. lebih kepada terpaksa la. tapi sungguh, tak rugi langsung pergi. sungguh bermanfaat, dapat banyak belajar benda baru. syukur..... insaf.

jam 12 cam tue, baru kuar pergi rumah my granny..... lapor!! hahahaha makanan dah terhidang. makan ler keja nya, owhh heaven. asyikk heaven jer aku kan bila dapat makan, ntah bila nak kurusnya. okeh dan stopp melalut. berbalik pada tajuk Jangan jadi BISU. Ehmmm lebih kepada nak marah pun ada, nak nasihat pun ye jugekk. 

ceritnya begini.... aku kan last month dapat kazen baru a.k.a kak ngah iaitu menantu perempuan baru my uncle ngah yang kat kedah tu. disebabkan aku belum lagi berkenalan dan berjumpa dengan kak ngah ni, so plan ler ngn my kezen yang lain dan my granny untuk pergi visit die kan. dekat je umah nya. 10 minit jer dari umah my granny. yang tak bestnya kat sini adelah, aku rasa aku macam dapat kazen baru yang BISU!! 

SERIOUSLY she like BISU okeh. sejak die kahwin kan, die belum lagi bertegur sapa dengan my granny. giler kan?? aku pegi umah tadi pun, die just senyum je. cakap? sepatah pun idokkk. ntah paper okeh minah ni. aku pergi situ just dalam setengah jam je. dah ler tak bercakap apa, buat ayor pun tak. teruk nya layan tetamu. ade erkk orang cam nie? mak ngah aku kan sakit, jalan pun terhuyung hayang, tak kan die lak yang nak buat air nya.. pikiau le. si menantu, boleh buat dek jer, dari aku mula sampai kat umah tu hingga la nak balik, asyikk senyum tersengih je. tak paham aku!!

pertama kali aku jumpa orang yang layan tetamu macam ni. kot ye pun ko malu, ko tak biasa or ko tak de mender nak cakap, atleast keluar la sepatah kan.... tak kan la tak de modal langsung. ish ish ish komunikasi awk kak ngah so terrible & trouble. menghormati tetamu tu kan penting. tambah2 yang datang tu sedara mara, nenek kan. just tanya khabar ke. ok what. ke die ni something wrong. nak kata tak suka, tapi okay je. sambut kiter owang dari pintu senyum lebar je. pelik pelik pelik

kiter kan, kalu orang datang umah, tak hidangkan makanan lazat2 tak sedap2 pun tak pe kan, tak kisah dan tak mintak pun. cuma adat dan cara kita yang akan menunjukkan kita tu siapa. sekurang2 nya, buat ler air, air bujang pun dah cukup. tu dah boleh menunjukkan yang kita ni meraikan tetamu yang datang. lagipun, mesty dah dididik kat umah, kalau ade tetamu, tak de nescaffe or milo teh pun jadi la... tetap kena basahkan tekak tetamu. rasannya semua orang cam tu kan? tapiii si minah ni tadi, boleh tercongok dengar orang sembang sambil tersengih. yang mak mertua nya dah dua tiga kali kasi hint kat si menantu ni, suruh buat air.owhhh aneh kan die.

rasa dah lama, kami pun mintak diri ler nak balik. lewat dah masa tu. macam mula2 tadi, bangun bersalam dan senyum!! ntah mana die tinggal mulut die kan.

then biler balik umah, maka bergosiplah aku ngan kazen2 ku,

Kazen 1 : kak ana, okay tak menantu uncle ngah kita? *sambil angkat kening

Kazen 2 : apa da, pergi umah dia, air pun hidang kan. *sambil tangan macam Karam Singh Walia & terus mengomen

Kazen 3 : Pandai cari bini no kah kah kah kah *gelak je

Aku      : menantu uncle ngah tu BISU erk? nak pulak diorang menantu OKU kan. *mulut lazer. sorry! dulu die kejer penyambut tetamu ker? gigi die cantik ker, sampai tersengih duaplohpat jam? die ni, orang mana? okeh, nak say sikit.. dengan ini minah ni adalah FAILED untuk jadik Kazen KriszHanna!!

My Grany : astagfirAllahhalazim dan bla bla bla bla bla bebelkan pangai cucu menantu sambil menasihat kiterowang. 3 JAM okeh. 

perghhh sampai dinner tadi tak habis2 cita pasal menantu bisu. macam2 citer ade & keluar akhirnya. kelakar pun ade. semoga aku tak macam tu la bila kawen nanty. malukan family sendirik je kan,  hahahaha so korang, hope mender ni dijadikan pengajaran la yer.... biasa2 kan la diri ke dapur. belajar2 la dulu apa yang patot sebelum nak kawen. bukan je belajar, tapi sendiri pikir la. dah itu je, la... pesanan aku, ko kenal ke ko tak kenal ke.. pleaseeee JANGAN JADI BISU!! ringan-ringan kan la mulut tu yer. bubyee & selamat malam. 




Wednesday 23 January 2013

Oghang Kodiang !!


Assalamualaikum..

Wah,dah lama tak mengupdate my belog. OMG Sesungguh nya aku sangat busy. Ari ni bru ler berkesempatan nak buka.alhamdulillah semakin bertambah kan my follower. Tak de la banyak sangat,tapi syukur la.sebagai blogger baru,jumlah sebanyak itu dah memadai. Moga makin bertambah la nant kan. Thanks atas sokangan kowang sume taw.


Ari ni,baru sempat nak rehat-rehat. Bru sempat nak buka facebook,nak tdo lelama mean bangun lambat la tue. haha juga baru sempat nak buka belog yang dah berhabuk tahap maksima ni.

I is busy gegila last week taw x. Aku kan dah tamat study.yea! Merdeka! Merdeka! Suke suke suke busy wat pe taw x?busy ngemas rumah,packing2 barang,buang2 segala mende yang tak berguna. but now,, im free!! 

Dah dekat empat hari dah kat kampung... sonok ase bila boleh bersama family tercinta. maka berat badan juger semakin berplus2 okeh. sungguh bahaya. ni pun, malam japg ade makan2. celebrate my uncle besday. so memang bersepah-sepah la makanannya. wihuuuu heaven la. 

Eh nanty la sambung update semula ya, nanti aku update pic2 makanan jer. biar korang terliur hehehehe nak pergi sambung masak & bakar satay. diorang dah bising tue. see u okeh, lurve u ollss

eh terlupa lak. untuk pengetahuan korang aku dah jadik orang kedah dah! now i is akan bertapa di KEDAH a.k.a KODIANG. tau tak kat mana kodiang tue? huhuhu kampung aku ler. suker! suker! suker! dah 5 tahun jadik orang punchong, finally aku kembali kepada asal jadik OGHANG KODIANG semula. 

*entry ntah apa-apa sorry ya, blur maseh mengatasi diri. harap dimaaf kan hehehe ding ~~ ding ~~ ding ~~


Saturday 12 January 2013

Sedap digentel ketika tido!


Amboi-amboi tajuk kat atas bukan main tak semenggah kan? maaf kan saya, maaf kan saya. hehehe saja ja, sekali skala nak menarik perhatian my readers kan. eh korang pun bila sebut gentel2, suker kan? kan? kan?ngaku je la. kiter serupa! muhahahahahahaha

eh, tapi betul wa cakap lu ~~ seyes!! sedap giler menggentel. terasa keasyikan nya. bila boleh pegang jer, ralit rasa. baru tido lena. ni adelah one of de my aktiviti wajib time tido aku taw tak. 

ala normal la kan, setiap orang time nak tido tu ade jer la die punya habit kan. cuma antara yang OK dengan yang TAK OK jer kan. macam aktiviti aku ni dah confirm-comfirm ler tak okay kan? kih kih kih fedulikk!

dua tiga malam ni memang kalau nak tido susah sikit la, sebab apa? sebab tok leh nak menggentel. ye ar, aku kan stay kat umah my aunt. jadi mender yang nak menggentel tu tak ade bersama, memang agak menyukarkan la bila nak sleep. perghhh dah macam bantal busuk lak kan? ehmm lebih kurang la, tapi tak busuk okeh. wangi!! wangi sesangat!!

korang semua mesty ngah pelik dan muka pun macam berkerut 1000 je kan? ako dok bercerita pasal  apa ni. gentel la, tak leh tido la, itu la ini la... relax relax... jangan fikir bebukan yer ahkak-ahkak, adik-adik, abang-abang & mak cik-mak cik. saya tak berniat nak lucah-lucah pun. eh adA ke mak cik2 baca belog aku? ehmmm whatever! 


benda yang best, yang syok, yang ralit dan yang sedap digentel ketika aku nak tido adalah.............. my soft toy Monkey Kapo. meh meh tengok sini, tada ~~~ !!! hommei hommei kan??



ding ~~ sangat comel. tapi aku punya warna brown.
hadiah dari my fren Clement Ng.
pink tu die punya la. pelik, patot bagi la fink kat aku, aku kan pompuan?
hehehehehehe orang hadiahkan banyak songeh lak. 


comel kan? so before nak tido every nyte, aku akan mengentel tangan dan bahagian depan muka si KAPO ni. die punya toy ni kan bukan span taw material dalam nya tue, tapi namilic. tau tak namilic tu apa? ala macam biji-biji pasir tu. dat y la sedap nor mengentel2 okeh. memula macam, eh ade biji-bji pasir. best nya pegang. pastu? terus gian.... 

sebelum korang tanya aku kat mana beli, brapa harga baik aku bagitaw dulu kan. disebabkan ianya terlalu comel dan cute miut jadik aku ambil keputusan tok jual. hihihihi aku kan giler hover pada mender2 yang chumil. kalu korang nak ker berminat ker pergi sini tengok kat facebook ni taw Q.I

ade banyak lagi, macam-macam jenis soft toys. sume comel! disebabkan aku sayang kat korang, aku terus kasi link facebook album Soft toys ni ok. see? baek kan aku. tengok sini Soft Toy Comel-comel. harga?? owhh tersangat lah murah ok. tadi aku check kat hincik google ada yang jual RM 30, RM 36 RM 28 RM20 RM18. perghh  mahal giler! Tapi.......kat yang aku suggestkan ni harga murah sangat cuma RM17 SAHAJA! murah kot. saiz XL pun harga around RM40 cam tu jer. 

tak caya, korang visit sendiri la.. ehm,,, aku seyesly susah hati. 15/1 ni last paper. tapi aku masih bermalas-malasan. how? how? jap g janji ngn my kazen nak pergi tengok wayang pulak. jawabnya, besok lah kita study. ding ~~ ding ~~ macam tak biasa last minutes. oyeahhh!! 

besok, adalah masa untuk balik my umah sewa. rindu pada bilik, rindu nak menggentel my KAPO. dah bapa malam tak lena tido kerana tak de mender yang boleh digentel. boley cam tu? tak senonoh betoiii.  besok adelah hari keterujaan buat aku. 

eh lupa nak bagi salam la masa menulis tadi. now, i wish it ya...
 Assalamualaikum..... selamat berjumpa semula.




Thursday 10 January 2013

Aktiviti biasa

Assalamualaikum....

hari yang sungguh tenang, cuaca pun cantekk jer. tak hujan pun. bagus! tak de la aku rasa nak tido jer. aktiviti hari ni macam biasa la. macam semalam jugak. bangun jam 9.30am tadi. ngeliat sana mgeliat sini, mesej-mesej, main game dan sambil-sambil tu dengar lagu kat fon. sedar-sedar je jam dah kul 10.30am. mak ai, sejam dah dok melayan game ni. sungguh waste my time. terus g mandi. nyanyi nyanyi ~~~~ hahaha

then, turun bawah on kan tv. eh lapor pulak rasa. terus gi dapur buat milo panas & goreng nugget. hehehehe sedap! ngunyah depan tv, kenyang sampai sekarang. naseb baek la my maksu ade belikan nugget semalam kat pasaraya, memang malas la aku nak masak nasik kan. ngadap je nugget ni, rasa tak kenyang roti pun ado. kah kah kah dasar pemalas. ni kalau makcik2 baca my belog ni, kompem reject sebagai calon menantu. PASRAH.

dah lama tak nonton TV cam nie. ni rekod sejarah la dalam tahun ni & last year, tengok TV berjam-jam. ye la kalu tak, on je laptop kan. on9 duaplohpatjam. rasa nak tengok citer, download je. memalam bersengkang mata, bukan study tapi nengok citer. huahuahuahua. so, dua tiga hari ni aku puas la nengok tv. abeh channel aku layan. 

bosank tengok tv, beralih pulak berpesbukk dan berblogging. update-update apa yang patot, create post baru, edit-edit mana yang boleh then stop! aku bosank lagi. jemu dah. nak buat apa lagi ya??

yehaa!! bagus!! aku lupa aku perlu study. hello krisz hanna, next week u ade lagi satu paper taw tak. sila study. ni part yang paling malas. cam ne tu. pape pun., kena concentrate la. last sem dah pun, dah tu last paper lagi. 

so,  ini je la aktiviti aku dua tiga hari ni. mandi, makan, tengok tv, facebook, berbelog & study.  bosan kan? ala aku okay je pun. bak kata kak filla kan FEDULIKKKK ~~~ hehehehe  bubye la, nak g belajar, banyak lagi yang tak khatam. STUDY! STUDY!



si comel SK


Random pic Sumayyah Khalisah. 

Biler hati tengah panas, tengah marah jadi kita ambil langkah positif ya. hehehe dengan menatap gambar baby! curik di fb ibunya. mintak izin ye kak huda. tengok jer gambar my anak sedara ni terus senang hati. 
hilang segala marah. rindu nya kat awak SK. tadi uncle Sumayyah, Ngah E-G ade gtaw SK dah makin bulat sekarang. naik dekat 3 kg ke 5 kg tah. eiii awak cepat nya membesar. semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta bermujahidah seperti nama mu ya sayang. 

sebijik muka ayah die. so now i call her Abe Kimi jr version female. hahaha 

mummy sayang awak SK!!

Alolololo tomei kan die? mula belajar nak gigit mitten tu. baju pun comel gak. finki gitu. xtually baju tu aku yang beli.
hati berbunga riang bila tengok die pakai. well kalu mummy yang beli, opkoss semua pink. baru la girly kan sayang.

pesen apa lak ni ? si budak mulut nipis. like me!

macam-macam la gaya die tido. ternganga mulut2. tutup ler, lalat masuk baru taw. 

yea, saya dah ceria after tengok ini picture. ngantok la. mau tido sudah. korang, comel kan my anak sedara? hehehe seyesly tak sabar nak ade baby sendiri. i mean it! cepat kawen, cepat ler ada baby kan.
 amin amin amin amin

goog nyte everyone.
mimpi indah! 



Mood MARAH

Assalamualaikum

Sebelum menulis dengan panjang lebar, maaf dipinta seandainya tulisan saya pada malam ini agak kasar sedikit. sesungguh saya NOT IN A GOOD MOOD ataw bahasa pendek nya BAD MOOD. yerpp seseorang telah menspoilkan mood saya. tadi bukan main bersemangat nak study sambil2 layan pessbukk tapi tup tup dengan hanya satu panggilan sahaja, mood saya berubah. saya BENGANG!! 

sungguh nak marah and giler sakit hati dan bengang. eh, minah sekor ni, dah la call orang memalam buta, lepas tu mendoakan aku jadik anak dara tua!! hoii aku marah taw tak!! sangat marah. berdesing telinga nih dengar taw. hello, kot ye pun nak bergurau or nak bersembang ramah mesra, agak agak la kan. tengok keadaan la. pakai ler otak sikit bila bercakap tue. main sebut jer. sesungguhnya kata-kata itu adalah doa.

nak kata die ni stu***, tak la sebab sekang ni ngah buat diploma kan. kalu tak bijak, tak pandai tak kan boleh sambung study. ye dok? tapi permasalahan die ni satu je, GURAU BODOH.

okeh meh nak cita satu persatu. macam ni, aku yang tengah syok-syok belek note kan, tetibadapat satu calling from someone. bila jawab memula cam heppyla, dah ada orang call. kita jawab dan sambut dengan baik la. tapi..... cakap tak sampai 10 minit, die punya gaya bahasa dan gurauan tu makin pelik. dah la sesuka hati nak matching kan aku dengan lelaki yang aku tak suka dan ianya adalah laki orang. terukss. aku tau, die bergurau tapi agak2 la. biler aku cakap yang aku tak nak dan geli dengan suami orang,
 tau die boleh cakap apa taw, 

"amboi cakap cam tu kan. 
laki orang tak mau. geli konon. tak pa, 
nanty jadi anak dara tua baru taw.  baru  ingat kan hahahahaha."


sungguh pedas dan panas!!! aku sentap!!! 
tau niat die bergurau, tapi die salah, gurauan die menyakitkan hati.
eh aku nak tanya korang, salah ke aku menolak untuk tak nak pada laki orang? aku geli, salah ker?
memang kiter kalu boleh tak nak la kan pada laki orang, tapi kalau dah jodoh nak baut cam na. redha je la. apa pun, tak payah la sampai nak mengeluarkan kata-kata yang aku ni bakal jadi anak dara tua. 

bila aku nak kawen, dengan sapa aku nak kawen, itu bukan masalah ko pun. kenapa aku tak kawen lagi? because aku masih study. calon pun  tak de. so nak buat cam ne. jodoh tu kan ketentuan. bukan tak usaha, tapi belum sampai masa lagi. hishh tak paham. eh zaman sekarang ade ke orang fikir pasal anak dara tua? yang penting ko ade ilmu, pelajaran, kerja & harta. baru orang pandang. kalu sibuk asyik nak berlaki tapi ilmu tak de nak buat apa??? hari-hari ko menang**** buat anak je la?
kalu laki tinggal how?

okeh marah aku dah memalut. maaf kalu aku terkasar. seyes sangat geram. 
tadi masa ngah marah, aku diam je, terus letak fon. tak kuasa nak cakap lelebih.
 dan membuat balasan dengan satu mesej jer. supaya die paham.

"Terima Kasih kerana mendoakan saya sebagai anak dara tua. 
Alhamdulillah. dis is not funny!! gud nyte."

So pesanan untuk korang dan diri aku sendiri jugak, bila nak berkata-kata tu fikirlah dulu. kiter kadang niat hanya bergurau tapi tanpa sedar orang yang menerima tu kenkadang  TERSENTAP sampai menusuk ke hati. hati orang mana kiter tau, mana kita boleh baca kan. sama2 la kita wujudkan hubungan yang harmoni. kalu tersalah cepat-cepat say sorry. 
terlajak perahu boleh la undur, tapi terlajak berkata-kata? aku post kat belog la. meluah! hehehe

kesimpulannya : aku sensetif pada perkataan & sebutan "anak dara tua". owhh tidak!

selamat malam semua, semoga bangun esok pagi aku boleh lupa semua ini. amin



Wednesday 9 January 2013

Entry TERLIUR


Hye semua.... 

blur tak tau nak tulis apa ari ni..so kiter kasi satu entry longgok yang boleh bagi korang semua terliur yer.
hahahaha jahat tak aku? sebelum tengok mesty sedia kan tisu yer, bukan untuk lap air mata tapi lap air liur. takut meleleh pulak kan. jaga-jaga ya. 



Kenny Rogers sejak dua menjak salu je makan Kenny. sebab apa?sebab ade orang belanja, jadi kita follow je la.
rezeki u olls. belasah je!

burger bakar. juga aada orang belanja. murah sungguh rezeki aku. amin amin
time ni makan kat LOKAS MAKANA, Puchong Utama. tempat die best banyak pilihan.
tapi kalau nak makan burger ni kena pergi awal taw, kalu tak annty ebratur panjang.

oooppsss, ini bukan KEPSI ya,, tapi ni MarryBrown. setahun sekali je merasa MB nie.
teringin kan, kalu tak jangan harap nak langkah masuk. sebab,,,,,, xmenepati selera sangat. ini kawan punya dish.
ehhm tak menarik langsung presentation food die kan??

semata-mata pergi MB makan bubur. hehehe aku punya yer. ok la.... so so je rasanya



tada~~~~~ Kenny Rogers lagi. eh tapi yang ni bayar sendiri yer. xde orang nak belanja dah.
 Roasted Chicken wif Spageti Tanggi chicken. sedap!! 

pergi makan kenny dengan budak berdua ni. tengok licin memasing kan.
tengah lapor. huhuhuhu

My Bff..... sentiasa menemani aku walau kemana saja. hehehehe
banyak teman makan ade la diorang nie.


Laicikang!! yeaa disebabkan poket dah makin kurang, maka kita makan di gerai tepi jalan sahaja ya..
seperti biasa, makan mesty dengan dia ni, haida.


Chicken Chop wif fried rice.rasa? okay okay saja. makan kat Plaza Alam.  juga dibelanja!
 hehehehe suka suka nya, perut kenyang tapi poket stabil. bahagia rasa. hahahaha

Chicken Rice Shop!! bukan sekadar nasik ayam....

lapor lapor lapor bila tengok dis pic!!



okeh last nut not least, tak de gambar makanan dah. letak makanan je air tak,
lekat lak nanty kan.hehehehehe Honeydew & yam  yogurt ice blend. yummy yummy


gambar tuan beloh haruslah ada kan.
sunggun tak sopan kalu tak showing kan.
selekeh giler muka. tanpa make up memang satu hal la
 ini muka tanpa bedak. malas!! 

eh aku lapar la. nak g dapur masak dan makan. nak buat korang terliur, tapi balik2 aku yang rasa hungry giler. huhuhuhu dah dekat pukul 4, belum lunch kan. memang perut berkeroncong giler la. tambah mengupload gambar2 makanan cam ni. memang tak boleh disangkal lagi lah kebulurannya. huhuhu


Tuesday 8 January 2013

baca Novel

tada ~ ~ ~ -
entry ini adalah untuk percubaan post by android. hehe sian aku lambat maju kan. 
testing testing testing 

jom baca novel, novel lama ni. perasan x?tak taw nak buat apa,study malas. facebook? bosan dah. jadi meh la kite layan novel yer,dengan ini, ianya dapat mengembalikan mood dan feeling2 indah dalam hidup.muahahahahaha bubye selamat malam semua.




Sunday 6 January 2013

Berjiran dengan African

Assalamualaikum semua…

Pewitttt,,,, apa khabar mu disana? Dah lama tak update my blog yang comeii ‘loter’ ni kan.. Rindu pulak. Muhahahahaha puji blog sendiri. Layan kan je la. Eh, belog kiter kan, kiter nya suka la okeh. Tunggu korang puji, bila ? Boleh tak cam gitu?

Tetiba ari ni terasa nak menulis pasal my jiran atau dengan kata panjang dan sesak napasnya fenomena berjiran dengan foreigner asing dari Afrika yang berbangsa negro yang jantina nya adelah lelaki lagi gagah dan perkasa serta peramah orang nya. Plzzz amaran keras, sila jangan suka dengan jiran yang peramah!!. Scary ade la! Aku punya apartment kan sangat 1 malaysia & 1 world. Aku dok ground flor and ade empat pintu je… ade umah  malay, chinese, indian & negro.

Mai nak habaq kat hampa, betapa nerves nya, terkongkong nya dan takut nya biler berjiran dengan mereka2 ini. Especially bila balik umah time nak bukak pintu untuk msuk umah. Korang faham tak? Aku rasa cam berbelit je ayat aku? macam tak bapa paham jugak apa yang aku tulis. Muahahahahahahaha eh eh oooo tak kelakar erk? Fine! Cam ni cita nya.

Aku kan tinggal menyewa kat area puchong nie, well dah sem2 last kan memang ler kena dok luar mana layak dok asrama lagi dah. Seperti yang diketahui, puchong memang black area dan betapa ramai nya orang2 asing nie. Tak caya, mai sini.. Rasa mcam ko pulak yang foreigner sebab diorang lagi ramai. Dimana2 ade je! Stress hidup seketika.

Sangat-sangat membawa masalah terutamaya bila berjiran dengan mereka2 ni. Sentiasa kena berhati2 taw. Dah la dekat sangat pintu umah aku ngn pintu umah diaorg tu. Jarak nya, setapak kaki jer. See? Ko kentut pun dengar dengan jelas!!

Walaupun diorang belum pernah lagi kacau or apa-apa kan aku & my housemate tapi kami sentiasa berhati-hati. Kalu kena? Makan tak habih u ollss. Eii seram!! Tak dapat digambarkan. Apa yang kite owang buat or lebih kurang macam tips la bila berjiran dengan foreigner negro. Wah macam nota untuk exam je ase. Hahaha fenomena exam telah dibawa ke dalam belog la!

1.      1. Tak pernah senyum
Yup, kami adelah jiran yang paling sombong di dunia. Tak pernah senyum langsung dengan diorng. Walaupun ade la before ni diorg ade tegur kan. Say hye, say hello, nice u, nice girl and bla bla bla… tapi Kami  tak! Dan tak kan pernah ok. Tak kuasa, bukan apa bila sekali ko senyum & reply say hye tu,  automatic besok diaorang panggil ko “baby”. Eiii baik tak baby pun tak pa la…

2.      2. Jadi Guard sendiri
Salu kalau ade study group or asigment discussion memang balik lambat la. Lepak2 kan sampai 1 or 2 pagi cam tu. Jadi bila balik lambat, aku kan berdua ngn kawan so kami ade satu strategi bagi mengelakkan di apa2 kan. Cam ni.. bila my fren ngah bukak pintu yang mangga nya ade dekat 3 bji *banyak!! aku kan tunggu kat bahagian luar bangunan or dekat park kereta. So, kalu negro tu keluar or ade niat tak baik kat kawan aku, jadi mudah la aku nak mintak pertolongan, sebab aku ada ngah peraty kan dekat bahagian luar. senang nak jerit or carik guard. Huhuhuhu betapa struggle nya kami. Macam kami yang pendatang! Bodoh lak ase! Tak suka tak suka tak suka tapi seb baik ler jugak guard kat sini macam paham kan, bila kami yang ppuan balik, die akan round la.. check.

3.      3. Kunci umah sebaik mungkin
Owhh semestinya tak kisah la berjiran dengan negro ke saper ker, rumah patot dikunci dengan sebaik mungkin. Jangan ade perkatan “terlupa nak kunci”. Kat sini kalu ko terlupa, nasib ko la. Sendirik mau ingat!

4.      4. Tak pernah bukak pintu luas2.
Memang kena haty2. Bila ngah wat assignment ramai2 memang laptop penuh la kat ruang tamu ni. So, time tu jangan berangan nak buka pintu. Diorang akan peraty apa yang ade kat dalam umah korang. Stalker apa tah. Haishhzz umah kawan aku, pernah negro masuk umah… curik laptop & hp, time ngah study & time balik kelas. Bahaya sangat!! So jangan biar diaorang apa yang kita ade kan, biar Nampak cam miskin tak pa. huahuahua demi keselamatan

5.      5. Jangan balik lewat malam time sambut paper!
Sebab tu malam tahun baru ker, malam krismas ke malam apa2 ker, kiterowang jarang balik lewat sebab……. Takut terserempak dengan negro yang MABUK.

6.     6.  Tak boleh cakap omputeh
Mongok kan? Seyes, bila diorang ada, ko jangan berangan jugak nak cakap ke nak sembang2 dalam bahasa omputehhh.. sebab nanty kompem2 diaorg nyampuk dan ajak sembang. Kang kena layan lak, baik cakap bahasa kedah ke kelata ke, sah2 die poning kepala. Hahahaha

7.      7. Don’t say NEGRO!!
Korang kalu jumpa or nak cakap apa2 jangan panggil diorang ni dengan nama negro taw. Uii marah nanti. Sensetip kata nya.. huhuhu kiterowang selalu bahasa kan mereka ni sebagai ABG DIN je hahaha. Senang nak kutuk time terserempak.

Lihat lah, kami kaum perempuan ni sangat lah susah untuk menjaga diri sendiri. Kadang2 terasa mcam kiter pulak yang pendatang. Tak tahu la, sampai bila akan macam nie. Apa pun bersyukur sangat, tak sampai 2 minggu je pun aku akan tiggal kan puchong & KEY EL ni. Mau balik kampung sudah. Misi dan visi sudah tamat dan berakhir. So kita balik bertapa di kampung lah ya. 

Walau apa pun halangan dan macam2 masalah kat puchong ni, tapi aku tetap sayang giler kat puchong ni & suka sangat my apartment ni. Yang tak suka NEGRO tu je!! Nanty ade masa update pasal PUCHONG! Sorry la entr aku panjang sangat, menulis tak hengat dunia. Apa pun, tak semua African tu jahat, ade jugak yang baik. Cuma persepsi  dan pengalaman yang membuat kan kita scary & lebih berhaty2 kan. Biarla kita terus beranggapan mcam ni pun, demi nak menjaga keselamatan diri sendiri …………



Wednesday 2 January 2013

Pembuka Tirai


Assalamualaikum......

so korang, apa khabar? apa cerita baik di tahun baru nie?

for me, seyes, this year tak de rasa sangat mood tahun baru ni, well i is kan busy dengan study.

stress giler! lagi baca, lagi banyak benda yang tak paham. lagi baca jugak, lagi banyak yang kena baca lagi.

mak aiii banyak sungguh. baru degree kan? itu pun masih bercita-cita nak ambil Master. memang pingsan!

Tak de citer best nak share ngAn korang la,  maseh menjalani kehidupan seperti biasa.

Tapi....sebagai pembuka tirai my belog year 2013 ni, meh nak habaq!

Semalam i is sedikit tersentuh a.k.a touching huhuhuhu

Biasa la bila mood tengah tak ok, otak berserabut, takanan datang maka emosi pun cepat la terganggu

bukan apa sangat pun, tapi lepas je tengok muker si tecik ni terus air mata keluar. haishhh tak taw la naper..

mudah nor nak touch2 nih.. spoil tul la, agaknya rindu kot. hehehehe haaa memang ngah rindu pun.

dah baper hari tak jumper, my anak buah dah balik Tengganu.Ibunya balik berpantang kat kampung kan.

Entah bila la nak jumpa pulak kan. lepas ni aku dah balik bertapa je kat Kedah.

Eh korang nak tak tengok tak pic apa sampai boleh buat aku touching bagai nih?

Comfirm, mesty korangg pelik lepas tengok dis pic, xpasal2 aku "berceko" air mata pasal apa kan?

Punah tol muahahaha. tu la, korang tak faham perasaan owang berumur dan tahap melampau nak kawen cam aku ni. so, die punya keinginan dan kesensetifan tu agak di luar kawalan sikit. ye erk? ehmm layan kan aje la,

alalala hommei hommei nya anak buah mummy nie.
aku yang tengah study, bile tgok dis pic...
sungguh tersentuh. windu nya kat awk Sumayyah!!
tak sabar nak cium2 awak.
* owhh tak sabar nak ade baby sendiri ahaksss

ah ade lagi satu pic, hehehe copy tadi kat Mr Fessbuks....


i like this statement.... betul kan?
Mantopp!!


Juga copy kat laman facebook Gelang Comel... cantik kan? tengok jer terus berkenan. belum usha2 lagi harga & material. nanty free macam nak visit je. mana taw, muwahhh. hehehehe wana biru. liked!!



Maka dengan ini, tamat lah entry pertama pembuka tirai di belog saya yang tak seberapa ini. tak de mende nak cita lagi dah. malas sesangat, tambah pulak intenet slow giler.. jumper lagi ya, thanks coz baca taw... agak mengarut, tapi percaya lah ini adelah penulisan yang penuh ikhlas lagi suci. muahahahaaha. dah itu jer, bubyeee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...