Followers

Monday 29 September 2014

Baca Novel

Assalamualaikum

Bosan betul hari ni. nak buat apa pun tak ada mood. teringat novel yang pinjam dari sepupu hari tu. yup, blum lagi baca. bukan belum baca, sentuh pun tidak. dulu kalau zaman study, rajin betul baca novel. sanggup tak tido, tak makan. gara2 nak habiskan cerita. excited. feeling, nanges2. hahahaha tapi sekarang, punya lah susah. liat betul nk baca. tapi teringin. aptb.

ni ha novel yang kite pinjam tu. macam best. hot seller kan, mesty best. kazen kite baca 3 jam dah boleh habis. sampai feeling2. huhuhuhu over ko dik. sampai nanges2. 

ade snap picture die nanges time baca novel tu. entah masa bila die godek2 fon pastu delete. hampeh tol !! macam taw2 ahkak ko ni masok kan kat sini kan. eiiiiiii 



HANYA DIA... CINTA best seller!! xbest xtaw la kan. macam mana la nak fokus baca.
henpon kiri kana. lappy lagi. 


bismillah.... baru nak start baca ni. 


dah itu je. nak sambung baca ni. baru rangkap 1st. hehehe nanty kita update lagi. eh korang kalau ade the latest novel yang best2, update oke. meh meh komen sini. dah lama tak menghabiskan masa dengan membaca ni. koleksi novel pun dah berkurang. selamat membaca untuk diri sendiri!! 


Salam Sayang (=^.^=)

Sunday 28 September 2014

SUNDAY L.E.P.A.K


Assalamualaikum

Cerita siang tadi. kuar mamam2 dengan kesayangan. tak plan pun. kesayangan call, "weh kami bosan jum kuar. lapaq2 ni". dengan penuh rasa kasih dan sayang i is menerima ajakan nya. hahahaha pantang di ajak keluar kan. mesty on punya. bosan oih seharian kat umah. 

Kebetulan my kazen ade kat rumah kan, so ajak dia skali. jadi date kali ni adalah bertiga. date lah sangat kan. me, yan dan uya. time on de way masing2 sibuk berfikir. mana nak pergi ni. bila tak plan macam ni la. Kangar or Jitra or Alor Star. pilihan nya Jitra sudah. settle. fikir pulak lagi skali, nak mamam kat mana. ni x best ni. rounding setengah jam kat bandar tu, punya la blur tak taw nak mamam kat mana. oke i yang decide. moh la kite ke Pizza Hut. settle!!

Nak makan pun kena fikir sampai cam ni. aduhai. sampai tak taw nak makan mende. oke dah lama x makan seafood lasagna. sambil drive dah set, sampai je nanty memang akan order lasagna. hahaha bukan apa, selalu kalu teringin nak makan something, tapi bila sampai location, memang mende lain yang akan di order. sungguh pelik dan sentiasa terjadi. ishh ishh tengah2 menaip ni terliur pulak dah.


ni saya punya. seafood lasagna. dap dap dap !!
tapi udang nya sekor je, dah tak mcam dulu. licin jugak...


pizza apa tah. lupa dah, ni untuk semua. tak habis pun. tapau bawa balik umah je
hanna roti2 ni kurang siket. so, makan 1 slice je pun.


Feveret yan, spageti. oglio olio. eh ye ke spelling cam tu? abaikan sekiranya typo.
hanna asyik curi udang die je. banyak pulak die letak. oke la, boleh la makan.
bukan kategori feveret.


my kesayangan. BFF yan!! muke susah hati. banyak masalah.
sabar okeh sayang. moga everything okeh. amin


ni lagi stress!! bila bergambar sebelah orang kurus, huhuhuhu
terserlah kebambanan kan. oke tu la my kazen. unimap student.
cuti, so lepak kt umah i. malam2 bergosip je keje kiteowg.

lepas makan2, trus balik umah. baik nya rasa.tak de berjimba pergi tempat lain dah. sebab yan kan dalam "masalah" then esok tu die keje. so, cukup la sekadar lepak2 sembang2... 
oke nanty sambung lagi. nak sambung lipat kain. mummy dah bising, baju berlambak2 dah dalam bakul tak berlipat. oke pai pai all.... 


Salam Sayang (=^.^=)


Saturday 27 September 2014

Blind Date


Assalamualaikum....


Hye kesayangan2 sekalian... nampak tajuk kat atas? haah BLIND DATE pernah buat blind date tak? mesty pernah kan? namo namo tipu... hanna? opkos la pernah. well main media social memang xleh lari dari blind date ni. what is BLIND DATE ? meh ahkak nak cerita. cewahh macam la terer sangat kan. nope lah. just sharing2. bahasa mudah nya ialah social engagement. kenal2 kat media social then ajak jumpe. yer ghoper itu lah ye adik2.

napa tiba2 citer pasal blind date kan... saja je, tadi layan cerita berkaitan blind date. terus rasa nak bebel2 kat sini. lepas tu semalam, ade kawan call. cakap nebesnya nak keluar 1st date esok. i is kan kaunselor tak berbayar. muhahahaha. hanna dulu, kalu ade blind date, oh blind date la sangat kan. agak nerves la jugak. fikir macam2. takot terover lah. malu lah. rendah diri la. fikir dia akan buat bukan2 lah. macam2 kuar kat kepala ni. teruk kan? tapi tu semua normal. but, dun worry, kalu bijak insyaAllah everything fine. 

so lepas ni, sapa2 yang buat blind date especially adik2 tu.. meh ahkak nak share tips sikit. preparation kan. maybe boleh membantu. yang penting cool & relax. 

1.Maklumat Pasangan Blind Date
Before nak keluar tu, make sure korang ade maklumat pasal diri orang tu. full name die, kat mana pendek kata personal detail la. biar la dia nak cakap kita kolot pun. ini penting oke. jenis hanna, kalu nak keluar, hanna akan mintak no ic. hahahahaha kelakar kan? eh mesty la kena. dah la tak kenal kan, nak pulak jumpa time malam2. siap mintak dia sent pic ic kt wasap. kalu nak keluar sila bagi, kalu tak bagi, memang tak akan keluar la dengan dia.  

2. Location Untuk Date
Better jumpa kat tempat ramai orang. mean, shopping complex ker, kedai makan ke. elakkan dari datang ambik kat rumah or jumpa kt kawasan luar mana2. bila jumpa kat tempat yang memang menjadi tumpuan ramai orang ni boleh mengelakkan kita dari berdebar or over acting. kayakinan nak komunikasi pun its better. 

3. Time
Masa berjumpa, eloklah di waktu siang. siang kan lebih selamat. malam pun boleh, depends dengan kelesaan korang. lagi best, pilih hari cuti untuk bertemu. tak ade lah nanti tergesa2 pulak kan. baru lah boleh buat banyak aktiviti.lebih spent time. 

4. Topik
Kadang2 perwatakan setiap orang ni kan berbeza. ade yang jenis pendiam, peramah and so on. so make sure korang kena pandai handle situation. kalau rasa pasangan tu pendiam, juat creat topik yang boleh buat komunikasi tu jadi lebih best dan panjang. 1st jumpa, selalunya topik yang simple2 je. yang penting, tak kan ade yang bosan. 

5. Penampilan & Perwatakan
Yes! ini penting. jangan terlalu over. just be ur self. anggap je keluar dengan kawan2. so, its simple and make it easy. bercakap perlu manis. nama pun 1st date kan. hahahahaha jangan over acting. relax, cool and senyum. 

6. Bawa Teman
Untuk mereka yang gugup or kurang keyakinan nak berjumpa, boleh la bawa kawan kan. so lain la sikit perasaan tu. kalu nak keluar sendiri, make sure inform pada kawan or family.

Itu je kot tips nya. sekadar nak berkongsi. mesty bila baca nanti, ade yang berfikir. ala zaman skang ade lagi ke yang takot or gugup nak blind date? xkan kot. ade okeh!! sebenar nya semua ni fun. boleh tambah kenalan baru. cuma anda perlu berhati2. zaman sekarang manusia ni macam2 perangai kan. 

Mulakan dengan bismillah dan doa. insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. apa pun, selamat berkenalan, selamat berhujung minggu... ehem ehem.. ade tak sapa2 yang nak BLIND DATE dengan hanna?? hahahahaha 


Salam Sayang (=^.^=)


PEVERET SONG


Assalamualaikum


Happy SABTUDAY u olls... mostly cuti kan ! kan ! kan ! so boleh la bersenang lenang hari ni. ye tak? macam i is, hari ni malas nak kuar.. rasa nak lepak kat umah je. korang ade jalan mana2 tak. mood nak keluar tak de pulak hari ni. padahal, 2 hari lepas asyik layan wayang je. asal petang je tengok wayang. pastu lepak2 coffee. 

Wah sungguh lah berpoyer2.selok2 pokeT & belek2 dompet. mana duit saya ??  ade hati tanya lagi huwaaaa berpoya lah lagi kan.. padahan muhaka sahaya!!

Dah puas tengok wayang, kita dok umah je lah. tak taw nak buat apa. teringat novel yang pinjam dari my kazen. eh macam best kan. lepas ni kita baca novel lah. ngisi masa lapang. wah wah poyo nya, isi masa lapang dengan berpaedah. membaca gitu. boleh caya ke ? hahahahaha

Bosan2 macam ni best layan lagu kan.... pastu feeling sensorang. perghhhhh memang tangkap leleh menggamit serta mengusik kenangan lah. KOMPEM!! hahahahaha dengar lagu oke apa. boleh relax2, layan lirik. amik feel... janji boleh hiburkan hati. itu pada hanna la.. u olls kite tak taw lah. masing2 nya layan pasaan dan diri punya suka. hahaha

Alang2 dah cerita pasal lagu. meh dengan tak malunya. nak sharing lagu yang kita suka. biar la korang tak nak taw pun. nak gak sharing. sila layan okeh!! boleh cam tu ?? ni antara lagu wajib dengar sebelom tdo dan dikala bosan. best ke? entah, tapi hanna suka. best ler tu. muhahahaha  harap maap, lagu di bawah adalah lagu jiwang!!


1. BERHARAP KAU SETIA - DWAPINZ BAND
Omaigod, lagu ni sangat lah best.... memang memahami jiwa dan perasaan saya. dah nama lagu pun setia kan, memang pasal setialah. semua orang dalam hubungan nak kan kesetian kan? ehmmmm bila dengar lagu, ibarat luahan hati kite. wajib dengar !!

2. BIDADARI BUMI - ST12
Kalau la ade someone, i mean guy yang dedikasi kan lagu ni untuk kiter. OMK !! kompem cair. hiihihihi dah la lagu ni mendayu2 je. super best menusuk jiwa

3. JAGA DIA UNTUKKU - DATO' SITI NURHALIZA
Gara2 drama Rindu Awak 200% la boleh suka kat lagu ni. dah kalau  Dato' siti nyanyi memang lunak lah. jaga dia untukku tuhan... aummmm sweet :)

4. MAG!C - RUDE
Lagu ni wajib dengar tiap hari. sebab dah boleh hafal. hahahaha gigih ngafal lagu ni. sebab nak karoks dalam keta. beat dengan bestfren... sapa boleh hafal lagu ni, dia akan dibelanja LATTE . pasal latte sanggup aja. why u gotta be so rude!! hahaha hafal hafal

5. ALL OF ME - JOHN LEGEND
i love this song... really2 love it !!

6. RELAKAN JIWA - HAZAMA
Lagu yang sangat best hingga tak terkata. hanya perasaan yang dapat menggambarkan. piwett hahahah

7. SAYAP ILUSI - WINGS
Sangat best. teruja dengan lirik lagu ni yang berunsur ketuhanan dan kecintaan.

8. MEWANGI - AKIM & THE MAGISTRATE
Sangat suka dengan lagu yang menyentuh jiwa ni.

9.MENGULIT KENANGAN - DATA
Lagu ni ada makna dalam hidup hanna.. ade kenangan dengan lagu ni. bila dengar je memang mengulit lah kenangan. hahaha kalau rindu, ni la lagu pengubat hati. smile :)

Hah buat masa ni.. hanna memang suka lagu2 ni .. bukan la lagu lain tu tak suka or tak layan. dengar je. cuma feveret dis time adalah lagu2 ni. wajib dengar. sebelum tido.. pakai earfon, pejam mata weww hahahaha konon2 tido nanti boleh mimpi indah la. nan hado nya. feeling je lebih. dah itu je bebelan dan sharing di sabtuday.. nak sambung baca novel. jumpe lagi...

Salam Sayang (=^.^=)


Friday 26 September 2014

Amier's WEDDING


KOMPANG DIPALU PENGANTIN BARU... 

DUDUK BERSANDING TERSIPUH MALU...

 Ewahh ewah siap nyanyi lagi hahahahaha sumbang sila tutup telinga yer. Ni citer pasal minggu lepas. Kenduri kahwin kawan sekolah kiter. 

Tahniah amier!!! Happy wedding amir & his wife. Comel sangat... santekkk manisss je wife ko amier. Diam2 je die ni.. tup tup dah nak kawen. Tumpang hepi untuk awak. Mesty sekarang awk tengah berhoneymoon kan. Auuwm so sweet! Nak kawen jugak oihhh amin.. amin.. amin.. bila la i is nya turn kan ehemmmm b oo b.. kite bila b. Eh eh B pulak??? iter ade b ke.... 
hahahaa xde pun la sob sob sob sian kan :(


geng boyz. kawan sekolah lama.. awal diorang ni sampai. kiter owang baru terhegeh2 nak sampai. depa dah siap makan.
amboi kemain awal hampa kan

lepas makan bergambar jup ngn pengantin nya. memula macam malu2 je geng2 laki ni. dah kenapa korang ni!!
dulu dalam kelas, kuat je nyakat, hahahaha 

okeh saya xmalu. jum gambar ramai-ramai hahaha comel kan pengantin lelaki. TAHNIAH taw!! 
Eh gambar makanan tak ada yer. harap maaf. sampai ngam2 jam 2.45pm .. memasing lapor kan. amik je makanan trus makan.. Diam je memasing. agak2 dah rasa perut baru la mula bersuara sorang demi sorang. kantoi lapar hahaha. dah habis makan.. baru bersungut, weh aku lupa snap picture. menyesal kemudian hari, makan tak boleh di post di sini. padahan muhaka.


Ni la kawan2 saya yang bersama saya di hari kenduri tersebut. sebelah i kompem la my bestfren akhir hayat si YAN. belakang tu Cik Wa & Ayu. oke next majlis, is ayu!! si tudung biru. abaikan si tembam itu
Disebabkan wedding tu dekat je dengan sekolah. we decide untuk rounding2 kawan sekolah. melepas kan rindu la konon nya. jumpa member2 lama. kenangan tu macam mengusik jiwa. hahahaha ye la, dari sekolah rendah till form 6 kot. lama kan hubungan kiteorang. banyak kenangan2 manis, pahit, masam, payau semua ada la.

Rounding2 sekolah, asrama and part wajib adalah... class time form 6. sedih oiii tengok. dah jadi kawasan wakaf. huhuhuhu sebab tu bangunan lama kan. dah buruk. terima la hakikat kan. buruk ke cantik ke, itu lah tempat i is and kengkawan menuntut ilmu. eh eh, teremo la pulak. dasar kuat tacim hanna ni kan. 


Ni amier punya hadiah, besar kan.. tapi ringan je. amier, ko jangan lupa guna benda ni.
semoga berguna la rice cooker ni kan. bukan nak menunjuk oke..
sekadar sharing rasa happy kawan lama kite da kawen. 


Ni asrama. atas bukit. sejuk je memalam. damai dan tenang je bila study. tapi biasa la.... sejuk dan sometime menyeramkan
normal la kan. sekolah, asrama... kompem ade cerita yang tersendiri. sendiri paham hehehe

ni mini tar nak ke asrama, padang dan jalan ke clas form six. memang rasa suasana kampung dan bukit2 la. freshhh!!

Ni ler bahagian utama sekolah ni... hahahaha agak old kan? dun know why diorang tak cantikkan. maybe lepas ni kot.
tempat perhimpunan di hari AHAD. wewww so borink bila SUNDAY hahahaha
                                                   
      Orait.. dah habis gambor. maka tamat lah entry kali ini. sekian maceh
apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU AMIER semoga kekal hingga akhir hayat. amin.. doakan my turn ye u olss ... hihihihi nak jugak kan...
                                                     

  
 

Sembang Kosong

Salam Malaysian..... wihuuu siang all !!!

Ceewah kunun2 ceria lah kan hari ni hahahahaah hye u ollss. Happy friday okeh. Tak taw mimpi apa hari ni. Terasa nak menaip. Opppss jangan tegur..kang terbehenti typing. Tergendala pulok entry ni.
Seyes, tak taw nak cerita apa. Sembang kosong je sudah kan. 

Now, dekat rumah my uncle at Sungai Petani. Menjadi peneman my kazen. Parents die keje, so jadi babysitter la kejap kt sini. Just a few day. Well not bad. Budak dah besar kan. Senang jaga. On je astro ceria settle!! Hahahaha dasar pemalas nak layan budak. Bukan malas la u olls, tapi mudah kan keje.

Jam 7 dah bangun u olls. Is awesome untuk penganggur macam i is ni boleh bangun seawal tu okeh! Hahahahaha jam 8 breakfast. Nasi lemak lagi!! Pergh terbaik then jam 10 tadi trus rasa nak tido balik je. Boleh macam tu??  And now masih lagi layan astro ceria. Omaigod!! but not bad la, cite kartun. eh best pulak. HAGEMARU i love it oppsss.....

Oke dah tu je nak share. nk bagi die makan jap. nk snap picture die pun xsempat. budak lelaki, mana mau berselpi2 ni kan. Nanty  rajin i is update lagi okeh. Berhabuk giler blog ni kan. Haishhhh banyak mende yang menghalang. insyaAllah lepas ni rajin kan diri lagi. 

Maaf......

Meh lanje satu pic tuan belog yang dah berkurun tak kelihatan ini hahahahaha




see ? makin bam bam kan!! manis tak saya...
seriously rindu nak berblog semula
mmuackkkss !!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...