Followers

Thursday, 10 January 2013

Mood MARAH

Assalamualaikum

Sebelum menulis dengan panjang lebar, maaf dipinta seandainya tulisan saya pada malam ini agak kasar sedikit. sesungguh saya NOT IN A GOOD MOOD ataw bahasa pendek nya BAD MOOD. yerpp seseorang telah menspoilkan mood saya. tadi bukan main bersemangat nak study sambil2 layan pessbukk tapi tup tup dengan hanya satu panggilan sahaja, mood saya berubah. saya BENGANG!! 

sungguh nak marah and giler sakit hati dan bengang. eh, minah sekor ni, dah la call orang memalam buta, lepas tu mendoakan aku jadik anak dara tua!! hoii aku marah taw tak!! sangat marah. berdesing telinga nih dengar taw. hello, kot ye pun nak bergurau or nak bersembang ramah mesra, agak agak la kan. tengok keadaan la. pakai ler otak sikit bila bercakap tue. main sebut jer. sesungguhnya kata-kata itu adalah doa.

nak kata die ni stu***, tak la sebab sekang ni ngah buat diploma kan. kalu tak bijak, tak pandai tak kan boleh sambung study. ye dok? tapi permasalahan die ni satu je, GURAU BODOH.

okeh meh nak cita satu persatu. macam ni, aku yang tengah syok-syok belek note kan, tetibadapat satu calling from someone. bila jawab memula cam heppyla, dah ada orang call. kita jawab dan sambut dengan baik la. tapi..... cakap tak sampai 10 minit, die punya gaya bahasa dan gurauan tu makin pelik. dah la sesuka hati nak matching kan aku dengan lelaki yang aku tak suka dan ianya adalah laki orang. terukss. aku tau, die bergurau tapi agak2 la. biler aku cakap yang aku tak nak dan geli dengan suami orang,
 tau die boleh cakap apa taw, 

"amboi cakap cam tu kan. 
laki orang tak mau. geli konon. tak pa, 
nanty jadi anak dara tua baru taw.  baru  ingat kan hahahahaha."


sungguh pedas dan panas!!! aku sentap!!! 
tau niat die bergurau, tapi die salah, gurauan die menyakitkan hati.
eh aku nak tanya korang, salah ke aku menolak untuk tak nak pada laki orang? aku geli, salah ker?
memang kiter kalu boleh tak nak la kan pada laki orang, tapi kalau dah jodoh nak baut cam na. redha je la. apa pun, tak payah la sampai nak mengeluarkan kata-kata yang aku ni bakal jadi anak dara tua. 

bila aku nak kawen, dengan sapa aku nak kawen, itu bukan masalah ko pun. kenapa aku tak kawen lagi? because aku masih study. calon pun  tak de. so nak buat cam ne. jodoh tu kan ketentuan. bukan tak usaha, tapi belum sampai masa lagi. hishh tak paham. eh zaman sekarang ade ke orang fikir pasal anak dara tua? yang penting ko ade ilmu, pelajaran, kerja & harta. baru orang pandang. kalu sibuk asyik nak berlaki tapi ilmu tak de nak buat apa??? hari-hari ko menang**** buat anak je la?
kalu laki tinggal how?

okeh marah aku dah memalut. maaf kalu aku terkasar. seyes sangat geram. 
tadi masa ngah marah, aku diam je, terus letak fon. tak kuasa nak cakap lelebih.
 dan membuat balasan dengan satu mesej jer. supaya die paham.

"Terima Kasih kerana mendoakan saya sebagai anak dara tua. 
Alhamdulillah. dis is not funny!! gud nyte."

So pesanan untuk korang dan diri aku sendiri jugak, bila nak berkata-kata tu fikirlah dulu. kiter kadang niat hanya bergurau tapi tanpa sedar orang yang menerima tu kenkadang  TERSENTAP sampai menusuk ke hati. hati orang mana kiter tau, mana kita boleh baca kan. sama2 la kita wujudkan hubungan yang harmoni. kalu tersalah cepat-cepat say sorry. 
terlajak perahu boleh la undur, tapi terlajak berkata-kata? aku post kat belog la. meluah! hehehe

kesimpulannya : aku sensetif pada perkataan & sebutan "anak dara tua". owhh tidak!

selamat malam semua, semoga bangun esok pagi aku boleh lupa semua ini. amin



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...