Followers

Saturday 25 May 2013

Ayam Percik ala Krisz Hanna


Assalamualaikum....

jam dah menunjukkan pukul 12.52 pagi. belum rasa nak tido lagi. walaupun baru je sampai umah. kepenatan dan ngantok. tapi tokleh nak pejam. so kiter tenet je la. ada meeting siket tadi kat Sri Malaysia.
 "menjemput rezeki" kan, tak kisah meeting jam kul bapa pun janji masyukk. alhamdulillah.

 bercakap pasal hotel ni, seyes aku nak komplen gak. TOILET! sangat2 kotor. penuh dengan tisu2 la.. plzz do something, improve ur kebersihan. hotel dah cantik dah,. makan pun sedap. tapi sayang......
oppss sorry entry tajuk makanan tapi citer sal toilet. sungguh tak sopan. maaf kan saya.

dah lama tak spent time ngan blog, so malam ni rasa nak update la. dekat kan diri balik. sian die terabai kan. 
tolong jangan pelik yer, ari ni aku nak share resepi masakan ayam percik. buat sendiri okeh. tengah ary tadi.\

 naseb baik sempat ambik gambar time dalam periuk. kalu tak, memang tak leh nak publish la. siap je masak terus ngap. tak dan nak capture. nafsu makan membuak2. hehehe

eh, plzzz tak payah nak pelik sangat. aku sebenarnya pandai masak k. saja ja tak nak tunjuk kebolehan. 
korang mesty tak percaya kan? sebab be4 this asyik showing pic makan luar jer. 
kali ni sila trust me. sedap! tak kisah la pujik diri sendiri pun.
aku yakin sedap. sebab mak makan nasik tambah 3 kali taw tadi. **bangga sambil big clap!!!


yeahhhh... ini lah dia. Ayam percik ala Krisz Hanna. sungguh menyelerakan

lapar la pulak. apakan daya, dah malam. kalu siang, dah lama habiskan balance ayam ni,
terasa nak share resepi ni. mudah sangat. cuba la. sedap!!

Bahan A
1 ekor ayam
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu the gula pasir
1 sudu makan halba
garam secukup rasa

Bahan B (kisarkan/blend)
15 tangkai cili kiring 
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 sudu jintan manis

Cara Membuat 
1. bersihkan ayam & toskan dengan garam
2. masukkan ayam dalam kuali bersama bahan A & B. masakkan sehingga rempah sebati dengan ayam. 
3. kemudian panggang / bakar ayam tersebut sehingga garing. 

##* ni ikut buku resepi la. kalau aku punya style. masak je campuran bahan A & B ( kecuali ayam ) dulu biar mendidih. then, bakar ayam dalam pemanggang ajaib. dalam 15 minit baru salut / tuang kan kuah atas ayam. so tak de la kering sangat kan ayam tu nanty. nak bagi best aroma, letak serai yang diketuk tadi tu atas permukaan ayam yang telah disalut kuah. semerbak harum. bangkit kata orang.

apa pun, selamat mencuba. 


psssst : kalu dah cuba masak, jangan lupa showing taw... tag me hahahaha
--------------------

Thursday 23 May 2013

Hipokrit kah aku?

Assalamualaikum

Wah tajuk entry, bukan main ilmiah gitu... tapi isi nya nanty? nan hado la.. hahaha eh, kejap. aku series la. yes, hipokrit. kekadang terfikir, hipokritkah aku? ehmm, before tu, tau tak korang meaning  hipokrit ? 

antara mainan mulut kebanyakkan orang  :   
"ala die tu buat baik, hipokrit je tu", "ceh, hipokrit betul aku, takut la nanty die taw aku sebenaqnya cam na?" , "depan je berlagak alim, balakang apa yang tak de, tau sangat org hipokrit cam tu", "tak suka cakap je la, tak payah la nak hipokrit bagai".

meh nak terang kan.  pura-pura baik la sangat tapi sebaliknya.atau erti kata len orang kata orang yang memperlihatkan keadaan diri lain daripada yang sebenar.. ok sekarang dah faham?
apa tu hipo+krit=hipokrit  Tunjuk baik! tapi tak! tunjuk pandai tapi tak! tunjuk Alim tapi tak sangat!
tunjuk kaya tapi tak!padahal miskin ye pun!
 tunjuk macam-macam la yang memperlihatkan dirinya tu hipokrit!

aku rasa korang pun pernah atau akan pernah untuk ungkapkan ayat2 sebegini kan? kalu aku, yes!.
 pernah sangat. orang cuma tau cakap jer, kita ni hipokrit la, apa la.. tapi tau tak korang punca sebab kenapa kita mesty jadi seorang yang hipokrit? benda tu semua bersebab okeh. tak de sebab untuk orang sesuka aty nak berlakon tak tentu pasal. melain kan la kalu jenis yang memang macam gitu.

pada aku, aku selalu menipu diri sendiri dan orang lain. bukan sebab kepentingan diri atau nak tunjuk sana sini benda yang kita tak pernah ada.. tapi kerana nak jaga hati dan perasaan. kerana ingin kan yang terbaik. kerana tak nak sakit kan haty sesaper.  salah ker?  sesiapa pun, berhak untuk menjadi hipokrit dan terjadi hipokrit. okeh, apa aku merepek ni?? sila paham.

sebenarnya, motif yang aku nak sampaikan adalah, AKU DAH PENAT. penat dengan semua ni. aku dah letih nak senyum depan semua orang, padahal secara hakikat nya, haty aku sendiri terguris. sesungguhnya, aku dah tak mampu nak care semua org disekeliling aku. sebab, ade masa aku perlukan sesuatu yang berunsurkan keikhlasan. tulus dari haty. 

tapi aku yakin, esok apa yang akan terjadi, aku pasty akan tersenyum lagi biarpun dihati hanya tuhan yang tahu. sebab aku bukan macam orang lain, pandai senyum kat depan.... tapi dalam haty menyumpah itu ini. 
jenis aku, sampai masa yang tak de bom pun boleh meletup. insyaALLAH rasanya masih boleh teranggung lagi. tak tau la untuk the next future kan. 

senyum lah walau  terluka. walau juga dalam keterpaksaan. 
HIPOKRIT kah aku? 



Tuesday 21 May 2013

Tak tau nak letak tajuk apa for this entry. nervous+++ hahaha


Assalamualaikum......

salam korang... hye hye hye & hye !!!!!!!!!!!! *hyper excited sorry. one more..hello, hello, hello, apa khabar? ya Allah rindu nya... alhamdulillah. bahagia rasa hari ni. akhirnya, dapat gak mengupdate blog kesayangan nih. 

dah lama tak melepak sambil berceloteh kat sini kan? setelah sekian lama meninggalkan penulisan yang agak caca merba, ary ni rasa lain lak.pelik tol. rasa janggal nak menulis & nak mengarang ayat. selalunya laju je manaip. tapi malam ni, asyik clap jer. delete, delete & delete. sorry, i"m nervous la. boley gitu? 

tak payah nak hover sangat la kan... geli ahkak. hahahaha tau macam mana leh terbukak haty nak update malam ni? ni semua gara2 pensyarah aku la. sekali bukak gmail, tetiba nampak die update blog. eh, terkejut lak. selalu bizi gler pensyarah aku ni. ade pulak masa nak buat blog kan.  terus rasa tercabar & bukak overview. eh sebelum terlupa meh nak kasi link dia... rasa dia bru lagi. banyak lagi belum update.so kornag jgn frust lak bila buka nanty. in proggress la tu. tapi tak pe la. tetap nak promote blog die tu. harap blog itu tidak lah skema seperti diri nya. hahahah sorry Mr OK. 

bila terjah belog sendiri yang rasanya penuh dengan tahi cicak la, sawang labah la, habuk la feel like adoii... banyak nya mender kena "change" ahh... nanty dulu la. apa yang terus buat kan aku syokk sendiri adalah.......... suka suka suka.... ade ramai yang komen. dan yang paling happy, bertambah la follower kiter. tima kasih korang. walaupun aku belum lagi balas kunjungan korang, korang tetap sudi nak follow kan. terima ksih banyak2. terharu ahkak ni ha dik non! tapi apa pun, aku janji aku akan follow semua yang follow aku. bagi aku masa. sikit2 ya. berperingkat2 la. yang penting i will hit & FOLLOW u back. promise my lovely. 

rasanya malam ni tak de nak citer lebih2 kot. just nak mention kat u olls, i'm back. sorry taw lama menyepi. 
bukan saja2 malas nak update blog, tapi ade something yang buat aku jadi demotivate to berblogging. nanty la, dah ready aku story morry ya. 

korang, ada tak yang rindukan aku? ade tak yang tertunggu2 aku punya entry publish? ade tak? ada tak? plzzz cakap la ada, sebab aku akan sentap tahap dewa kalu korang cakap tak. 
jagalah haty dan perasaan aku. hat puiiiii huhuhuhu
ye lah, tak de... tak kisah pun. ^__^.

eh ade gud news la.. aku dah kejer!! yahoooo..., baru masuk 3 hari dgn ari ni. as a teacher okeh. percaya tak? sila percaya.  my experience for 1st day keje, i think sangat chumill. tau kenapa? sebab aku jadi Cikgu Tadika. Jangan nak terkejut sangat la, aku penyanyang okeh.. esok aku buat entry tentang kiddoss kat tadika ya. chumill weh. 

orait, cukup la setakat tu malam ni. kita sambung esok ya. mood utk berblogging sedang membuak2 ni.  yakin, besok aku akan comeback lagi dgn next entry. 
cuci kaki, cuci muka, gosok gg & doa.. maka dgn itu sila pergi tidur. 
bubyeeeselamat malam. assalamualaikum...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...