Followers

Thursday 16 October 2014

RAHSIA KULIT PUTIH , GEBU, ANJAL & AWET MUDA !! PEARL WHITE JAMU JELITA



Assalamualaikum...

Perempauan memang tak boleh lari dari nak cantik2 kan? tambah pulak dari segi penjagaan skin. eh mesty kena jaga kan. sapa tak nak putih? sapa tak nak glowing kan? sume nak gebu2, nak shining2, nak lawa2 lah pendek kata. 

Macam hanna kan mengajar kat sekolah. tambah pulak setiap pagi kena mangajar subjek Pendidikan Jasmani. so memang kulit terdedah pada cahaya matahari la. tak dinafikan matahari pagi ni bagus. TAPI tetap kena care about skin okeh. cuba kalu sukan waktu petang? ade aktiviti koko ke koku ke koki ke? perghh memang terdedah la. silap2 terbakar jugak sikit. 

Bila dah sedar macam tu, mula la nak cari something yang boleh membantu skin ni health semula. so hanna cuba la JAMU JELITA PEARL WHITE. kawan yang suggest kan jugak. tengok die bukan main gebu dah. oke tak nak kalah, cuba jugak la. dah masok botol ke tiga pun guna. alhamdulillah. kulit makin cantik dan muka makin glowing2 gitu. mati la puji diri sendiri. huhuhuhu


TADA !! ni lah rupanya.... 

Eh masing2 kulit, masing2 punya rasa la kan. ade la nampak perubahan. jerawat di kawasan leher dh mula kering dan hilang. dekat pipi yang ade jerawat pun dh mula kering jugak. lega , lega .. walopun petang2 kena praktis pelajar main bola tampar kat sekolah, kulit ni masih terjaga. bahagian lengan dah nampak tona kulit tu semakin cerah. tak ade la sampai nak putih macam org korean tu.. putih cara malay lah kan. hahahahaha 


jangan tengok pada harga kat situ oke.. harga dekat hanna jual
murah lagi... semua sebab i is sayang u olss hahahaha

Disebabkan produk ini berkesan pada hanna ..... jadi hanna rasa nak share dengan kawan2 kat blog nih pulak. mana taw berkesan jugak. tak salah mencuba kan. walopun takde la secepat 3 hari or 7 hari... tapi hanna puas hati. botol pertama sudah nampak hasil nya. suka sangat2 !!! auwwww!!  kalu tak berhasil, tak kan la my aunt and kawan2 pun nak cuba jugak kan??

Jamu Jelita Pearl White ni diformulasikan dengan kolagen yang telah dihidrolisiskan, ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C. pendek kata fungsi die memang complete lah.. 




CERAH, GEBU, ANJAL, AWET MUDA, ANTIOKSIDAN, VITAMIN C, LEMBUT, HALUS, MULUS, TEGANG, CANTIK & MENAWAN.

pakej lengkap kan? 

KHASIAT PEARL WHITE JAMU JELITA
  • Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
  • Menyihatkan lagi kulit wajah
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Menyegarkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran ultraungu



keberkesanan bergantung pada kulit masing2.. ade yang cepat dan lambat.


lelaki pun boleh minum ni:) makin hensem lor nanty kan



KANDUNGAN PEARL WHITE JAMU JELITA

Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.

Glutawhite: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.

Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.

3X Stem-Cell: Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.
Acerola Cherry: Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.

Pinebark: Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.

Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

Astaxanthin: Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.
Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.

Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Rose Alps: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar.


CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE JAMU JELITA



  • Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml  / 150 ml air.

  • Goncang shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut. (shaker nanty korang diberi secara percuma. hihihi)

  • Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

  • Simpan di tempat yang kering / suhu bilik.

Rasa anggur, sedap sangat.. macam jus je. so, if u all ade yang berminat... boleh la order dari hanna.. harga? murah sesangat. harga mampu milik untuk semua. walopun murah tapi kesan super hebat and mantop !! trust me .. sebab hanna sendiri minum ni. 

sesuai untuk perempuan & lelaki juga :)


400gm RM 35 SAHAJA!! 


POSTAGE : SEMENANJUNG= RM8  SBH SRWK=RM10

COD ~~> SUNGAI PETANI & KUBANG PASU 


WASAP / SMS : 012 5801617 / 019 6137971 


*jika beli 2 botol harga botol kedua ialah RM30 jer!! :) :) :)

hope sama2 la kita mencuba dan mencantik kan kulit yang dah sedia lawa tu... biar nampak muda piwett chayok! chayok! insyaAllah... sharing is beauty aummm hihihihi cepat2 order.

lanjer satu pic tuan belog... 

^___^



chakkk !! kat sekolah tadi.. berselpi sambil nak balik
hihihihihi



Salam Sayang  (=^.^=)



Thursday 9 October 2014

ENTRY TAK DE TAJUK NI



Assalamualaikum....

Rasanya masih belum terlambat kot nak wish kan selamat hari raya aidiladha... huhuhuhu maaf kesibukan dan kemalasan membuatkan saya malas untuk mengupdate. Eh cam ne raya korang? meriah tak :( raya hanna agak suram. tu la sapa suh tak balik kampung kan. tak ada cuti, nasib la. beraya dengan mak je kat umah. sedih sob sob :'(

seyesly xde sekeping pun gambar raya! betapa malas nya saya. redha je la. hari raya, wasap bunyi tak berhenti2. semua orang sent gambor raya. tengok je la. xkuasa nak bersiap2 eh. cukup pakai t-shirt & suar track. malas! hebat pemalas ko hanna oi.

second day baru la terhegeh2 nak melawa. sebab apa? nak g kenduri kan. kena la lawa2. hahahaha godek2 kat fon, oke tak ade gambar kat kenduri pun. ala dalam camera my uncle. huwaaa die dah balik perak dah. nak suruh sent,entah bila la kan. uncle ckp die malas nk transfer file. eiiii!! redha lagi skali. huhuhuhu

okeh lupakan pasal raya. masok citer baru. semalam besday my kazen. kazen paling nakal. its RAIMI. muahahaha excited sungguh adik ni celebrate besday. semua nak cuty. xnak g ngaji. alasan, besday die. nak hadiah la nak itu la.. ini la.. hahahaha lawak kan kerenah budak2. 

Besday boy its Raimi... udak yang banyak akai
love u adikkkk!!

balik kerja, my uncle ayah kepada di besday boy belikan die kek. tergamam saya! kek warna purple. omk dah la lelaki. redha je la adik oi. tapi budak2, suma okeh. tak de hal punya. hahaha orang lelaki beli kek macam tu la kan. tak pe janji ade cake. kempunan i nak makan cake SR taw! 

i biasa la kan.. trus berangan, kompem malam tu makan kt SR ke, beli cake BR ke.. nama pun celebrate kan. nan hado nyo. hahaha celebrate kat umah je. sebab esok tu memasing kena kuar keje awal. so diorg decide this nyte baru sambut. oke tak de rezeki i nk join. saya nak balik jumpa mak saya la.

meh tengok cake very de pepel.. pesanan tok my uncle, plzz la next time beli la cake theme bola ke, kartun ke, ultraman ke untuk adik kiter. baru la syok.. no pepel pepel lagi next time! plzzzz hahahahaha 


see?? very de pepel.. blueberry cake
sedap sangat. sweet ermmmm dappp!!

HAPPY BITRHDAY ADIK!! semoga panjg umo dan
jadi anak yang soleh pada ibu dan abah okeh..


budak xcited ..... tak taw sapa nak makan cake ni. besar sangat.
hanna makan 1 slice je. tak luak pun lagi. lupa nak tapau bawak balik umah tadi
owhh rugi ! hahahaha


dapat wasap ni.. tak tahan! esok mesty carik buah pelam jugak.

sambil2 menaip ni.. dapat wasap dari my aunt. omk buat saya teringin!! JERUK MANGGA lama nya tak makan. macam best je. nak buat lah esok. tapi buah "pelam" ada ka kat pokok erk. tak pa esok kita geledah pokok pelam belakang umah. berair mulut oiii teringin.

dan lagi satu... agak pelik... pernah dengar la resepi ni. tapi tak pernah makan. makcik kita yang kat perak tu share pic kat group wasap jugak. masak LAKSA GORENG. okeh, saya sungguh jakun. tak rety nak makan. masa dapat pic ni, ingat spageti. tetiba laksa. sedap ke ek. mohon share resepi !! nak cuba. 


Laksa Goreng . sedap ke ni? kena cuba , kena try masak, baru leh komen kan.
PELIK! but nice telur tu hahahaha

oke dah itu je.. sambung main camfrog jup.... bye bye alll.....

#%#yang ko ni dah kenapa hanna... kejup i, kejup saya, kejup hanna, confuse panggilan untuk diri sendiri ke apa ??

(=^.^=)

Monday 29 September 2014

Baca Novel

Assalamualaikum

Bosan betul hari ni. nak buat apa pun tak ada mood. teringat novel yang pinjam dari sepupu hari tu. yup, blum lagi baca. bukan belum baca, sentuh pun tidak. dulu kalau zaman study, rajin betul baca novel. sanggup tak tido, tak makan. gara2 nak habiskan cerita. excited. feeling, nanges2. hahahaha tapi sekarang, punya lah susah. liat betul nk baca. tapi teringin. aptb.

ni ha novel yang kite pinjam tu. macam best. hot seller kan, mesty best. kazen kite baca 3 jam dah boleh habis. sampai feeling2. huhuhuhu over ko dik. sampai nanges2. 

ade snap picture die nanges time baca novel tu. entah masa bila die godek2 fon pastu delete. hampeh tol !! macam taw2 ahkak ko ni masok kan kat sini kan. eiiiiiii 



HANYA DIA... CINTA best seller!! xbest xtaw la kan. macam mana la nak fokus baca.
henpon kiri kana. lappy lagi. 


bismillah.... baru nak start baca ni. 


dah itu je. nak sambung baca ni. baru rangkap 1st. hehehe nanty kita update lagi. eh korang kalau ade the latest novel yang best2, update oke. meh meh komen sini. dah lama tak menghabiskan masa dengan membaca ni. koleksi novel pun dah berkurang. selamat membaca untuk diri sendiri!! 


Salam Sayang (=^.^=)

Sunday 28 September 2014

SUNDAY L.E.P.A.K


Assalamualaikum

Cerita siang tadi. kuar mamam2 dengan kesayangan. tak plan pun. kesayangan call, "weh kami bosan jum kuar. lapaq2 ni". dengan penuh rasa kasih dan sayang i is menerima ajakan nya. hahahaha pantang di ajak keluar kan. mesty on punya. bosan oih seharian kat umah. 

Kebetulan my kazen ade kat rumah kan, so ajak dia skali. jadi date kali ni adalah bertiga. date lah sangat kan. me, yan dan uya. time on de way masing2 sibuk berfikir. mana nak pergi ni. bila tak plan macam ni la. Kangar or Jitra or Alor Star. pilihan nya Jitra sudah. settle. fikir pulak lagi skali, nak mamam kat mana. ni x best ni. rounding setengah jam kat bandar tu, punya la blur tak taw nak mamam kat mana. oke i yang decide. moh la kite ke Pizza Hut. settle!!

Nak makan pun kena fikir sampai cam ni. aduhai. sampai tak taw nak makan mende. oke dah lama x makan seafood lasagna. sambil drive dah set, sampai je nanty memang akan order lasagna. hahaha bukan apa, selalu kalu teringin nak makan something, tapi bila sampai location, memang mende lain yang akan di order. sungguh pelik dan sentiasa terjadi. ishh ishh tengah2 menaip ni terliur pulak dah.


ni saya punya. seafood lasagna. dap dap dap !!
tapi udang nya sekor je, dah tak mcam dulu. licin jugak...


pizza apa tah. lupa dah, ni untuk semua. tak habis pun. tapau bawa balik umah je
hanna roti2 ni kurang siket. so, makan 1 slice je pun.


Feveret yan, spageti. oglio olio. eh ye ke spelling cam tu? abaikan sekiranya typo.
hanna asyik curi udang die je. banyak pulak die letak. oke la, boleh la makan.
bukan kategori feveret.


my kesayangan. BFF yan!! muke susah hati. banyak masalah.
sabar okeh sayang. moga everything okeh. amin


ni lagi stress!! bila bergambar sebelah orang kurus, huhuhuhu
terserlah kebambanan kan. oke tu la my kazen. unimap student.
cuti, so lepak kt umah i. malam2 bergosip je keje kiteowg.

lepas makan2, trus balik umah. baik nya rasa.tak de berjimba pergi tempat lain dah. sebab yan kan dalam "masalah" then esok tu die keje. so, cukup la sekadar lepak2 sembang2... 
oke nanty sambung lagi. nak sambung lipat kain. mummy dah bising, baju berlambak2 dah dalam bakul tak berlipat. oke pai pai all.... 


Salam Sayang (=^.^=)


Saturday 27 September 2014

Blind Date


Assalamualaikum....


Hye kesayangan2 sekalian... nampak tajuk kat atas? haah BLIND DATE pernah buat blind date tak? mesty pernah kan? namo namo tipu... hanna? opkos la pernah. well main media social memang xleh lari dari blind date ni. what is BLIND DATE ? meh ahkak nak cerita. cewahh macam la terer sangat kan. nope lah. just sharing2. bahasa mudah nya ialah social engagement. kenal2 kat media social then ajak jumpe. yer ghoper itu lah ye adik2.

napa tiba2 citer pasal blind date kan... saja je, tadi layan cerita berkaitan blind date. terus rasa nak bebel2 kat sini. lepas tu semalam, ade kawan call. cakap nebesnya nak keluar 1st date esok. i is kan kaunselor tak berbayar. muhahahaha. hanna dulu, kalu ade blind date, oh blind date la sangat kan. agak nerves la jugak. fikir macam2. takot terover lah. malu lah. rendah diri la. fikir dia akan buat bukan2 lah. macam2 kuar kat kepala ni. teruk kan? tapi tu semua normal. but, dun worry, kalu bijak insyaAllah everything fine. 

so lepas ni, sapa2 yang buat blind date especially adik2 tu.. meh ahkak nak share tips sikit. preparation kan. maybe boleh membantu. yang penting cool & relax. 

1.Maklumat Pasangan Blind Date
Before nak keluar tu, make sure korang ade maklumat pasal diri orang tu. full name die, kat mana pendek kata personal detail la. biar la dia nak cakap kita kolot pun. ini penting oke. jenis hanna, kalu nak keluar, hanna akan mintak no ic. hahahahaha kelakar kan? eh mesty la kena. dah la tak kenal kan, nak pulak jumpa time malam2. siap mintak dia sent pic ic kt wasap. kalu nak keluar sila bagi, kalu tak bagi, memang tak akan keluar la dengan dia.  

2. Location Untuk Date
Better jumpa kat tempat ramai orang. mean, shopping complex ker, kedai makan ke. elakkan dari datang ambik kat rumah or jumpa kt kawasan luar mana2. bila jumpa kat tempat yang memang menjadi tumpuan ramai orang ni boleh mengelakkan kita dari berdebar or over acting. kayakinan nak komunikasi pun its better. 

3. Time
Masa berjumpa, eloklah di waktu siang. siang kan lebih selamat. malam pun boleh, depends dengan kelesaan korang. lagi best, pilih hari cuti untuk bertemu. tak ade lah nanti tergesa2 pulak kan. baru lah boleh buat banyak aktiviti.lebih spent time. 

4. Topik
Kadang2 perwatakan setiap orang ni kan berbeza. ade yang jenis pendiam, peramah and so on. so make sure korang kena pandai handle situation. kalau rasa pasangan tu pendiam, juat creat topik yang boleh buat komunikasi tu jadi lebih best dan panjang. 1st jumpa, selalunya topik yang simple2 je. yang penting, tak kan ade yang bosan. 

5. Penampilan & Perwatakan
Yes! ini penting. jangan terlalu over. just be ur self. anggap je keluar dengan kawan2. so, its simple and make it easy. bercakap perlu manis. nama pun 1st date kan. hahahahaha jangan over acting. relax, cool and senyum. 

6. Bawa Teman
Untuk mereka yang gugup or kurang keyakinan nak berjumpa, boleh la bawa kawan kan. so lain la sikit perasaan tu. kalu nak keluar sendiri, make sure inform pada kawan or family.

Itu je kot tips nya. sekadar nak berkongsi. mesty bila baca nanti, ade yang berfikir. ala zaman skang ade lagi ke yang takot or gugup nak blind date? xkan kot. ade okeh!! sebenar nya semua ni fun. boleh tambah kenalan baru. cuma anda perlu berhati2. zaman sekarang manusia ni macam2 perangai kan. 

Mulakan dengan bismillah dan doa. insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. apa pun, selamat berkenalan, selamat berhujung minggu... ehem ehem.. ade tak sapa2 yang nak BLIND DATE dengan hanna?? hahahahaha 


Salam Sayang (=^.^=)


PEVERET SONG


Assalamualaikum


Happy SABTUDAY u olls... mostly cuti kan ! kan ! kan ! so boleh la bersenang lenang hari ni. ye tak? macam i is, hari ni malas nak kuar.. rasa nak lepak kat umah je. korang ade jalan mana2 tak. mood nak keluar tak de pulak hari ni. padahal, 2 hari lepas asyik layan wayang je. asal petang je tengok wayang. pastu lepak2 coffee. 

Wah sungguh lah berpoyer2.selok2 pokeT & belek2 dompet. mana duit saya ??  ade hati tanya lagi huwaaaa berpoya lah lagi kan.. padahan muhaka sahaya!!

Dah puas tengok wayang, kita dok umah je lah. tak taw nak buat apa. teringat novel yang pinjam dari my kazen. eh macam best kan. lepas ni kita baca novel lah. ngisi masa lapang. wah wah poyo nya, isi masa lapang dengan berpaedah. membaca gitu. boleh caya ke ? hahahahaha

Bosan2 macam ni best layan lagu kan.... pastu feeling sensorang. perghhhhh memang tangkap leleh menggamit serta mengusik kenangan lah. KOMPEM!! hahahahaha dengar lagu oke apa. boleh relax2, layan lirik. amik feel... janji boleh hiburkan hati. itu pada hanna la.. u olls kite tak taw lah. masing2 nya layan pasaan dan diri punya suka. hahaha

Alang2 dah cerita pasal lagu. meh dengan tak malunya. nak sharing lagu yang kita suka. biar la korang tak nak taw pun. nak gak sharing. sila layan okeh!! boleh cam tu ?? ni antara lagu wajib dengar sebelom tdo dan dikala bosan. best ke? entah, tapi hanna suka. best ler tu. muhahahaha  harap maap, lagu di bawah adalah lagu jiwang!!


1. BERHARAP KAU SETIA - DWAPINZ BAND
Omaigod, lagu ni sangat lah best.... memang memahami jiwa dan perasaan saya. dah nama lagu pun setia kan, memang pasal setialah. semua orang dalam hubungan nak kan kesetian kan? ehmmmm bila dengar lagu, ibarat luahan hati kite. wajib dengar !!

2. BIDADARI BUMI - ST12
Kalau la ade someone, i mean guy yang dedikasi kan lagu ni untuk kiter. OMK !! kompem cair. hiihihihi dah la lagu ni mendayu2 je. super best menusuk jiwa

3. JAGA DIA UNTUKKU - DATO' SITI NURHALIZA
Gara2 drama Rindu Awak 200% la boleh suka kat lagu ni. dah kalau  Dato' siti nyanyi memang lunak lah. jaga dia untukku tuhan... aummmm sweet :)

4. MAG!C - RUDE
Lagu ni wajib dengar tiap hari. sebab dah boleh hafal. hahahaha gigih ngafal lagu ni. sebab nak karoks dalam keta. beat dengan bestfren... sapa boleh hafal lagu ni, dia akan dibelanja LATTE . pasal latte sanggup aja. why u gotta be so rude!! hahaha hafal hafal

5. ALL OF ME - JOHN LEGEND
i love this song... really2 love it !!

6. RELAKAN JIWA - HAZAMA
Lagu yang sangat best hingga tak terkata. hanya perasaan yang dapat menggambarkan. piwett hahahah

7. SAYAP ILUSI - WINGS
Sangat best. teruja dengan lirik lagu ni yang berunsur ketuhanan dan kecintaan.

8. MEWANGI - AKIM & THE MAGISTRATE
Sangat suka dengan lagu yang menyentuh jiwa ni.

9.MENGULIT KENANGAN - DATA
Lagu ni ada makna dalam hidup hanna.. ade kenangan dengan lagu ni. bila dengar je memang mengulit lah kenangan. hahaha kalau rindu, ni la lagu pengubat hati. smile :)

Hah buat masa ni.. hanna memang suka lagu2 ni .. bukan la lagu lain tu tak suka or tak layan. dengar je. cuma feveret dis time adalah lagu2 ni. wajib dengar. sebelum tido.. pakai earfon, pejam mata weww hahahaha konon2 tido nanti boleh mimpi indah la. nan hado nya. feeling je lebih. dah itu je bebelan dan sharing di sabtuday.. nak sambung baca novel. jumpe lagi...

Salam Sayang (=^.^=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...