Followers

Monday 9 September 2013

Salam Kembali


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya tergerak jugak jari jemari ni untuk menaip kan... makan masa berbulan jugak la untuk kembali menulis di belog ni. jangan kata sawang, habuk ke sampah... lalang , hutan pun dah naik ni. lama tak terjah ke belog sendiri. macam2 ada. huwaaaaa lepas ni kena sibuk bersih kan segala mender ni semua. nak kembali bertapa kat sini kan.

Akhirnya kekuatan diri telah kembali... berkat sokongan dari semua. tima kasih untuk korang. mesej2 prihatin dan sokongan. sangat2 menghargai. ambil masa yang agak lama untuk aktif kembali. tak sabar nak berceloteh macam dulu.

Kehilangan yang tersayang memang menyakitkan.. sangat2 terasa asing n alone. tp apa boleh buat. hidup harus diteruskan. kan kan kan. nak lupakan segalanya dan anggap semua tu adelah kenangan yang terindah. mendoakan dari jauh lebih baik dari meratap....

Lupakan soal kesedihan... okeh i'm BACK!!!!!!!!!!! korang... rindu sangat2. hihihihi rindu nk bertyping, nk upload picture... nk baca komen2 korang...  kan kan kan. lurve u guys.... sayang semua. 

rasa kekok nak menaip. blur kejap. kihkihkih 
cukup la. short update dulu. esok kiter panjang2 kn erk. 
tenq for read n ur supportive... really appriciate.

salam sayang dari the "new" Krisz Hanna 
mmmmmuackkks. 

nak senyum je lepas ni :-)  ^__^




Wednesday 19 June 2013

kehilangan

Assalamualaikum....

Maaf dah berapa hari  tak update belog... kelapangan masa untuk menulis adalah salah satu drp faktor nya.

tak nak typing banyak2.. just nak share ngan korang. ye, sekali lagi. aku kehilangan. kehilangan seorang lelaki yang amat dicintai. orang yang aku cintai dan berhajat agar dia dapat jadi imam untuk aku dan keluarga telah kembali ke rahmatullah. Innalllahi....

dulu masa aku kehilangan arwah abah, die yang banyak bagi semangat. die lah tempat aku mengadu. bila dah lama berkawan dan selesa, baru sedar cinta tu datang.. tapi kami tak lama. sempat bertahan sehingga semalam sahaja. selasa, 18 jun 2013, malam....  dan aku dapat satu mesej dari his sister............

" Hana, nak bagitaw ni... bawak bersabar yer. zarul.. dia excident . kritikal hanna.
 doakan dia ya, hanna.."

apa reaksi aku? yes, menangis.. hanya itu yang aku mampu. apa boleh buat? aku di utara, dia di selatan...
bayangkan kalu korang ditempat aku......  beberapa jam lepas tu, dapat lagi mesej dari his sister.

" Allah lebih sayang kan dia, hanna kena redha dan doakan dia yang baik2.. alfatihah " 

lagi sekali aku menangis, meraung, meratap..... manusia kan? lazim buat semua orang. nasib baik cepat sedar terus cari surah Yaasin.... sungguh, kau tak kuat. lemah sangat masa tu.

dan aku kehilangan orang yang aku sayang dan percaya sangat2... terasa kosong, dunia gelap... pada siapa lagi nanty? aku tak tahu. kusut.. serabut.. macam mimpi. dari semalam aku tak tido. 

cuba kuat kan diri, tetap kan iman... lebih semangat. aku xnak lemah. cuba bertahan untuk tidak menangis hari ni. xnak orang nampak. padahal kat dalam.. dah macam badai yang dilanda tsunami... gagal... air mata mnegalir jugak. cover dengan gelak ketawa yang dibuat2. semua impian dan angan2 musnah. stop! habis! tamat!

bayang kan apa yang aku rasa.... bayang kan keadaan aku hari ni. redha dalam keterpaksaan. sebab aku tahu, tuhan tak kan menguji diluar kemampuan hambanya. 

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat kan dikalangan orang yang beriman. amin. al fatihah

hanna sayang abang selamanya. kenangan kita akan tetap segar di ingatan. tak kan pernah sekalipun hanna lupakan abang... sesungguhnya rindu itu amat menyakit kan.. ya ALLAH, kuatkan lah iman ku, tabah kan haty ku dalam menempun dugaan mu ini...


Wednesday 12 June 2013

SLIMMING WAFER - cara diet yang sihat & mudah

Assalamualaikum

Hye korang, apa khabar.... meh sini ada aku nak share something yang menarik, mudah & cantik. chewah. betul tak main2 ni. aku berani cerita sebab aku sendiri dah guna. so rasa macam puas haty kalu dapat share kat sini. sebab pada aku, semua orang nak sihat kan? nak cantik kan? tapi...... mesty nak dgn cara mudah dan kena make sure berkesan. yes! i will suggest kan. 

memang ari ni lambakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan banyak giler. sampai tak taw nak pilih yang mana. persoalan nya, berkesan kan? asal nama Krisz Hanna jer,semua produk nak cuba. tapi tak jugak kurus2. but, kali ni alhamdulillah. ade perubahan nya. seronok sangat. 

benda yang baik semestinya kita kena sharing kan. aku dah dekat sebulan makan produk ni. nama nya ialah SLIMMING WAFER. apa itu slimming wafer? meh sini nak cita. korang kena baca okeh. ini untuk kesiahatan & kecantikan. kecantikan adalah bemrula dari dalam. kalu luar cantik, dalam ZERO.. so memang xde meaning langsung la. APA ITU Slimming Wafer? kalu aku senang, satu jenis biskut untuk mengamal kan diet cara mudah & sihat. 

Slimming wafer cara diet sihat lebih mudah.

dah lama masuk mingguan wanita.. aku baru sedar. 




Slimming Wafer merupakan inovasi terbaru produk diet di pasaran keluaran NatureLife Solutions. 
Formulasi kandungan produk Slimming Wafer sangat sesuai untuk setiap insan yang bercita-cita mendapatkan berat badan dan bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang sihat, selamat pada harga yang berpatutan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.
Slimming Wafer mencetuskan Revolusi Baru Produk Pelangsingan Badan yang `menyihatkan! Slimming Wafer adalah 100% semulajadi. Ia bukanlah ‘UBAT Pelangsingan’ tetapi hanya sekeping wafer yang seakan-akan biskut yang lazat dan mudah dimakan. Tidak perlu dicampur atau goncang bersama air, sangat ringkas dan MUDAH. Pasti tiada orang yang akan tahu anda sedang berdiet

macam biskut jer... sedap. tak de orang tahu pun u ols ngh berdiet or what.
mudah kan. makan dgn susu or air putih pun okay.


Keunikan Produk

- 100% semulajadi, tiada julap atau ubatan pelangsingan badan, tiada kesan
sampingan.
- Tidak perlu campur atau goncang bersama air, sangat ringkas dan mudah.
- Citarasa baik makan 1 pek sehari, tidak menyeksakan diri.
- Privasi, tiada orang yang sedar anda sedang diet.
- Ia mengawal pergerakan usus secara berkesan, ia meningkatkan penyingkiran najis dan minyak.
- Anda dapat mengurangkan 0.5kg selepas 1 minggu, 2-3kg selepas 1 bulan. Hasil mungkin berbeza mengikut individu.


Cadangan Cara Penggunaan

1. Penggunaan biasa: Sekali sehari.
2. Jika mengalami sembelit, disyorkan 1-2 pek sehari.
3. Ambil dengan susu atau jus sebagai sarapan pagi.
4. Tidak disyorkan mengambil lebih daripada 2 pek sehari.
5. Setelah dibuka, simpan dalam bekas kedap udara atau peti sejuk
dan perlu dihabiskan dalam satu bulan.
6. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.
7. Tidak sesuai untuk wanita mengandung atau kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.



7 RAMUAN

1. Svetol: Ekstrak kopi hijau yang berasal dari Perancis, laris-jualan di Eropah, Amerika, Japan dan lain negara. Ekstrak kopi hijau ini kaya dengan Asid Chlorogenic yang terbukti berkesan dalam pengurusan berat badan dan mempercepatkan kadar metabolisma badan.

2. L-Carnitine: Fungsi utama L-Carnitine adalah untuk mengawal pengoksidaan lemak (pembakaran), untuk menstabilkan gula dalam darah dan seterusnya untuk mencapai pengurusan berat badan ideal.

3. Teh Hijau: Mengandungi EGCG – antioksidan yang terdapat dalam teh hijau yang boleh menghalang pembentukan tisu lemak, mengurai deposit lemak untuk mengekalkan bentuk badan yang sempurna.

4. Mallow: seperti kapas yang berserat tinggi, meningkatkan pergerakan usus, membantu dalam mengatasi sembelit.

5. Kanten/Agar: serat kanten atau agar yang tinggi membantu mengekalkan rasa kenyang dan oleh itu dapat mengurangkan keinginan untuk makan, menghalang makan secara berlebihan.

6. Kacang Kidney putih/ Phase II : ia bertindak sebagai penghalang kanji, ia menghentikan pencernaan kanji, menghalang kanji daripada dipecahkan kepada gula dan menghapuskan mereka bersama-sama dengan najis. Ia terbukti asli dan tidak mempunyai kesan sampingan, ia telah digunakan secara meluas sebagai tambahan kelangsingan tubuh badan di Jepun, Amerika dan negara-negara Eropah.

7. Raspberry: Raspberry adalah makanan antioksidan yang didapati berkesan membantu membakar lemak badan dan memberi anda bentuk badan yang sihat dan sempurna.

Yang Disyorkan :

1. Mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
2. Mereka yang membuang air besar kurang daripada 2 kali.
3. Gaya hidup yang sibuk, tidak bersenam dan tidak mengambil sarapan pagi.
4. Mereka yang tidak berani untuk mengambil pil pelangsingan atau
lain-lain produk pelangsingan badan.
5. Mereka yang tidak mampu mengawal diet.
6. Mereka yang telah cuba untuk menurunkan berat badan tetapi GAGAL.
7. Mereka yang mempunyai perut yang besar.
8. Wanita selepas bersalin.
9. Pekerja-pekerja pejabat yang selalu duduk di meja sepanjang hari.
10 . BUKAN HANYA UNTUK KURUS SAHAJA TETAPI Disaran kan juga untuk mereka yang mengidap Kencing manis, Darah Tinggi, Gout, Buasir, Kitaran Haid yang tidak teratur , Kolestrol, Sakit lutut , Lelah & Asma.


aku sendiri dah makan... hanya dengan satu kotak, ade 10 keping hanya SEMINGGU aku turun 3 kg.  Seminggu sahaja. excited habis. 
homaigod, happy sangat. skang pun maseh makan. lagi pun biskut ni sedap.
Dan masalah period aku pun dah okay. aku punya period  kan, dari bulan puasa tahun lepas (2012) taw x tak berhenti, melain kan makan ubat. betul!! 
 so problem. tapi bila makan wafer ni, aku dah boleh berhenti makan ubat hormon dari klinik.
 kalau tak makan ubat, period memang fail lah. tapi, skang  lega sikit. okay dah sebab khasiat wafer ni mampu utnuk tangani masalah haid.
 so sekarang, boleh solat & puasa tanpa ragu2. series, saper yang kawan ngan aku mesty taw hal ni.

jadi kalu ade saper2 nak tanya tentang produk ni boleh la email aku ker, whatsApp or sms pun okeh. mana taw korang nak berminat nak cuba. aku boleh suggest kan dan order kan. tak de nak ambik untung satu sen pun. sam jer macam harga pasaran. mungkin nak tnya experience aku. aku pun ade consultan makanan. so, aku trust kan dia. produk ni, kawan mak aku yang perkenalkan. so kalau nak cepat2 gtaw yer. kiter order kan. demi readers tercinta. KENAPA AKU NAK JUAL & AJAK KORANG MAKAN? Sebab aku sendiri DAH CUBA & DAPAT HASIL NYA. Alhamdulillah. 

untuk mereka yang berminat nak beli / order or inquiries 


sms / whatsapp : 012 5326027
kriszhanna@gmail.com


Monday 10 June 2013

terDELETE


Assalamulaikum......

Memula kan update dengan penuh beremosi. maaf yer seandainya "geram" ini  ku terbawa-bawa hingga ke dalam belog. huhuhu seyesly, tersangat lah gewammsss. korang tau tak betapa malang nya naseb ari ni. tadi ingat nak update la blog coz nak share pasal tempat gym aku pergi last weekent tu, gambar makan-makan mamam-mamam and skali ngan entry pasal budak pra sekolah aku tu. ntah macam mana tetiba tangan ni tergatal "tekan" delete & "yes". nahhhh mabik ko. semua gambar2 aku terpadam... 

memang gelabah semacam aku weh. sampai cikgu pra kat sekolah tu pun pelik ngan aku. perati je dia ngan gaya aku yang macam lipas kudung. aku senyum je la. dalam hati ni said ' sorry cikgu ya, aku ngha tak tentu arah. nanty aku free aku explain'. selongkar punya selongkar then aku memang sure dan mendapati bahawa segalanya telah menjadi .........................................

kosong... kosong..... kosong ........... yes! padan muka! dan paling best, folder yang terpadam tu adelah folder terbaru. baru je asingkan semalam. tu yang semangat and gigih giler nak mngupdate pakai phone... tengok!! cam gini pulak. hoishh dugaan betoi. sia2 taw aku posing, aku berpura2 aktif dan semangat at gym. hampa. xleh nak "riak" ngan korang. balasan....

Last but not lst, maaf dipinta. sebab dah janji kan dengan korang ary itu. rasa besalah lak. ceaaaaaa ayat ?? hihihi one more sorry, xdopet nak showing gambar kan. skang memang aku rasa kesal dan geram. tapi apa boleh buat kan? APTB!!

xoxo by....

Thursday 6 June 2013

budak comel

Assalamualaikum

Mengisi mala lapang di malam hari...

Update blog dengan showing gambar muka budak comel. rindu die. anaK my jiran sebenarnya. dah seminggu tak jumpa budak hommei ni. tak gomol2, tak kissing2. balik kampung katanya. kalu tak, everyday kidnap dia datang umah. wajib. hahaha baru 3 bulan. gewamms sangat. paling best bervideo ngan dia. gelak sakan. asal sebut, "say hye to keekers wazif" "Look at de camera", terus senyum siap lambat tangan. comell sangat!! pandai budak2 skang kan. baru 3 bulan dah menggedikss kalu kiter hamek video. 

yer, saya lah budak hommei itu. walaupun saya pakai baju warna pink
tetapi saya bukan perempuan. nama saya Aiman Wazif.
eh cam comel je kan budak lelaki pakai pink? mak aku la ni, nak sngat beli warna pink. haishh

dua-dua bambam....

paling suka pic ni. alolololo suka nya dia. gelak sampai ternganga mulut2.
sayang adik... kakak windu la. kakak okeh. hahaha no mak cik2 !!

xoxo by....

Jom ke GYM

Assalamualaikum....

Untuk negeri Kedah, ary ni cuti yer.. Hooorayy untuk diri sendiri!! setelah bermalas-malasan di atas katil, finally aku bangun jugak. mak ai, kalu cuty je, memang liat nak bangun. pukul 10.30 am baru larat angkat badan untuk bangun. ish ish ish apa nak jadik kan. cer kalu ari bekerja.. boleh pulak jam 6 am dah terpacak siap nak g mandi. 

Dah lama plan nak ke gym, tapi tu la. ade je halangan... halangan? ker malas? muhahahaaha kekadang penat. balik keja kul 4.30pm. nak ke gym pulak. malam la baru sampai umah. memang fikir banyak kali la. tapi disebab kan aku dah termengah-mengah & semangat untuk berdiet better ke gym. lagi lah berkesan diet aku nanty kan. 

warm up erk? ari ni my turn lak...
 ade trainer jugak katanya.. ehmm teruja teruja teruja 

Ni semua gara2 sedara aku.... dia ary2 mesej and call. ajak aku ke gym. semangat hang "kak toh" kan... dah nak raya, memang membuak2 la perasaan memasing nak kurangkan berat badan. owhmm family aku memang, kalau ada event or raya ke, kenduri ke, mesty kena diet. pelik kan? plzz jangan pelik. bagus apa. aku rasa kalu raya setahun 4 kali, memang kurus la aku kan.. hahaha ye ker?? cam takk jer!

ni la sedara aku tu. Kak Toh nama nya. memaNg membakar semangat aku...
tak pa, ari ni i'm going. tunggu la... hehehe

Nanty aku cerita kan experience day aku kat gym erk. ntah boleh ke tidak kan? tak pa, kita cuba dulu. insyaAllah berhasil. yang penting Slimming Wafer jangan dilupa. ehmm itu je dulu.... bubyee

xoxo by....

Wednesday 5 June 2013

beli baju Online kat mana ye?untuk pluss size.#menjawab ##email 1

Assalamualaikum....

Hye korang... so macam tajuk kat atas.. ade readers tanya. aku beli baju kat mana? online la. untuk yang pluss size. so hari ni ada kelapangan. meh nak habaq. katanya susah nak cari baju kat luar. untuk yang pluss size macam we all. hehehe 

tak pe2, jangan risau. actually banyak jer baju yang pluss size sekarang. cuma kiter la kena pandai cari. nak senang google. kan kan kan. hincik google ni memang hebat la. well aku pun banyak gak beli online. tapi kalu online shopping ni biasa la. skali ko dah start membeli, esok nak order lagi. huhuhu itu lah yang terjadi.

dipendekkan cita, come saya share link for shopping. hope u all like it... tak de la brand sangat pun. tapi kaliti alhamdulillah. puas haty. kalu pandai gayakan , tak de orang tahu pun baju tu murah jer. just confident ur self. siapa pun anda, gemok ker, kurus ker, pondan ker, pendek ker.... tak per. biarkan. yakin dan mesty senyum! happy... baru orang tak pandang rendah kat kita. betul tak..?? okeh gambar aku ambik je website diorang. malas nak snap baju sendiri. ada yang tak basuh lagi pun ada. baru pakai jap tadi pun ada. tak kan nak snap baju busuk?? no@! no@! no@!

Suka shopping kat sini. sebab kualiti baju dia super best. ade banyak pilihan warna dan saiz. memang rambang mata. die punya service pun okeh. cepat je sampai. harga? semestinya affordable. dress, seluar, blaus and macam2 la. fesyen apa pun ada. jangan terlalu takut untuk try something new. pakai jer, jangan jadi bahan lawak sudah. is okay. baru2 ni ade beli skinny... selesa! wana turqoise & blue.



cantik kan? pilih jer warna apa korang suka

2. EQueen
Sangat cantik dan puas hati. suka beli cardigan & sleeveless maxi dress.Ni salah satu baju yang pernah aku beli. 

I choose warna mustard. kalu rasa seksi, padan kan dengan cardigan.
look so nice!

3. TopGirl
Kat sini disarankan beli blouse. memang lawa2. rekaan die more tu muslimah. tapi jangan risau. gojes!! pada yang suka peplum, pun ade. dah lama tak shopping kat sini.. just ade order untuk mama saya jer semalam. dipengaruhi oleh saya jugak. dari muda sampai la tua..... tua? ohhh tidak, wanita.... semua sesuai. 

merah ko mak Ngah.. saja ambik merah. RM80. Rasanya la. lupa dah.
biar garang sikit... pakai dengan PALAZO
bEautiful.... pujik diri sendir.....hehehe

4. KZ NABIHAH
Peminat peplum.. inilah tempat nya. macam2 fesyen ada. pilih jer. aku ade 2 helai je peplum from here. satu beli, satu dihadiah oleh my kazen... saiz dari saiz 1 hingga saiz 4. mostly material lycra AAA. memang jenis kain yang kualiti best la. nak tengok fesyen apa korang nak KLIK la sini.

5. Peace Collection
Rasanya semua dah taw kan... peace ni dari saiz s sampai la XXXXXXL.... ha ambik ko. merata ade je butik ni. cuma kena la rajin mencari. kalu malas, online jer. delevery untuk sekarang free okeh. ade banyak baju baru sebab nak raya dah kan. so silalah terjah.

okay itu je la.. macam dah banyak jer. actually ade la lagi link. tapi cukup ini dulu kan., yang ni memang aku recommended & suggest la. sebab selalu shopping sini. yang lain tu jarang2, kalu ada yang berkenan baru beli. sebab kadang2 kualiti tu tak berapa ok. kalu tempat yang kita dah biasa ni, xpe.. dah tahu kan. 

Untuk pengetahuan korang, mamang aku hantu online shopping. suma mender nak online. sape yang dulu study satu college ngan aku memang tau dah. tiap minggu ada je parcell. abang pos & kakak kaunter pun dah kenal dah. hehehe

Harap sangat dis entry dapat la membantu korang yang ade masalah nak cari baju pluss size. jangan terlalu takut nak berfesyen. ala kat shopping compleks actually banyak je baju pluss size. especially AEON, Pacific, Midvalley eh TESCO pun ade taw.... kena rajin mencari dan rajin MENCUBA / TRY. itu yang penting. jangan asik cakap, ala xmuat la. salah tu. cuba dulu baru cakap muat ke tidak. that my prinsip. hehehe giler panjang entry ni. okay dah tu jer... bubyeee happy shopping u olllss 

xoxo by....

Tuesday 4 June 2013

~ Charity Advisors ~ so suprise to me!!


% ~~ "sticky post" ~~ %

Assalamualaikum.... hye readers ataw lebih mesra i call u all as a fren. ^__^ 

ehmm kita dah baca email yang korang hantar. baru sempat bukak email. some of from u all ade yang mintak nasihat & soalan kan. so suprise to me. sebab selalunya orang akan "bertanya" or sharing something dgn bloger2 fofular & yang dah pro2 jer. hehehe 
oppppps .... but dun worry saya tak kan showing melainkan korang izinkan di publish. 
memula terkejut jugak, macam tak percaya pun ye. sebab rasa macam tak layak jer nak bg nasihat kat orang. tapi bila fikir balik apa salah nya untuk bagi pandangan kan. berkongsi apa yang kita rasa dan fikirkan.  kadang kala rasa bertuah dan bangga pun ada, sebab korang sanggup untuk tanya saya, berkongsi masalah, mintak pendapat saya.. walhal tak kenal sangat pun. terima kasih kerana percayakan saya. :-)

insyaAllah saya akan cuba jawab / reply dengan sebaik mungkin dan secepat yang boleh.

pssst : mungkin pada korang yang lain, alah benda biasa je tu. tidak pada aku. teruja. dis is my 1st time. 
seperti dihargai. terasa lebih dekat..... thanksss
 xoxo by......

Talkative la sangat


Assalamualaikum

Ayat yg salu kuar dari mulut sendiri when i introduce my self.like on of my character la  " i am a talkative person, but dont worry because i have a lot of friend".  gle poyo kan?


Tapi hakikatny memang betul tu la aku. Peramah u olls. Memula jumpa or baru je knal memang aku agak berhati2 la. Try buat supaya owang selesa dengan aku. Hah, kalu dah kenal... Habis la korang. I okay jer,boleh masuk dgn mana2 pihak. Tak susah untuk orang dekati aku mahupun aku mendekati orang. 
#%~/*#% Sorry terangkat bakul tok diri sendiri. Hahaha

Tau kenapa aku showing entry like this? Becoz i meroyan. Sejak cuti sekolah ni,aku sowang je kat pra sekolah. Budak2 xda. Tgal aku and sowang ag. N now dia pun bercuti,seminggu kot. 
Jad,aku bekojer sensowang.

Ko bayang kan jemah hoih, talkative person tapi alone je kt tempat keje. Memang meroyan la. Dgn dinding,meja, kerusi pun aku bercakap. No no no xleh jadik ni. risau ahkakkk. Seb baik ler ada radio. Dah tu, frekuensi sinar fm je clear. Lain xdpat. Memang nak tido je la keja aku kan. Sinar? Lagu2 lama. Kenkadang aku pn xkenal sapa penyanyi tu. Apa la nasib. Eh tercomplaint radio sinar la pulak.

Motif bgta  suma owang aku talkative? Bosan, sunyi, sepi sebab aku sowang je. Cepat la bukak sekolah. Lambat nya next week. rela penat melayan kerenah bebudak tadika ni dari kebosananan cam gni. Keadaan yang sebegini rupa,membuat kan aku rasa nak tidow. 
Muahahaha  Ada budak2 best gak,walopun bising ya amat.  Pasrah jer.

Eh lupa nk gtaw, aku dah keja. Ala bukan tetap pun. Temporary jer. Gaji okay la. Dari dok sesaja kat umah kan. Baek keja, kadang2 jadi PPM kadang2 jad cikgu kat pra sekolah di changlun ni. Doket jo ngn umah. Satu sekolah ngn mak aku.Hehe hehe cara tak?? Makan mak tanggung, mai keja ngn mak. Jimat jimat jimat.

So,last but no lst.. Aku kena tukaq la ayat kat atas tu.
 "I am a talkative person, but now i'm alone." 
it was so boring. XD
xoxo by...

 

Monday 3 June 2013

S.L.O.W

Assalamualaikum

Yes.. slow atau dalam bahasa melayu nya ialah perlahan, lambat........ rasanya semua orang tak suka dengan sesuatu yang "slow rite" ? i mean.... slow dalam erti kata bukan kena gelojoh ataw kelam kabut. tapi slow yang lebih ke arah lembab.

okay straight to the point. bukan lah nak up yang aku ni jenis laju jer ke apa. or jenis yang cepat jer. no! no! somethime ade gak yang terlambat. cuma yang geram sangat ari ni sampai menyakitkan aty, sakit mata, bernanah jiwa dengan orang yang progress sesuatu keja dengan lambat nya. hey, bertanggung jawab la sikit. saya menuggu ni. 

Kisah nya begini : 

aku ade la shopping online ... so rasanya dah dekat 4 minggu taw aku order. siap dengan payment lagi. belum lagi sampai. hangin tak kalu korang?? ari tu order then petang sikit baru make payment. sebab dah biasa jual beli dengan orang ni, so bab payment die tak bapa kisah sangat. janji ko bayar. mungkin sebab dah biasa la dia layan aku cam ni kot. stress ahakak!! aku call tak berjawab..dekat 20 kali ada kot. mesej pun sama. xberbalas. 

aku tak de la rasa kena tipu. cuma geram weh, pantang aku call nak taw status barang tapi ko tak jawab. atleast bg la taw kenapa dan kenapa ye tak? dah berhari2 sampai hangin aku ni tahap gunung everest dah baru nak reply. apa kejadah nya? dalam haty nak je aku campak Enpone orang tu dalam logi. hishhhh geram weh. ntah apa dia buat. Bila mintak tracking no, sampai skang tak bagi. kalu cam ni gayanya boleh buat aku jadi  ~~~ !!##@@ HULK ~~~ !!!. Apa yang dibuat entah. lembab. main2!!! 
pLease.. respect ur customer. bukan nak kata dia tu tak bertanggungjawab, tapi cuba la make sure ur customer berpuas haty. 

tadi bkak fb si polan ni, tetiba ada naik satu status. cakap yang enpone die rosak. xboleh dihubungi. hoishh memang mengundang kemarahan aku. dalam dok call dok mesej pun tak berjawab, nanty xde phone lagi la teruk. eh, aku terfikir. yang rosak tu enpone bukan simcard. xboleh ke on je number tu kat henpone lain. 
henpone kan ade dua. xpun pinjam la enpone bini jap. nama pun ko berbisnes. macam mana custome rnak call nak make order or bla bla...??? adoiiii....see nampak tak orang ni? SLOW ataw LICIK??? 
 nampak sangat nak lari dari kena push ngan customer kan. suruh kita inbox jer. bila tahun nak balas entah.

aku memang tak boleh orang macam ni. slow! ko dah tau ko jual online, make sure apa yang ko janjikan tu ditepati. lambat sehari dua tu aku tak kisah sangat. ni dah nak dekat sebulan. apa? if aything, bagi la taw. ni diam je. sungguh bikin panas walopun aku dalam aircond 16 celcius. eh betul ke aku eja?? blasah je ni. 

kalu korang apa korang akan buat? aku skang ni dah tak taw cam na... mesej dah. call pun sudah. wasap pun dah, weechat pun antar gak. inbox? hari2.... email je blum... tak sampai haty lak tulis kat wall fb dia. 
itu nnty menjatuhkan dia punya periuk nasik pulak la kan. lagipun kami ni dah cam kawan gak. ehmmmmm
xmau la besar2 kan. aku just nak barang aku je. then aku akan diam!

Sebelum ni aku asyik salah kan pos laju... kesian pos laju, rupanya2 bukan kerana pos laju. tetapi kerana dia yang slow buat kerja....

tolong la... jangan slow, jangan lembab, jangan perlahan.
plezzz respect & responsible. 
take it serious!!!!!!!!
aku menanti dengan penuh kemarahan disamping tahap kesabaran yang telah hilang.



Sunday 2 June 2013

Jom Keek & Camfrog wif Krisz Hanna

Assalamualaikum

Ini bukan entry iklan or promosi paper ya.. its just nak share something kat orang untuk benda yang aku baru nak try. haaaa... kesian kan? mesty korang saya kesian gila, sebab orang lain dah lama ada account for keek & Camfrog. tapi aku? baru je nak berjinak2.. ehmmm ahkak kan buter IT. selalu lambat. hehehe 

korang ade keek tak? kalau ada, meh la we follow sesama. aku  pun bukan rety sangat. so slow okeh. tapi still belajar. stakat video tu ade la. bukan accounT kosong jer. memula aku pun tak minat sangat. tapi sejak tengok video keek by bloger ohsem kak filla terpengaruh la pulak. macam best jer. suka tiru owang kan? biar la tiru menda yang baik tak pa. ye idokk?? 

Skang ni kan seb baik la, kekurangan masa. kalu tak memang 24/7 aku asik upload video jer. syokk sendiri memang cam tu kan. aku stakat upload video memang terer la. penuh muka sendiri u olls. yang lain aku tak rety. teruks kan?xpe2 nanty kowang ajarkan erk. kalu free2 meh follow kiter ya... Krisz Hanna KeeK so, jumpa kat keek nanty erk. 

tada,,,, keek kiter. kesian, orang lain dah lama ada keek.. kiter baru nak cuba2.
tolong jangan gelak okeh. aku sendiri pun malu nak tengok video sendiri.muahahaha
meh follow KriszHanna

eh!!!  ada lagi satu. korang layan Camfrog tak? ala macam Yahoo Mesengger  gak la. video chat.  well dah join dekat sebulan. okeh la. suka2. sekadar nak cari kawan. lepaskan penat. rest sambil2 layan chat kat cni. cuma macam biasa la, bukan boleh dilayan sangat orang2 kat sini. mula la nak lebih2. sometime rimas gak.


saper yang tegur aku kat Camfrog ni, memang awal2 dah WARNING bgtaw la... just looking for new fren. lebih2 sorry tak minat. huhuhuhu well seperti kebiasaan aku tak rety dan tak tahu menahu langsung pasal mender alah ni. ade la some one yang ajarkan. neway tenQ yer awak. dari register sampai la nak guna. semua mender la. complete die ajar. aku kan lambat sikit, terpaksa orang tu kena call. hebat tak aku belajar? nampak tak disitu? memang aku buta it... huhuhuhu kesian... sabor je la!

dan korang, kalu ade Camfrog tu meh sila lah tegur2 aku erk... kiter leh chat kat sana. maybe wc...
selalunya aku tak sewenang2 nya nak wc. tengok orang gak. kalu rasa trust & okeh jer chatter tu.. baru la approve untuk webcam. so kalu korang nak wc, bgtaw yang korang ni my readers. comfirm i accept. 
cisss macam retiss je ko kan. tolong berenti perasan. what ever### 
jangan lupa follow kiter kriszhanna@gmail.com aku punya nick name pun KriszHanna.
jadi, jumper di sana sayang2 saya sekalian.


Saturday 25 May 2013

Ayam Percik ala Krisz Hanna


Assalamualaikum....

jam dah menunjukkan pukul 12.52 pagi. belum rasa nak tido lagi. walaupun baru je sampai umah. kepenatan dan ngantok. tapi tokleh nak pejam. so kiter tenet je la. ada meeting siket tadi kat Sri Malaysia.
 "menjemput rezeki" kan, tak kisah meeting jam kul bapa pun janji masyukk. alhamdulillah.

 bercakap pasal hotel ni, seyes aku nak komplen gak. TOILET! sangat2 kotor. penuh dengan tisu2 la.. plzz do something, improve ur kebersihan. hotel dah cantik dah,. makan pun sedap. tapi sayang......
oppss sorry entry tajuk makanan tapi citer sal toilet. sungguh tak sopan. maaf kan saya.

dah lama tak spent time ngan blog, so malam ni rasa nak update la. dekat kan diri balik. sian die terabai kan. 
tolong jangan pelik yer, ari ni aku nak share resepi masakan ayam percik. buat sendiri okeh. tengah ary tadi.\

 naseb baik sempat ambik gambar time dalam periuk. kalu tak, memang tak leh nak publish la. siap je masak terus ngap. tak dan nak capture. nafsu makan membuak2. hehehe

eh, plzzz tak payah nak pelik sangat. aku sebenarnya pandai masak k. saja ja tak nak tunjuk kebolehan. 
korang mesty tak percaya kan? sebab be4 this asyik showing pic makan luar jer. 
kali ni sila trust me. sedap! tak kisah la pujik diri sendiri pun.
aku yakin sedap. sebab mak makan nasik tambah 3 kali taw tadi. **bangga sambil big clap!!!


yeahhhh... ini lah dia. Ayam percik ala Krisz Hanna. sungguh menyelerakan

lapar la pulak. apakan daya, dah malam. kalu siang, dah lama habiskan balance ayam ni,
terasa nak share resepi ni. mudah sangat. cuba la. sedap!!

Bahan A
1 ekor ayam
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu the gula pasir
1 sudu makan halba
garam secukup rasa

Bahan B (kisarkan/blend)
15 tangkai cili kiring 
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 sudu jintan manis

Cara Membuat 
1. bersihkan ayam & toskan dengan garam
2. masukkan ayam dalam kuali bersama bahan A & B. masakkan sehingga rempah sebati dengan ayam. 
3. kemudian panggang / bakar ayam tersebut sehingga garing. 

##* ni ikut buku resepi la. kalau aku punya style. masak je campuran bahan A & B ( kecuali ayam ) dulu biar mendidih. then, bakar ayam dalam pemanggang ajaib. dalam 15 minit baru salut / tuang kan kuah atas ayam. so tak de la kering sangat kan ayam tu nanty. nak bagi best aroma, letak serai yang diketuk tadi tu atas permukaan ayam yang telah disalut kuah. semerbak harum. bangkit kata orang.

apa pun, selamat mencuba. 


psssst : kalu dah cuba masak, jangan lupa showing taw... tag me hahahaha
--------------------

Thursday 23 May 2013

Hipokrit kah aku?

Assalamualaikum

Wah tajuk entry, bukan main ilmiah gitu... tapi isi nya nanty? nan hado la.. hahaha eh, kejap. aku series la. yes, hipokrit. kekadang terfikir, hipokritkah aku? ehmm, before tu, tau tak korang meaning  hipokrit ? 

antara mainan mulut kebanyakkan orang  :   
"ala die tu buat baik, hipokrit je tu", "ceh, hipokrit betul aku, takut la nanty die taw aku sebenaqnya cam na?" , "depan je berlagak alim, balakang apa yang tak de, tau sangat org hipokrit cam tu", "tak suka cakap je la, tak payah la nak hipokrit bagai".

meh nak terang kan.  pura-pura baik la sangat tapi sebaliknya.atau erti kata len orang kata orang yang memperlihatkan keadaan diri lain daripada yang sebenar.. ok sekarang dah faham?
apa tu hipo+krit=hipokrit  Tunjuk baik! tapi tak! tunjuk pandai tapi tak! tunjuk Alim tapi tak sangat!
tunjuk kaya tapi tak!padahal miskin ye pun!
 tunjuk macam-macam la yang memperlihatkan dirinya tu hipokrit!

aku rasa korang pun pernah atau akan pernah untuk ungkapkan ayat2 sebegini kan? kalu aku, yes!.
 pernah sangat. orang cuma tau cakap jer, kita ni hipokrit la, apa la.. tapi tau tak korang punca sebab kenapa kita mesty jadi seorang yang hipokrit? benda tu semua bersebab okeh. tak de sebab untuk orang sesuka aty nak berlakon tak tentu pasal. melain kan la kalu jenis yang memang macam gitu.

pada aku, aku selalu menipu diri sendiri dan orang lain. bukan sebab kepentingan diri atau nak tunjuk sana sini benda yang kita tak pernah ada.. tapi kerana nak jaga hati dan perasaan. kerana ingin kan yang terbaik. kerana tak nak sakit kan haty sesaper.  salah ker?  sesiapa pun, berhak untuk menjadi hipokrit dan terjadi hipokrit. okeh, apa aku merepek ni?? sila paham.

sebenarnya, motif yang aku nak sampaikan adalah, AKU DAH PENAT. penat dengan semua ni. aku dah letih nak senyum depan semua orang, padahal secara hakikat nya, haty aku sendiri terguris. sesungguhnya, aku dah tak mampu nak care semua org disekeliling aku. sebab, ade masa aku perlukan sesuatu yang berunsurkan keikhlasan. tulus dari haty. 

tapi aku yakin, esok apa yang akan terjadi, aku pasty akan tersenyum lagi biarpun dihati hanya tuhan yang tahu. sebab aku bukan macam orang lain, pandai senyum kat depan.... tapi dalam haty menyumpah itu ini. 
jenis aku, sampai masa yang tak de bom pun boleh meletup. insyaALLAH rasanya masih boleh teranggung lagi. tak tau la untuk the next future kan. 

senyum lah walau  terluka. walau juga dalam keterpaksaan. 
HIPOKRIT kah aku? 



Tuesday 21 May 2013

Tak tau nak letak tajuk apa for this entry. nervous+++ hahaha


Assalamualaikum......

salam korang... hye hye hye & hye !!!!!!!!!!!! *hyper excited sorry. one more..hello, hello, hello, apa khabar? ya Allah rindu nya... alhamdulillah. bahagia rasa hari ni. akhirnya, dapat gak mengupdate blog kesayangan nih. 

dah lama tak melepak sambil berceloteh kat sini kan? setelah sekian lama meninggalkan penulisan yang agak caca merba, ary ni rasa lain lak.pelik tol. rasa janggal nak menulis & nak mengarang ayat. selalunya laju je manaip. tapi malam ni, asyik clap jer. delete, delete & delete. sorry, i"m nervous la. boley gitu? 

tak payah nak hover sangat la kan... geli ahkak. hahahaha tau macam mana leh terbukak haty nak update malam ni? ni semua gara2 pensyarah aku la. sekali bukak gmail, tetiba nampak die update blog. eh, terkejut lak. selalu bizi gler pensyarah aku ni. ade pulak masa nak buat blog kan.  terus rasa tercabar & bukak overview. eh sebelum terlupa meh nak kasi link dia... rasa dia bru lagi. banyak lagi belum update.so kornag jgn frust lak bila buka nanty. in proggress la tu. tapi tak pe la. tetap nak promote blog die tu. harap blog itu tidak lah skema seperti diri nya. hahahah sorry Mr OK. 

bila terjah belog sendiri yang rasanya penuh dengan tahi cicak la, sawang labah la, habuk la feel like adoii... banyak nya mender kena "change" ahh... nanty dulu la. apa yang terus buat kan aku syokk sendiri adalah.......... suka suka suka.... ade ramai yang komen. dan yang paling happy, bertambah la follower kiter. tima kasih korang. walaupun aku belum lagi balas kunjungan korang, korang tetap sudi nak follow kan. terima ksih banyak2. terharu ahkak ni ha dik non! tapi apa pun, aku janji aku akan follow semua yang follow aku. bagi aku masa. sikit2 ya. berperingkat2 la. yang penting i will hit & FOLLOW u back. promise my lovely. 

rasanya malam ni tak de nak citer lebih2 kot. just nak mention kat u olls, i'm back. sorry taw lama menyepi. 
bukan saja2 malas nak update blog, tapi ade something yang buat aku jadi demotivate to berblogging. nanty la, dah ready aku story morry ya. 

korang, ada tak yang rindukan aku? ade tak yang tertunggu2 aku punya entry publish? ade tak? ada tak? plzzz cakap la ada, sebab aku akan sentap tahap dewa kalu korang cakap tak. 
jagalah haty dan perasaan aku. hat puiiiii huhuhuhu
ye lah, tak de... tak kisah pun. ^__^.

eh ade gud news la.. aku dah kejer!! yahoooo..., baru masuk 3 hari dgn ari ni. as a teacher okeh. percaya tak? sila percaya.  my experience for 1st day keje, i think sangat chumill. tau kenapa? sebab aku jadi Cikgu Tadika. Jangan nak terkejut sangat la, aku penyanyang okeh.. esok aku buat entry tentang kiddoss kat tadika ya. chumill weh. 

orait, cukup la setakat tu malam ni. kita sambung esok ya. mood utk berblogging sedang membuak2 ni.  yakin, besok aku akan comeback lagi dgn next entry. 
cuci kaki, cuci muka, gosok gg & doa.. maka dgn itu sila pergi tidur. 
bubyeeeselamat malam. assalamualaikum...




Sunday 7 April 2013

Mimpi tentang Pak Belang!



Assalamualaikum....

Dulu masa kekecik mak salu cakap., sebelum masuk tido mesty cuci kaki dulu. takut nanty mimpi yang bebukan. mimpin hantu la. takot punya pasal, nak tido, wajib cuci kaki. huhuhuhu

Tapi bila dah besar ni, benda tu dah memang kewajipan pun kan. nak kata tak pernah mimpi buruk tu, bohong la kan. pernah kot. walaupun cuci kaki, mimpi buruk tetap datang. mainan tidur kan. ehmmm...

Dah alang2 bercerita pasal mimpi buruk ni, nak la share mimpi buruk aku semalam yang lepas. menakutkan dan curious gila fikir naper la mimpi cam ni. apa maksudnya. tau tak mimpi pasal apa? 
mimpi pasal HARIMAU! 

Menakutkan!  ade la sekor or dua ekor harimau datang berkeliaran masuk kat suatu kampung. dia tak de la nak serang orang, cuma harimau tu datang macam memerhaty jer, tapi still menakutkan semua orang especially aku. dan apa jadi lepas tu, aku dah tak ingat. seyesly. 

So sampai sekarang tertanya2 apa la maksud mimpi tu kan. nama pun mimpi HARIMAU. macam sesuatu yang membahayakan. risau pun ade gak. kebiasaan yang dibuat kalu nak taw something, refer jer ngan Mr. Google. dan hasilnya adelah ini... agak2 mana satu la kan tafsiran mimpi aku ni.....

"Jika anda bermimpi melihat harimau bertanda peringatan untuk anda agar jangan sangsi dan bimbang, ada kemajuan selama anda dalam mengajukan lamaran kerja. Tapi bila mimpi diburu harimau, bertanda ada orang yang berniat jahat kepada anda."

tapi mimpi tu permainan tidur, aku tak de lah percaya sangat pun.  kalau la betul apa tafsiran mimpi tu kata kan aku mohon perlindungan dari Allah S.W.T..
jauhkanlah aku dan seluruh kaum keluarga ku daripada perkara yang munafik 
dan perkara yang tidak elok berlaku.
amin amin amin

 
x

Friday 5 April 2013

Aku suka pergi service kereta!


Assalamualaikum....

salam hari jumaat sayang2 ku sekalian....

korang buat apa ri ni? kejer? ade kelas? cuty? uikk banyak ler pulok soklan kan...

hari jumaat aku rini adelah sangat memenatkan. cam biasa la, jumaat Kedah cuty kan. so, wajib untuk teman kan Mem besar g memane pun. huhuhu saper mem besar? jangan tak taw, mummy ku ler.

plan dari semalam lagi, ari ni mesty kuar awal. nak g service keter katanya. aku ikut kan ajer.
huhuhuhu baek kan? 

so, pukul 8 dah gerak kuar. memang bajet nak g awal, ary ni cuty takut ramai orang kat bengkel. 
appoitment dah buat, so tak de la rushing sangat kan.

kali ni g service keter aku. my Waja. dah lama tak g klinik kan ko kan keter.

seyesly tak suka g bengkel, bosank kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii hari macam syokkk la pulak. hehehe

sebab nya, rasa cam dok kat umah sendirik. 

sampai jer, itu apek suruh park keter then terus masuk ofis. sejuk. lega rasa. 


masuk jer, teruja tengok banyak giler rim keter.
terus berangan nak tukar sport rim baru.
harus membodek Mem besar!!!

banyak giler.. pilih2 mana suka. sesuka harganya jugak!

tak sampai 5 minit dok lepak kat situ, staff die mintak kiterowang tunggu & rest kat waiting area. 
sound good. ikut jer.

jom ke sana. 

rasa cam best jer, apa yang diorang provide. salu aku g bengkel "COKIA" jer, so jakun sekejap. hehehehe
kalu cam ni la bengkel, aku on je bebila nak pi pun. wifi pun available. 

nampak tak ade mesin air Nescaffe...
aku bantai 3 cawan kot.. free! yang best, ade pelayan lagi. ko mintak je paper pun. semua diorang buat kan.
betul kan rasa cam kat umah jer. 

mem Besar ngah tnya soklan per tah kat staf die. selamat melayan mummy ku. jawab la ko.
layanan die pun besh. tak sombong. pandai ko jaga customer kan. Bagus!


mummy & kawan nya Kak Ju. berjanji rupanya. huhuhu nampak tak kuih tu? Akak
tu yang bawak. sedap!

amboiii...!! tak macam datang service keter pun

Dalam jam 1 cam tu, keter siap. so terus pi Tesco. cari barang sikit. tetiba semangat nak masak.  

hasil belian kat Tesco tadi. sikit jer. tak leh nak beli bnyak sangat, sebab memasing ngah lapar, tak leh nak fokus
beli barang. ni je yang sempat. boleh cam tue? 

eh gambar sama! nampak tak bekas yang penutup warna hijau tu?
itu supplement aku. best sangat. nanty aku citer. berjaya menurunkan 9kg dalam masa 2 bulan. hihihihihi
after g Tesco, terus g makan. tak sempat nak capture gambar. lapar sangat. singgah Takaful kejap, selesaikan hal yang mana patot lepas tu balik umahhh...

penat ase badan. tapi........... lapar lagi. 
murah lak rezeki ari ni. alhamdulillah, ade jiran kasik Pau. yahoooo cam tau2 je kan
panas lagi. bermanja ngan mummy sebab nak mintak tolong bancuhkan air.
bijak kan? hahahaha

jemput2..... yummy yummy.
terima kasih jiran.
maaf di atas, keterujaan aku yang melampau ini.  well, 1st time kan g bengkel keter yang selesa cam ni.
salu aku berapi je nak nunggu keter siap kan. dengan panas lagi. kali ni tak. i'm okay. hehehehe
and kalu sesaper yang kat area Kedah ni, korang nak g boleh la. Kat Alor Star. harga? standard la kalu dalam bandar kan.  AS WIRA TYRE

next time pergi nak mintak diskaun kat apek tu la... sebab aku dah tolong promote die punya 
service centre kan. 

sekian melaporkan. jumper lagi... sayang semua!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...