Followers

Monday 31 December 2012

Celebrate NEW YEAR


Assalamualaikum,,,

Buat semua reader, selamat menyambut tahun baru..Happy New Year for everyone!!
 cepat je kan masa berlalu. pejam celik pejam celik dah nak masuk 2013. wohohohohoh excited sebenarnya... tahun baru adalah menandakan yang aku akan tamat belajar. tapi.....yang tak syok nya, tahun baru jugak menandakan umo aku semakin tua. okehhh itu adelah part yang paling tak beshh. forget it. 

tak mau celoteh pepanjang... just nak tanya la korang celebrate tak? kat ner? ngan sapa? mesty semua dah macam2 planning kan? pergi sana, pergi sini, ehmmm comfirm meriah kan? ehh menyibuk jer!! muahahahaha 
aku? celebrate ke tak? owhh semestinya TAK. huhuhu dah bapa tahun dah tak sambut new year taw. kesian kan? sama la macam tahun nie, asal new year ade je yang menghalang dari nak berpoya-poya dan bersuka ria.sungguh kejam.

Untuk dis year, memang tak senang dan tak free langsung nak kuar celebrate memana pun. sebabnya......
study weeek! nak final exam! sekian tima kasih.

jadi terperap lah kat umah sambil mengadap buku dan laptop sahaja. 
bagus kan kita? *sedap kan hati sendiri 

tak percaya, meh nak showing ini picture ~~~~~~~

sambut tahun baru dengan ngadap buku & laptop je.
calon best student kan... kah kah kah
perasantan!! eh mana taw kan.

International Business
haiszzzzz susah & memeningkan!
korang nak tak tolong aku study?

RAMBUTAN!!
yeahhh saya ada rambutan.
disebabkan ari ni tak bapa selera makan nasik,
jadik beli ler buah banyak rambut ni.
RM2 jer. murah.... jadi sambil study sambil mamam ini buah!



Kesimpulannya, saya menyambut tahun baru dis year adalah dengan menelaah segala note, buku dan laptop sambil makan buah rambutan. super duper sweet celebrationsss!!




Saturday 29 December 2012

AZAM TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum... dan salam tahun baru,

Lagi baper hari, baper jam, baper minit, dan lagi baper saat jer nak masuk tahun baru 2013 kan. Syukur alhamdulillah kita masih dipanjang umur untuk menikmaty hidup kat dunia yang serba meminjam ni. amin.

Bila masuk tahun baru, memang tak kan boleh lari dari pertanyaan mengenai AZAM TAHUN BARU. ye idok?? persoalannya, azam tahun lepas dah settle kan? bereh dah ker? hahahaha renung-renungkan.

ding ~~ ehsan dari hincik Google

Azam Krisz Hanna dis year adelah copy paste daripada azam tahun lepas.. hukhukhuk continue lagi lah yer azam taun lepas punyer.

1. Kurangkan online shopping 

2. Nak kurus dan sihat 

3. Nak jadi seorang yang rajin menyapu sampah 

4. Nak improve kan English

Ni antara antara azam tahun lepas yang tak settle lagi..alhamdulillah yang lain okay sudah. untuk dis year, ade pertambahan azam sikit. tahun baru mesty mood pun kena baru kan?? dengan ini mengumumkan Azam / wishlist tahun ini adalah......................... tadaaa ~~~

5. Nak jadi best student untuk final semester

6. Nak carik kejer yang best

7. Nak Handpone baru

8. Nak pakai keter Honda City

9. Nak Kawen!!!

berharap semoga azam / wishlist di atas tercapai lah.. mendoakan jugak somoga insan bernama Azam datang dalam hidup, ehhh?  ahaksssss baru leh bleh tunaikan part azam yang last tu kan? hahahaha mengarut!!#%#%

so, azam korang tahun ni apa? copy paste jugak ker macam saya? opppssss!!!! hehehe


selamat tahun baru korang,,!!
have a great fabulous year ahead
amin.





Lelong Perfume

Assalamualaikum....

salam u ollsss, sila berikan saya laluan untuk entry PROMOSI HANGAT...


klik sini taw

ade berita penting nak bagitaw nih. meh meh free kan sikit ur time tue.

semua orang suker perfume kan? semua orang pakai perfume kan?

tak suka pun tak pa, maybe ade plan nak jadikan hadiah or present sempena tahun baru? anything la kan.

oyeahhh dipersilakan untuk lawat dis page/ facebook Qaseh Iwana Perfume.

sebab nya? ade lelongan untuk ujung tahun & clearance stock perfume.

wowww best kan?

seyesly murah2 jer...!!

rugi kalu tak pergi visit... ala xsalah visit, nak beli ke tak belakang kira kan?? tengok dulu.

perfume yang dijual adelah dari GRED AAA from DUBAI.

Dalam kata mudahnya adalah imitation... tapi,,,,,,,,,,,,,

korang jangan risau kerana,,, ketahanan bau, kualiti dan packingnya adalah HAMPIR 90% like original...

baca kat bawah nie, selanjutnya korang scroll ya,,

Sephora Dubai Perfume - Gred AAA
ALL BRANDED PERFUME. 


GRADE AAA 100ML & 75ML & 50ML
  
VERY HIGH QUALITY AND SMELL SAME LIKE ORIGINAL

MADE FROM DUBAI.

HARGA BERMULA DARI RM45....(murah kan? nama pun lelong!!)


UNTUK TEMPAHAN, SILA EMAILKAN/SMS NAMA, NO TELEFON, ALAMAT DAN BRAND PERFUME YANG ANDA INGINKAN 

qasehiwana@gmail.com
sms : 012 5326027 / 019 6137971
 

Gred AAA Perfumes :

  • Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100% kecuali material yg digunakan berlainan sediikit.
  • Ia sebenarnya dibungkus dan di botolkan di DUBAI tetapi pati asal perfume ini datang dari negara asal, cuma dikurangkan pati dan alkoholnya apabila dibotolkan. Oleh itu bau nya tetap sama.
  • 90% original. 10% lagi kandungan dan material yg digunakan berbeza.
  • Tidak tahan lama seperti minyak wangi original. Lebih kurang 6-8 jam di aircond dan suhu bilik. Jika original 8 jam ke 24 jam.
  • Sebenarnya ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada suhu badan, ada yang lama dan ada yang kurang oleh itu pemakaian individu adalah berbeza (ORI atau AAA)
  • Jika sesiapa yang bekerja di site @ luar kurang digalakkan memakai grade AAA,kerana cuaca yang panas akan mengurangkan lagi bau perfume yang ada.
  • Dan kualiti Double Grade AAA tidak sama dengan yang dijual dipasar malam RM10-RM40 (A,AB).



*psssttt: korang kena cepat taw... stock adalah terhad!!
*promotion bermula 30/12/12 - 31/12/12 (12am - 12am)
*all brand ade, sebut ajer,,,, berbaloii-baloi
*Selamat Bershopping!!


Friday 28 December 2012

Favourite Perfume saya!

Assalamualaikum,,,,

Last entry ari tu ade sharing pasal produk skin care kan. so today terasa rajin nak gebang kat korang pasal perfume yang aku guna.. one more thing, rasa nak share jugak sebab terpengaruh ngan entry kat blog Cik Nurfarah. hahahaha jangan marah yer. mana taw leh kongsi2 kan. bukan kongsi guna tapi kongsi reger, brand dan lain. hehehe eh korang pakai perfume apa erk? nanty komen kat bawah citer taw. *ayat macam paksa je kan muahahahaha

Dengan bangganya kat sini, nak bagitaw kat korang aku guna perfume apa. ala aku nyer perfume murah2 jer. i is kan student, jadi perfume pun kena bajet macam student la kan. tak mampu u olss nak pakai yang mahal mahal. tunggu la kerja nanty nanty , ade rezeki lebih kiter spray yang ratuss ratussan ya.. sekarang yang puluh puluhan sudah. janji wangi. janji pakai perfumesss. ye idokk??

tada ~~~~~antara  my feveret perfumesss

1. For Away.- aku pakai Avon punya jer. memang ini yang selalu guna.  bau die ok la and long lasting. walaupun bau die agak kuat jugak, tapi sesuai untuk aku yang sepanjang hari kat kolej kan. dari  kul 7.30am sampai la 5.30pm. biar bau kuat sikit, nanty hapak pulak, dah la mandi pagi jer. sementara nak balik umah. mau nya busuk. hehehe serasi dah ngn perfume ni, dari sekolah lagi pakai. harga pun murah jer. below RM 50. ok what?



2. Lychee - Body Shop. seyes ini aku sangat suker. sebab bau die sweet sangat, tambah pulak aku memang jenis suker yang stock bau sweet2 nie. tahan lama yang penting. memang pada aku body shop terbaik. tapi skang yang lychee ni xde la.. so last week pegi IOI MALL, beli yang Love ETC pulak. okeh wangi & romantic perghhh!! xrugi beli walaupun mahal sikit dari lychee tu. body shop perfume ni buat stock untuk kuar dating jer. muahahahahaha

 

3. Woman Of Earth - eh Avon nyer perfume jugak. dulu memang suker giler pakai ni. sekarang dah jarang guna. kadang2 je sembur. sebab makin lama pakai makin pening bau die. yang beli 2 bulan lepas pun, still ade lagi separuh. korang nak x? aku kasi? hehehe mai mai amik..... 


4. DKNY candy apples - ini ade orang hadiah kan. original tu. hehehehe. walaupun aku ni penjual perfume gred AAA, tapi aku tak pernah ase nak pakai perfume ni. tak tau naper. naseb baek mamat ni hadiah kan. baru leh merasa nak pakai. kalu tak jangan harap. ehmm wangi jugak. sweet cam nak gigit2 je. so nanty kalu habis, nak repeat guna, pakai yang aku jual tu la, yang imitation punya sudah. tak mampu lor origianal punya. ke korang ade plan nak hadiah kan? opssss....



*eh korangg kalu nak beli perfume GRED AAA from dubai email aku erk.. murah2 jer. tahan lama taw. 4-8jam. harga? murah jerk. harga dari RM 45 sahaja. ~~promote~~ hahaha

5. Dior Addict 2 - Ini yang gred AAA nyer la. wangi!! pilihan di haty jugak... botol pun cantik, kaler fink gitu. very de sweet like me. hoyeahhh 


6. One drop perfume - mini roll on kan, yang warna purple. best, walaupun kecik jer, tapi bau ya ampun. semerbak. ini stok untuk dibawa kemana2 sahaja la. 



So, setakat ni itu je la stok2 perfume yang aku guna tiap tiap hari... sebenarnya perfume yang aku guna sangat banyak, ade lagi empat jenis kat meja make up. seyes! hehehe aku kan tauke perfume memang xheran la kan. chewahh bangga. sorry 'TERIAK' pulak. cuma yang lain tu biasa2 saja la. yang wajib ade, mesti yang ni jer. well aku kan tergolong dalam kategori setia,  kalu dah suker yang itu, yang itu je la kan. dan yang paling penting, perfume tu tak memeningkan kepala.

*ehsan dari mr. Google, kerana sediakan saya gambar2 ni ya...malas nak snap sendiri lor.

iklan Vs promote : Dan untuk korang yang tengah mencari or tercari-cari perfume, meh ler contact aku,, any brand ade taw. GRED AAA from dubai. ketahanan bau sama macam original la jugak, cuma bau die just bertahan 4-6 jam sahaja. standard la kan, imitation kan memang cam tu. harga? untuk my readers opkos akan bagi serendah dan semurah yang mungkin. contact sini ya & bila nak beli mesty bagitaw korang my readers. baru boleh diskaun hehehehe

Email : qasehiwana@gmail.com
Sms : 012 5326027 / 019 6137971




CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'


Assalamualaikum.......


Dengan rasa bangganya saya nak join contest kat atas,,, thankss untuk jiran kiter cik farehah yang tag kiter sehingga telah mencetuskan diri ini untuk ikut serta dalam contest yang best nih. 1st time nak try mender2 cam gi nih.. hohoho mana la taw, ade rezeki kan? dapat skirt u ollsss. kalu menang boleh la melaram habis. harap harap boleh menang la u olls. dah lama mengidamkan skirt2 cantik kat blog norzibeautilicioushouse. saper tak nak kan skirt cantik dari Norzibeautilicious ni? memang meletop dan vouge habis la bila pakai. yang penting kaler kaler die semua sweet-sweet belaka. sesuai dengan cita rasa i is. hehehehe memang lompat lompat la kalu menang kan. sebab nya, skirt kat kat sini memang awesomee!! 

 korang taw tak cam ne nak join? jok ler try sesame. ade rezeki, mana taw menang. 
meh nak citer ngan lebih mendalam lagi,,, scroll bawah yer u ollsss 


klik sini untuk taw selanjutnya


Ini adelah syarat syarat penyertaan nya. simple dan senang ajer,,,,


Syarat-syarat Am :
1) Mempunyai blog, bukan GA blog
2) Warganegara Malaysia , menetap dan beralamat Malaysia.

Syarat Penyertaan:
1) Follow blog Norzi Beautilicious House (nyatakan follower ke berapa di entry)
2) Follow Blog NORZI FOODILICIOUS HOUSE (nyatakan follower ke berapa di entry)
3) Like page FACEBOOK NORZI (nyatakan klik like ke berapa di entry)
4) Buat satu entry CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'
5) Ambil gambar di atas dah letakkan pada entry , linkkan ke entry  ini.
6) Sila tag rakan anda sekurangnya 2 orang , jika lebih bonus.
7)Tinggalkan jejak entry anda di bawah entry ini, tunggu link anda di approve.


Tarikh mula : 23 Dis 2012
Tarikh tutup : 25 Jan 2013; 12 malam
Keputusan : 28 Jan 2013



 Pemenang:
1) 3 orang pemenang akan dinilai secara rawak
2) Hadiah setiap seorang akan mendapat sehelai skirt (3 blogger akan dipilh)
3) Pengeposan pada 29 Jan 2012 setelah mendapat maklumat penghantaran.



Now, KH nak tag kat blog yang  hangat dan terunggul di abad ini : 









Thursday 27 December 2012

COMEL TAK SAYA?




Hye semua, Sumayyah here.. comei tak kiter..?
muahahahahahaha



Rindu Sumayyah


Perasaan yang tak tau macam mana nak di ungkapkan. chewahhhh tetiba lak kan.
okeh tak mau la jejiwang tengah2 ari cam ni kan.. just nak say it.
''baby Sumayyah, mummy rindu kamu la"

Dah dekat 3 hari tak tengok anak buah kesayangan ni taw x, seyes rindu giler. baru anak buah kan, belum anak sendiri lagi. agak agak kan Sumayyah buat apa yer rini, ke tdo je duaplohpatjam? hahahaha nama pun baby kan, kejernya tido, menyusu & tido je lah kan. memang x syak lagi.

Esok, mummy janji ngan sumayyah yer, mummy pergi visit Sumayyah kat umah Nusaputra. Sibuk sangat sekarang ni, ngAh study week kan. memang banyak kerja. mana nak study lagi, nak kemas umah lagi  (pindah, mau balik kg dah), nak pesbukkss ag, update blog ag hahahahaha. macam sibuk sangat jer. puiii

Aku kan tak ada adik beradik lain, kakak ke abang ker, adik ker. well, for ur information, i is adelah anak tunggal yer. harap menumpang kasih sayang dengan anak2 my kazen je la... sedihhh kan? dat y la excited semacam jer, dah lama tak main ngan baby, memang sangap semacam la nak cium cium, nak dukung dukung baby. hihihihihi owhh stop gediks KH!!

Bila tengok jer Sumayyah & my kazen ni lahirkan baby, rasa teringin sangat nak ade baby sendiri. best nyer!! tapi masalahnya, kahwen pun belum ag. macam mana mau ade nak? haizzzz lupa sudah! ade tak sesaper yang nak masuk minang kiter? silakan la yer..hahahaha tak tahu malu betoiii. sabor je la .berharap sangat semoga jodoh dipercepatkan dan dipertemukan dengan insan yang baik haty dan bertanggungjawab. bila la kan? InsyaAllah...... moga moga ade la lepas ni. amin amin

Ehmm dah setakat tu je dulu, mau sambung study..... banyak lagi yang belum khatam nih. korang, jangan lupa doa kan aku semoga dapat jawab exam dengan the best taw!! amin amin amin...lurve u Sumayyah!!

baby Sumayyah day 6..
Muuuackkss !!



*biler umur dah meningkat macam ni la gamaknya nyer yea rasa... keinginan untuk ade baby sendiri dan berkeluarga. auwwww malu ~~ blush!!!


Wednesday 26 December 2012

Tak pandai Twitter




Setelah berbulan bulan tak buka twitter, jadi hari ni tergerak haty nak bertwitter la pulak. semangat nak buka ni. konon nak ikowt peredaran zaman ler. skang kan semua asyik dok twit twit je, fesbukk cam dah kurang. eh ye ekr? yang penting nya, owang ade twitter kiter pun ade. hahahaha padahal, time buka account tadi, pasword boleh terlupa. kah kah kah nampak sangat tak pernah bukak. kalu umah tu dah boleh  ibarat kan bersawang dah. masuk ni asenya dah tiga kali aku lupa pasword. terukss kan.

Dulu masa buka account twitter ni pun memang untuk suka suka ja. ye la tak pandai nak main. orang ada, aku ada kan. cukup. nak korek2 nak geledah macam fessbukk memang tak la, langsung tak rety. buat sebab semua orang asyik cakap diorang ade twitter. tak main dah fessbukk oi. okeh, aku pun nak jugak nampak ikut zaman kan. buat ler. 1st dulu ade la belajar sikit. dah lama dah ni, comfirm la lupa kan. ikut dan je nak klik yang mana. sampai tak terklik dah huhuhuhu 

Kesian kan, ary ni buka pun just dalam sejam je. itu pun tak taw nak klik mana dah. cam pelik jer. baru perasan, yang aku follow mostly artis. kah kah demand. nak kawan ngn retis.  kawan2 yang aku follow tu,  ehmm baper orang jer pun... 

Kekadang terpikir, best ke twitter tue? apa yang ada? nak htag2 orang je... cam susah je nak paham. ke aku yang slow untuk paham. kalu fesbukk tu senang je nak blajor ha. ni twitter buat dekat setahun dah, bukak nya boleh kira dengan jari. memang laman sosial yang ni x frendly la dengan aku. eh sebenarnya apa yang seronok nya ngan twitter ni? cer kornag citer kat aku? sampai sekarang tak paham. betol!! memang tak pandai bertwitter nih. plzzzz la jangan keji kat aku, jangan gelak. aku taw aku agak lambat *lembab nak guna twitter ni. 

Memandangkan dah bercerita pasal twitter ni, pe kata korang follow my account. hehehe mana taw dengan bertambahnya follower di twitter, rajin ler aku nAk mengupdate2 status kan. boleh tag2 korang kan. hahahaha motif? Eh promote rupanya hahaha  meh sini nak kasi link my twitter kriszhanna/ctiey rohana 
jangan lupa taw, follow kiter... insyaAllah tengah belajar sikit2 nie... mana taw nanty leh terer & upgrade dari korang. muaahahahah nak jugak kan. ~~~selamat berterbangan wahai burung biru ~~~~





Monday 24 December 2012

Safi Balqis


assalamualaikum.........

Ini adalah iklan tidak berbayar ya. sesajer nak buat entry nih, memandangkan aku dah tak de idea sangat. keh keh keh dah lama nak sharing cuma keadaan tak mengizinkan. ye la, setiap masa entry i olss mengarut je kan. okeh, today meh kiter share tentang produk skin care apa yang i is pakai. disebabkan keberkesanannya, memang tak teragak agak la nak post kan.

I is adelah jenis orang yang simple, dan produk yang  diguna pun adelah simple jugak. boleh dapat kat mana mana jugak, even kedai runcit. hoooo tersangat lah murah. seyesly aku tak ambil kesah sangat produk tu fofulars or branded ke, janji ianya berkesan! puas haty. betul tak?

Aku just guna Safi Balqis Perfect 10. tak de saper yang suggest kan pun, just terpengaruh dengan iklan jer. muaaahaahahaha cepat betul dipengaruhi kan. aku memang cepat terpengaruh. before nih aku aku guna Irise & ponds. tapi cam tak berapa ok. so tukar ler. setahun lebih dah pakai ni, alhamdulillah kulit muka semakin licin, lembab, lembut, semestinya bertambah putih dan yang penting say no to jerawat!! 

dulu masa mula mula pakai tak de la kesah sangat pun. buat cukup syarat je, janji pakai pencuci muka or cream. dan biler sesaper tanya, ko pakai produk apa? so senang la nak jawab kan. aku pakai Safi Balqis jer. tak fikirkan sangat pun, kesan die okay or not. yang penting tak burukkan lagi kulit wajah aku, cukup. cuma sejak dua menjak ni ramai yang tegur aku, selalu pulak tu. sebelum ni ade, tapi jarang la puji. kendadang je.....but now, ade yang cakap,,,,,  'muka makin cantik la' ,  'putih dah dari dulu'  'jerawat tak de pun awak ni' , 'eh wangi nya muka biler hug dengan awk' *perempuan yer , 'berseri seri muka, pakai apa'. ini bukan rekaan ya, tapi ni hasil pujian mereka mereka yang alert dengan kulit muka aku. hahahaha

sejak dari tu, aku salu la telek telek muka aku ni kat cermin. tiap tiap hari. sekali tengok, eh ye la... betul jer.. tak puas haty lagi, tengok balik gambar2 yang lama. ehmm memang tak dinafikan ade banyak perubahan. then sebab nak comfirmkan lagi, aku try lagi produk Safi Balqis yang serum tu pulak, seyly memang berkesan... aku sapu kat leher dan tangan, lepas mandi la. ade perubahan. putih sikit la dari biasa. pakai dalam 3 weeks cam tu. cepat gak kan effect die. so disebabkan menjadi, aku teruslkan la guna ni.

tiap kali mandi mesti pakai pembersih muka ni... paling kurang 2x sehari



lepas mandi sama ade nak keluar kan, before pakai bedak aku sapu cream ni dulu. cream die sangat smooth, mudah nak sapu dan sekata. so tak de la bertompok2 kan. tapi kalu kat umah je, aku xpakai pun.


dan kalau rajin, before 30 minit aku nak keluar iaitu sebelum pakai krim kecantikan or krim siang aku akan sapu serum ni dulu. serum ni bau die sangat best. wangi tapi soft. selesa la.. muka automatik nampak segar biler sapu. tak caya try guna. sapu kat muka, leher dan tangan... tak kan muka je nak putih? tangan pun mesty!



last, aku pakai scrub. seminggu 2 kali je pakai. scrub aku tak leh pakai hari-hari coz muka aku sensetif. nanty kulit kering & jerawat datang. hoishhh kenkadang tu seminggu sekali je. dah 2 bulan dah pakai scrub ni, tapi tak habis2 lagi.. 



aku cuma pakai empat benda ni jer... pelembab, toner,  krim malam belum lagi. krim siang pun aku jarang guna. beli ary tu, pakai sekali je. bukan tak nak guna, banyak sangat cream. tak tahu nak sapu mana dulu. so biarkan je dulu. huhuhu jadi yang lain tu tak beli la. takut tak terpakai. membazir jer. tak reti la banyak2 sangat. ini dah, cukup. berkesan jugak kan. hehehehe *pemalashh sebenarnya.


SEBELUM. muka dulu gelap sikit kan. bukan sikit, gelap banyak okeh.
berminyak lak tu. nak nampak putih teraksa pakai cream hehehehe
tak de la banyak sangat berubah, tapi tetap ade perubahan.


SELEPAS. konon2 hahahaha tak dinafikan time ni make up sikit. hehehehe
eh tapi betul tengok pic aku kat fb, ade banyak perubahan.
putih sikit dari biasa, berminyak pun dah kurang.
yang penting, tangan tak de hitemmm sangat.
kui kui kui


ehmm pada aku Safi Balqis ni lebih dari okay la.. kat u olss tak taw la kan. terpulang la kat kulit muka. tengok pada tindak balas. aku bernasib baik, serasi dengan kulit. buat masa belum terasa nak tukar lagi. cuma kalu ade duet lebih ingat nak try TABITA. hehehehe kalau ade duet lebih la....  if u olls nak taw detail about produk ni korang klik sini.... SAFI. semua ade yer. 



Kenapa Kiamat Tidak Berlaku Pada 21 Disember 2012?

something yang nak share,, 


Kenapa Kiamat Tidak Berlaku Pada 21 Disember 2012?

Kenapa Kiamat tidak terjadi pada hari jumaat lalu?

Menurut NASA ramalan kiamat berlaku pada 21 disember 2012adalah sesuatu yang tidak masuk akal.Oleh sebab itu NASA mengeluarkan sebuah Video yang berjudul why the world didn’t end bagi menjelaskan kenapa kiamat tidak terjadi pada tarikh tersebut seperti yang diramalkan dalam kalender kuno suku maya.

Menurut para pengkaji isu ini timbul apabila berlaku salah faham diatas sistem kalender suku maya yang jika dipadan kan dengan kalender masihi akan berakhir pada 21.12.2012.maknanya tarikh kalender itu berakhir dan akan masuk ke tahun yang baru.contohnya sepeti tarikh 31.12.2012 adalah tarikh yang terakhir untuk tahun 2012 dan 1 january untuk permulaan tahun yang baru.

Menurut satu cerita yang dihebohkan di internet,ada planet yang bernama NIibiru yang akan menghampiri dan melanggar bumi.kalau memang betul ujudnya planet ini,pihak NASA sudah lama dapat mengesan planet ini.Ada beribu orang ahli astronomi yang menyoroti langit setiap malam juga tidak mengesan apa-apa petunjuk seperti yang dihebohkan.
  
Sebelum ini ramalan Planet Nibiru atau planet X akan melanggar bumi pernah di hebohkan pada tahun 2003.namun ramalan itu tidak tepat dan pihak2 yang yakin kiamat akan terjadi pada tarikh tersebut telah meminda ramalan tesebut pada tarikh 21.12.2012.

Fenomena2 alam  yang terjadi juga banyak dikaitkan dengan ramalan hari kiamat.antaranya berlakunya penjajaran planet2 dalam satu garis lurus yang dikataka bakal menyebabkan kegelapan dibumi. sejak dahulu lagi ada beribu ramalan kiamat yang diperkatakan.yang pasti kita masih disini-Don Yeomans(pimpinan program Near-Earth Object di Jet Propulsion Laboratory)
Sumber dari sini



*hanya DIA yang mengetahui, DIA menentukan.... 
*jangan asyik nak fikir bila kiamat, tapi fikirkan bila nak taubat... jangan sampai terlambat,, 
*pesanan untuk sendiri & semua



Sunday 23 December 2012

Tido dalam bakul


Assalamualaikum..... 

homei homei homei nya awak tido.
cuter sangat tido dalam bakul kan.

comel kan bakul baby sumayyah,,, selesa je tengok baby tido. ehmmm baik nyer anak buah mummy nih, xnanges pun ari ni. seharian tido jer. ari ni baby & ibu dah discaj dr ospital. semua orang teruja & excited giler nunggu baby balik umah. tapi biler balik, semua orang pulak yang risau. baby tido je sepanjang masa. pukul 3pm tu, baby belum menyusu lagi. sebab nya, tido nyenyak sangat.  wowowowowo dasyat kan 
 kuat tido. cam ayah die jer. hahahaha

pengalaman baru jugak buat mummy, boleh tengok cara cam ne owang mandikan baby new born. susah jugak kan. takut ler,, sumayyah pun nages gak sikit tadi, maybe sejuk sangat kowt... 
so kat umah ni, sumayyah memang menjadi tumpuan dan perhatian la especially mak cik2 nya  yang vouge gitu cik eim ,  umi teha &  cik su. hahahahaha 

ehmmm itu je la nak share ngn u ollsss... biasa la dapat anak buah baru kan, jadi entry pun berkisar pasal anak buah ler jugak. hehehehe  sekian trimas. so korang pulak, apa aktiviti di hujung minggu? 

good nyteeee , selamat malam



Saturday 22 December 2012

Baby Sumayyah


 WELCOME sayang..!!!!
 finally awak dah keluar,, awak sangat sangat comel....
kiter dapat anak buah baru, syukur alhamdulillah semua nya selamat. baby & ibu pun sihat jer.

baby, ehmmm lama nya tunggu awak. now I'm AUNT..!! 
tengah fikir nak suruh baby panggil 'cik su ana' or 'Mummy ANA'.
hehehehe keterujaan tahap terlampau

ini la, anak buah baru kiter. comei kan!!!
 Sumayyah Khalisah bt Mohamad Hakimi
tarikh : 21/12/12
hari : Jumaat
jam : 15.55 pm
berat : 2. 8 kg
tempat : hospital sungai buloh
semoga baby sumayyah ini menjadi mujahidah
 seperti nama nya sendiri.
suker dengan nama baby. klasik dan sangat bermeaning.

sumayyah dah pandai senyum...
mata bulat jer, tengok sana tengok sini.
alhamdulillah baby in a good condition.
a big congratulations to abe hakimi & kak huda for the new addition in the family.
semoga keluarga ini menjadi keluarga yang sentiasa diredhai, diberkati dan disayangi. untuk ibu baby pulak, kak huda hope akak cepat sembuh dan selamat berpantang!!! 
baby, aunt xsabar nak gomol2 nak cium2 awak!!!






Friday 21 December 2012

Semua ADA


Ambek kaw!! entry campur aduk... memang pun. pertama kalinya aku nak campur adukkan segala citer segala mender kat sini. nak share jugak. x kira la kowang suka or tak, korang kalu dah "terbuka" blog nie, bermakna korang terpaksa kena nengok jugak. boleh cam tue? cam paksa je kan bunyik nya tue? hehehe whateva la... Hahahahahahahahahaha gelak besar*

Sekali sekala   caca merba apa salah nya, ye dok? entry caca merba adelah melambangkan jiwa aku yang ke sana dan kesini... oppssss jiwa boleh ke sana ke sini ker? ehhh tapi don't worry la, belum jiwa kacau lagi.... masih ok cam biasa, cuma 'termerapu' la sekejap. apa aku tulis ni? aku sendirik tak leh paham? aikkk x kan jiwa kacau kowt??  tapi cerita merapu cacamerba ini hanya akan diterjemahkan oleh gambar sahaja. malas nak tulis panjang nanty kornag jugak yang fening. moh ler kite layan gambor yer...


Ni bestfren aku,, kak. yan.
die dah nak tunang BESOKKK
CONGRATS kawan.. moga awk akan kekal dengan "si dia"
xsangka kan, tup tup saja kan......

manis nya senyuman mu...
dah x baper hari dah kami akan bersama, lepas ni
semua akan bawak haluan masing2.
sangat banyak & indah memory bersama.

dinner last year... dis year?? aku tak taw nak pakai apa weh... esok je dinner ya,
tapi aku x beli satu baju lagi pun.
recylce je yang mana ada leh x?
huhuhuhuhu ala dinner nya kat tepi pool kan, xkan nak bergaun bagai.
simple2 sudah. tema kan like hawaii gitu.... nak pakai apa ni?
semestinya tidak pada BIKINI!!!

EH asal ade muka mamat ni lak? hehehehe
die ni merupakan model dan testimoni pada my perfume.
so tunggu yer, entry akan datang, aku nak berbisness sikit.
mohon support ler drp korang semua...

kuning kan kami semua? yuppp kami ni ade satu tabiat..
suke pakai baju  WARNA sama
sangat best okeh,, mcm satu team futsal dah. ni bila ntah,
plan satu batch pakai wana kuning. hahahaaha
neway, thankss alot to eqhwan tudung (pelangi tu) coz sponsor dis t-shirt.


sekarang all of my family tengah berdebar2 menunggu kelahiran baby.
kazen aku yg sulong & bakal anak buah yg sulong.
all the best to kak huda (baju purple)
kuatkan semangat. semoga semuannya dipermudahkan.
xsabar nak cium2 baby.

windu kat kawan aku yg nie.... yana!
Lama dah tak jumpa. asyik in phone jer..
eh motif tunjuk pic ni adelah : "rasa cam muka aku ni muda remaja la.
tetiba like, wah putih jugak aku kan?"
suker suker sukerdalam banyak2 pic aku, ini yg paling suka,
why ha? sbab pic ni menunjukkan aku cantik sikit la...
putih sikit la, remaja sikit la, manis sikit la, & paling best,,
rasa cam kulit aku bersih jer!!!


\



padahal kan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,










muka aku yang sebenarnya sekarang kan......................














bukan mcam tu pun,,, 













itu gambar tahun 2008,,,
















empat tahun lepas,,,,,,,















cer tengok sekarang,,,












beza, memang berbeza,,,,,






















ha nih!!!!!! jauh beza........
kan kan kan kan???

tuan empunya belog, haruslah ada.........
i lurve red!!






sampai ketemu lagi,,, mau pergi kelas...... hantar asaiment,,, 
sorry entry ntah paper ngarut nya,, hehehe




Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA

\



IDOLA KECIL


Teruja sungguh tengok adik2 idola kecil nih nanyi.. sensowang kat bilik kan, xde kejer mau buat so layan je la  you tube tengok konsert idola kecil... padahal dah baper episode kan, aku baru nak start follow. suker lambat. aku memang salu je ketinggalan. Seyesly sangat sedap sore adik2 idola kecil ni. perghhh meletoppp xrugi taw tengok.  kowang nengok x kat tv 9 ? IDOLA KECIL ni tak silap setiap sabtu jam 8.30 pm kot..xsilap la, korang nak comfirm korang google lah yer. kat umah sewa aku mana la ade tv kan, osak so nengok kat tenet je la... memang tak taw la kul bapa die main kat tv. 





sedap kan sore diorang? cayalah adik2 nieh.... ehmmm xtaw nak tulis apa la pepagi nie...  nanty sambung lagi la, mandi dulu. ambil mood hahahaaha. eh lupa, today kena submitt asaiment lah!!!!!! mean kena pergi kolej?? adelah malasshhh,, haishhh eh pada pagi jumaat yang mulia ni, dengan bangga nya saya mengucapkan  kata hello " SELAMAT PAGI u ollsss ".... have a gud days... mulakan harimu dengan senyuman!!  yang lelaki2 tunaikan solat jumaat yer. bubyeee assalamualaikum. 





Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA



Thursday 20 December 2012

Tutti Frutti & Bowling


Just want to share wif u olls masa2 indah saya, masa2 saya yang asyik dengan mempamerkan sebuah senyuman yang ikhlas dari hati...

Sedap tak terhingga bila dapat makan tutty fruity. Time nie adelah masa berjimba dengan kawan baik aku kat kampung si yann ni. biasa la kalau balik kampung, dengan die je la aku nak menggedikss pun. die je la yang masih paham jiwer muda aku ni walaupun umo dah semakin tuo!! huhuhuhu 



aku punya....
magic ball & kellogs cornflake.
gabungan ideall

yann punya, manyak kan topping ko?
aku curikkk hahaahaha

tau ler skunk dah ade yang tersayang,,,, mesej jer duaplohpatjam.
jelessss aku taw. terasa terabai
auwwwww gelii!

gelabah.....  semak aku tengok pic ni!!!

lepas makan, layan bowling dulu.

poyo taw die ni.... ade ker patot, bola boleh terbaling
ke belakang. malu i taw!!

aksi minah ni..... cam pandai tapi? kah kah kah kah kah
dah la ramai jantanz2 di sebelah. boleh buat lawak
dah berdaftar cam tue. 

ni bowling kat Jitra, seyes xbest. facilitis giler KO.
skrin x nyala. bola salu tersekat. orang die pun tak mesra.
kerusi goyang2, panas!!!
ehhh semua benda mcam hancus.
teruks sangat!!! 


nasib ade yang mini skrin tu je. boleh ler tau markah baper.
diakui aku memang xpandai main.
apa pun aku menang walaupun hanya 59.
hahahaahaha sapa kalah kena belanja.
untung kan aku??? thankss yann




Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...