Followers

Wednesday 19 December 2012

HOSPITAL SUNGAI BULOH & IKEA


Oooyeahhh hari ni dapat jadik pelajar yang nakal!!! skip class... hahahahaha seronok je ase *nampak kan aku memang student yang baek sebelum ni okay saya mengaku saya ponteng kelas tadi. saya malas, saya mengantok, saya lapar & saya terlalu fikirkan my kazen yang skang ni kat ospital. eh bukan saya sahaja yang ponteng yer, tapi my fren forever ni pun ikowtt jugak memonteng saper lagi kalu bukan si scha aida eqhwan

my kazen ni, ade  pregnancy problem ket. tetiba baby tak bergerak dalam perut.. dah la nak deliver dah kan. heart baby pulak sangat lemah. abeh risau semua orang. so decide untuk pergi visit die kat ospital Sungai  Buloh rini.. hope sangat semuanya akan baik dan dipermudahkan nanty. aku pun dimaklumkan oleh abe aku merangkap suami my kazen, esok die kena induse iaitu paksa baby untuk keluar jugak. 

ok sebut pasal induse ade citer lawak bodoh kat sini. seyesly aku tak taw apa itu induse. tapi aku buat2 tahu...  bila abg aku cakap, "adik, kakak huda awak esok kena induse dah". dan aku jawab apa taw?
"oooo yer ker" hosihhhh mongok tol la aku padahal langsung tak tau apa tu.. biler tak taw terus pergi kat kawan aku dan tnya apa itu induse. die pun sama. bongok cam aku. terus call adik die yang nurse tu tanya pasal mender ni. aku yang dah tak tahan nak taw, terus g kat abg aku dengan muka berlagak tak bersalah ni bertanya la........ "abang, induse tu aper??? xtaw la. kiter tak bajar nursing, sorry"
abang aku gelak dan terus explain kat aku ngn kengkawan.  malu, tapi aku buat dek jer. relax la kan.
hahahahaha dalam haty. malu giler okeh.

dekat sejam lebih kat situ, then balik ler kiterowang dari ospital. ehmm biasa la petang2 macam ni memang 
menempuh jem yang tak de roti la. semua jalan jem. aku yang in frust & stress dengan banyak keter ni terus ler memecut keter yang perlahan dalam sesak ni pergi IKEA. untuk apa? untuk MAKAN. 
semua owang lapar sebab makan pagi tadi jer. jumpa makanan balik dekat jam 6.30pm. memang semua senyum gile la kan. dapat lak g IKEA. we olls berangan nak meetball.... yummy yummy
xnak citer dah, korang layan gambar. nak dera sikit. biar leleh air liur korang. hihihii


menu wajib bila g IKEA..
MeeTball yummyy

Peha ayam wif herb sos...
ehmm aku xsuka ni, kuah sos die ase macam semut.
seyes, xsedap langsung.. not may tekak la.


ni aku punya. ayam rosemarry & pasta. bukan aku soang je order ni
aida & sya pun order ni. kah kah kah hambekkkkk diorang pun suka jugak.
so so je la.. xde la sedap sangat. ntah xbest pun
ke tekak aku yg very de kampung?


hehehehe xsedap pun, habis jugak ler...
meetball memang licin la.
ayam je aku tak boleh habiskan.


ni kawan aku punya, si eqhwan. ayam yang ase cam semut tu habis
licin!!  pada die SEDAP! Eiii pelik.

tuan belog harus ade. hehehehehe
xfaham naper muka si Eqhwan ni cam ni.
why fren?



sekian sahaja yer dari saya...... begitu lah citer nya, lepas je melawat owangs akit, trus g mamam....
nothing special lag nak share. sampai berjumpa lagi. okeh bubyeeee selamat malam 





Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA



Sunday 16 December 2012

Dilemma


Sesungguhnya sekarang saya adalah dalam dilemma.
tak tau macam ane nak pikir lagi dah.
bagi pelajar semester akhir macam aku ni yang hidup penuh dengan dugaan,
sememangnya akan dihaNtui dilemma yang pelbagai.
fikir pun pening kepala, tapi kalu tak pikir pun lagi la bertangguh,
lagi poning kepalo den ni ha.
cinta, kerja, kehidupan, duet & hubungan!!!
wooooo hidup sangat mencabar kan

Ikot haty mau je biarkan je, tapi ni soal masa depan.
sampai masa dah aku akan melangkah ke alam yang baru.
alam baru? yer dunia baru.
syukur sebab bukan alam barzakh. hehehehe
gurau2 jugak tapi seram lor.

Eh korang mesti pelik, aku ni in dilemma sebab apa kan?
meh meh ahkak temah nak bercerita. hehehe
pada korang memang ler kecik. memang nampak mudah.
tapi pada aku, sangat sangat sangat dan sangat berat.

Dilemma :

1.DAPAT KERJA KE TAK NIE?
giler sangat risau pasal kerja.dah try mintak macam2 kerja dah.
tapi belum lagi ade request dari mana pun. agak2 aku dapat tak?
kalau tak dapat cam mana? eh malu la nanty kan,
belajar tinggi kerja tak de. sian mak aku, sara aku belajar dah,
xkan nak sara hidup aku lagi kan? hosihh risau.
siang malam berdoa supaya aku dapt kerja dengan cepatnya.
aku habis exam, 15/1/12.... paling tidak dalam 2 3 bulan tu kerja akan memanggil aku.
boleh ker nie? ullss plzzz wish me luck, doakan aku semoga dipermudahkan & dimurah rezeki.

2.NAK BAGITAW MAK KE TAK?
sekarang sampai masa nya aku share berita gumbira ni dengan korang yer.
aku dapat tawaran kadik pelakon!!!!! yahuuuuuuuuu jadi retis la tak lama lagi kan
keh keh keh berangan je lebih.
eh betul la, tapi xde la watak yang besar sangat pun biasa2 je.
watak pembantu rumah tak pun watak adik tiri yang bermasalah.
korang mesty gelak kan dengan watak yg aku dapat?
ok fionnee,,, ala mula2 kan? kiter kan kena mula dari bawah.
gpun tak de terpikir nak jadi fofular pun.
the problem is belum bagitaw my mum!
takot nak cakap. comfirm mak aku tak kasi.
tapi aku minat dan ank cuba something new dalam my life. why not kan?
adoiii cam ne nak gtaw mak nie? mak okay ke tak?
jawapan mak hanya dua. ok or no!
how? belum ade keberanian nak gtaw lagi. bulan 3 start shooting dah.
korang, cam ne aku ank bgtaw nie? sueggestion plzzzzzz

3. CINTA
semalam aku ade tulis pasal sowang mamat ni kan,
cakap nak mintak couple ngan aku.
ala "mamat Kepoh" tu. tapi aku belum bagi jawapan lagi sama ada nak trima or tak.
aku sebenarnya dah ade boyfriend.
tapi sekarang dah makin tawar haty dengan my bf.
die punya perangai semakin pelik la. dan aku pun bukan sengaja nak curang.
but i need someone to share everthing wif me. need someone tu care about me.
boyfriend aku sangat sibukkk okeh. sibuk gegiler.
asyik kejer kejer kejer kejer.
pada masa yang sama mak die dah ade jodoh tok die.
so untuk apa aku tunggu lagi?
bodoh la kalu still dengan die lagi kan.
sebab tu sekarang aku macam in dilemma nak trima lamaran "mamat kepoh" tu.
seyesly kami serasi & our komunikasi pun better than now.
aku selesa, cuma belum bersedia nak couple2 nie..
aku tak nak gelojoh. aku serik. takot.
the result, aku minta masa untuk fikirkan.
dan mintak amsa untuk aku settle kan everthing dengan my bf.
aku sendiri tak tahu dan bercelaru.
what should i do?

4. MAAF
last semester adelah sem yang sangat terrible untuk aku.
really2 stress. ntah mana yangs silapnya.
mungkin banyak sangat bercakap dan terlalu bertegas.
sedangkan keadaan tak mengizinkan.
aku dah mintak pendapat ramai orang soal ni.
owhhh problem aku dengan my pensyarah.
semua orang cakap die sangat ego & tak ptot.
even, kawan die sendiri pun cakap cam tu.
aku pasti aku tak salah cuma ini sekadar salah faham.
dah dengan ramai mulut yang menyampai.benda tak betul.
dan die ni pun, bila aku nak citer benda yg betul xmau dengar. lantak la kan.
aku x kisah pun, cuma aku maseh ingat jasa2 die je sebagai pendidik aku.
maseh lagi ade pasaan hormat. walaupun kawan2 aku yang lain sampai ade bendci dah.
aku tetap sabar, but the dilemma nya sekarang... perlu ke aku mintak maaf?
aku dah nak exam, perlukan restu die kan.tapi aku xboleh jumpa die, aku marah.
sakit haty, die tak adil pada aku dAN kawan2. naseb la kan?
nak mintak maaf or x? walaupun nak ikot kata2 die lagi menyakitkan aty aku.
tapi die pensyarah aku,  aku tak boleh ego sama macam die kan?
aku sendiri tak pasti......... pasrah,,,, no! bukan aku nak pasrah2 nih



mender mender ni lah yang buat aku rasa berat.
buat aku stress, sampai tdo pun tak lena.
apa pun aku kena go on .
aku kena jugak hadapi.
cuma aku perlukan kekuatan dan semangat.
aku nak jadik yang lebih baik. 
aku nak bukti kan pada samua orang aku mampu.
yang pasti nya, aku nak balas jasa my mum.
doakan aku semoga menjadi yang terbaik dan pastinya dipermudahkan. amin
sayang semua!! 







Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA





Saturday 15 December 2012

Marathon Adam & Hawa


aktiviti untuk dis weekend adelah marathon citer ADAM & HAWA. 
owang lain dah tengok sAmpai episode baper tah, aku baru nak masuk episode 25. 
sangat ketinggalan kan? 
itu pun start dari hari jumaat petang lagi.
tak habis2 lagi. penat dah tengok.
sampai bosank pun ade gak. 

lama giler la citer ni. xlarat sedih dah aku, 
belum lagi si Ain ni leh trima ngan Adam.
rasa kalu baca novel dua jam dah leh habishh.
asal la panjang meleret sangat ler,
nak sampai episode 80 jenuh ler aku nak ngadap kan.
skang  kat tv dah sampai episode bapa erk?

memula tengok bukan main feeling my housemate ngn aku. 
but sekarang semua orang asyik cakap 
"adoii lambatnya, kesian Adam. dah dah la Ain oii marah, Ego melampau".
Hahahaha aku ingat aku sorang jer bosank. diorang pun. 
eh naseb baek ade Aaron, rajin ler aku nengok lelama citer nie.
terbaekkk la lakonan Aaron ni kan.
kadang terpikir, owang singapore ni memang sweet2 & romantikan kan? kan ? kan?
perghhhh Aaron memang smart la, handsome gilerssssssss.
i lappp u sayang! kah kah kah kah 

eh walaupun ade part yang bosank tapi best sangat citer ni..... 
sangat2 feel... tersentuh kat haty ni.
ketagih dah aku nengok, jangan kata aku.
kawan aku kat sebelah tersedu-sedu dah nangis. 
tengah makan pun igaukan si Am ni. kacau!

Xtually dah tahu citer kat novel cam ne, 
tapi still nak nengok yang adaptasi nyer gak. 
xpe la lama pun.
kalau la wujud lelaki yang sesetia & kuat nya cinta 
tu macam si Adam ni kat dalam hidup aku, kan bahagia?
owhh mimpi la kan.
i hope ade. hope ler sangat.

tengah kusyuk tengok citer, si mamat "kepoh" ni call.
hello u kacau my feeling dengan Adam ok. puiii
merayu rayu mintak couple.
then tunggu aku cakap yes, terus nak datang puchong!
how? how? how?
yes, awak memang ensem. tapi tak la sehensem Aaron. 
so kiter reject leh?
hohohoho gurau je. aku tercengang okeh. diam.
nanty ler bagi jawapan. aku sendiri celaru.
abeh "mamat bios" aku nak campak kat na?

sambung lagi tengok cita, xsampai 5 minit die jugak call.
tanya cam ne?
ehhhh baru lima minit dah nak tanya keputusan aku.
apa kes, exam pun nak jawab soalan owang bgi masa 3 jam taw.
gelabah la jantanzz ni.

the result, aku off hp.... 
hehehehe biar habis citer ni. baru on. 
naseb la. aku xmau ilang feel. plzzz.
jawapan aku?
no, i is belum ade jawapan.
bukan aku tak setia dengan "mamat bios" tapi.................. 

ok dah, malas nak layan pasaan. 
Adam dah tunggu i is yer. bubyeeee
seyesly, kesian sangat kat ADAM. Ain!!!!!!!!!!!!!!!! ngehhhhhhhhhhhh






Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...