Followers

Monday, 24 December 2012

Kenapa Kiamat Tidak Berlaku Pada 21 Disember 2012?

something yang nak share,, 


Kenapa Kiamat Tidak Berlaku Pada 21 Disember 2012?

Kenapa Kiamat tidak terjadi pada hari jumaat lalu?

Menurut NASA ramalan kiamat berlaku pada 21 disember 2012adalah sesuatu yang tidak masuk akal.Oleh sebab itu NASA mengeluarkan sebuah Video yang berjudul why the world didn’t end bagi menjelaskan kenapa kiamat tidak terjadi pada tarikh tersebut seperti yang diramalkan dalam kalender kuno suku maya.

Menurut para pengkaji isu ini timbul apabila berlaku salah faham diatas sistem kalender suku maya yang jika dipadan kan dengan kalender masihi akan berakhir pada 21.12.2012.maknanya tarikh kalender itu berakhir dan akan masuk ke tahun yang baru.contohnya sepeti tarikh 31.12.2012 adalah tarikh yang terakhir untuk tahun 2012 dan 1 january untuk permulaan tahun yang baru.

Menurut satu cerita yang dihebohkan di internet,ada planet yang bernama NIibiru yang akan menghampiri dan melanggar bumi.kalau memang betul ujudnya planet ini,pihak NASA sudah lama dapat mengesan planet ini.Ada beribu orang ahli astronomi yang menyoroti langit setiap malam juga tidak mengesan apa-apa petunjuk seperti yang dihebohkan.
  
Sebelum ini ramalan Planet Nibiru atau planet X akan melanggar bumi pernah di hebohkan pada tahun 2003.namun ramalan itu tidak tepat dan pihak2 yang yakin kiamat akan terjadi pada tarikh tersebut telah meminda ramalan tesebut pada tarikh 21.12.2012.

Fenomena2 alam  yang terjadi juga banyak dikaitkan dengan ramalan hari kiamat.antaranya berlakunya penjajaran planet2 dalam satu garis lurus yang dikataka bakal menyebabkan kegelapan dibumi. sejak dahulu lagi ada beribu ramalan kiamat yang diperkatakan.yang pasti kita masih disini-Don Yeomans(pimpinan program Near-Earth Object di Jet Propulsion Laboratory)
Sumber dari sini



*hanya DIA yang mengetahui, DIA menentukan.... 
*jangan asyik nak fikir bila kiamat, tapi fikirkan bila nak taubat... jangan sampai terlambat,, 
*pesanan untuk sendiri & semua



Sunday, 23 December 2012

Tido dalam bakul


Assalamualaikum..... 

homei homei homei nya awak tido.
cuter sangat tido dalam bakul kan.

comel kan bakul baby sumayyah,,, selesa je tengok baby tido. ehmmm baik nyer anak buah mummy nih, xnanges pun ari ni. seharian tido jer. ari ni baby & ibu dah discaj dr ospital. semua orang teruja & excited giler nunggu baby balik umah. tapi biler balik, semua orang pulak yang risau. baby tido je sepanjang masa. pukul 3pm tu, baby belum menyusu lagi. sebab nya, tido nyenyak sangat.  wowowowowo dasyat kan 
 kuat tido. cam ayah die jer. hahahaha

pengalaman baru jugak buat mummy, boleh tengok cara cam ne owang mandikan baby new born. susah jugak kan. takut ler,, sumayyah pun nages gak sikit tadi, maybe sejuk sangat kowt... 
so kat umah ni, sumayyah memang menjadi tumpuan dan perhatian la especially mak cik2 nya  yang vouge gitu cik eim ,  umi teha &  cik su. hahahahaha 

ehmmm itu je la nak share ngn u ollsss... biasa la dapat anak buah baru kan, jadi entry pun berkisar pasal anak buah ler jugak. hehehehe  sekian trimas. so korang pulak, apa aktiviti di hujung minggu? 

good nyteeee , selamat malam



Saturday, 22 December 2012

Baby Sumayyah


 WELCOME sayang..!!!!
 finally awak dah keluar,, awak sangat sangat comel....
kiter dapat anak buah baru, syukur alhamdulillah semua nya selamat. baby & ibu pun sihat jer.

baby, ehmmm lama nya tunggu awak. now I'm AUNT..!! 
tengah fikir nak suruh baby panggil 'cik su ana' or 'Mummy ANA'.
hehehehe keterujaan tahap terlampau

ini la, anak buah baru kiter. comei kan!!!
 Sumayyah Khalisah bt Mohamad Hakimi
tarikh : 21/12/12
hari : Jumaat
jam : 15.55 pm
berat : 2. 8 kg
tempat : hospital sungai buloh
semoga baby sumayyah ini menjadi mujahidah
 seperti nama nya sendiri.
suker dengan nama baby. klasik dan sangat bermeaning.

sumayyah dah pandai senyum...
mata bulat jer, tengok sana tengok sini.
alhamdulillah baby in a good condition.
a big congratulations to abe hakimi & kak huda for the new addition in the family.
semoga keluarga ini menjadi keluarga yang sentiasa diredhai, diberkati dan disayangi. untuk ibu baby pulak, kak huda hope akak cepat sembuh dan selamat berpantang!!! 
baby, aunt xsabar nak gomol2 nak cium2 awak!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...