Followers

Friday, 1 February 2013

Tambah Follower, jom!!


Assalamualaikum.....

korang buat apa petang2 jumaat nie? dah lunch ker? aku? erghhhhh *sendawa! huhuhu tak senonoh tol kan... alhamdulillah menu ary ni adelah sambal daging dengan petai + Ikan bakar + sap sayur bayam  + sambal sardin. menu agak tonggang langgang tapi semestinya ianya mengenyangkan. hehehehe 

tak de paper nak bebel dah ary ni, just nak sembang2 kosong jer.. tengah kekenyangan nih tetiba dapat satu idea. terasa nak do something. ehmm xde la menarik pun, just suka2. sambil2 dapat bantu blogger baru macam aku ni. ini bukan lah contest okeh. biasa2 saja.

mai nak habaq... before this adelah jugak yang komen or email kat aku kan.. antaranya tanya pasal, macam mana nak tambahkan follower , nak cari follower or bla bla bla bla... lebih kurang sepuloh email cam tu. maaf yer, ahkak tak pandai nak print screen.. so tak boleh nak showing email2 tue. nanty nak blajar dulu. so slow~` sedih!!

Atas inisiatif dan kerpihatinan aku ni, aku rasa cam nak membantu la... MACAM MANA? okeh aku boleh la tolong tingkatkan follower/viewer untuk korang *fokus lebih kepada blogger baru , yang dah beriban tu nak join pun boleh ajer, dialukan. huhuhuhu sama2 la kita naikkan rating ya. insyaallah. hanya satu  benda jer yang u olls kena buat... senang ajer! 

' JADI PENGOMEN TEGAR KAT MY BELOG '


mudah kan.... APA YANG AKAN KORANG DAPAT? 


1. Jadi jiran my belog - LINK blog korang akan tersenarai sebagai blog list aku selama 3 bulan. kalu korang keep intouch baik punya, mungkin selama2 nya. hihhihi

2. Entry pasal belog korang - untuk empat pengomen / tukang komen tegar : aku akan buat entry pasal belog korang dan share kan entry tu kat laman sosial seperti my facebook/my group/my page or anything la. lebih kurang macam promo la u olls punya belog.

Cam ne okay tak? senang ke kan.. aku tak mintak paper pun, just jadi tukang komen tegar kat my belog. tak de pun mintak korang buat entry pasal my belog.


TAPI,,,, KALU BUAT ENTRY PASAL MY BELOG, itu BONUS la..

jangan lupa TAG aku taw & bagitaw ya.. hehehehe sekiranya entry itu berjaya menarik perhatian aku, aku akan senaraikan belog korang kat MY FEVERET BLOG LIST. up sikit la kan sebab feveret blog tu just senarai untuk blogger2 hebat jer... tak nak ker? fikir kan fikir kan muhahahahaa

saper yang nak join, join la.. tak de paksaan dan halangan. niat utama adelah nak bantu blogger2 baru macam aku untuk tingkatkan diorang punya follower je.. aku paham pasaan orang2 baru ni, dulu aku pun terkapai2 gak.. buat macam2 perkara nak tambah viewer. hehehehe wah cakap macam sekarang follower tu dah BERIBU kan? padahal sikit ajer.. tak pe, tak salah kan kita membantu.. 

Bila mula? tak kisah, bermula dari hari ni pun boleh.... yang penting aku akan letak list belog korang pertengahan or penghujung bulan FEBRUARI nanti. so tunggu apa lag, mula kan la.

insyaALLAH moga niat baik ini akan ada la benefitnya kan.. yang blogger2 lama nak join pun boleh.... dialukan semua nya... okehhh itu ajer, semoga akan ada feedback yang baik & positif ler dari korang semua.
peace !!

Sunday, 27 January 2013

Fening Kepala! pilih warna tema untuk raya

Assalamualaikum...

tengok je tajuk kat atas mesty semua owang pelik kan. tak pun comfirm ade yang fikir, tema untuk raya apa? chinese new year ke? owhhh tidak tidak dan tidak. 

kalu bloger best Ben Ashaari pening kepala nak hias rumah baru, aku pun pening jugak. tapi pening kepala nak pilih warna tema untuk raya  puasa tahun nie. giler hover kan?

baru awal tahun dah sibuk2 nak memikiau, naper kan? raya lambat lagi, bulan 7 ke bulan 8 entah... please, jangan pelik.. itu lah kaum kerabat keluarga aku. 

dekat fb family group tu dah penuh dengan komen2 dan cadangan macam2 warna dah. semua orang sediakan sugesstion masing2. atleast 2 warna. sebabnya nanti boleh pilih dan takut serupa. aku sorang je belum rasa berminat nak pilih warna apa. ayoooo lambat lagi, boleh bikin stress taw tak hehehehe tapi aku tengok, kazen2 yang lain dan aunt2 semua excited giler. siap berwhatt up bagai. sungguh teruja tol la diorang ni. family ceria memang ler macam gini. itu belum lagi bab nak pilih menu di pagi hari raya. lagi kalut. kah kah kah , kenkadang siap undi taw tak.. bila tak bertuah, menu yang dicadangkan tu terpaksa ditunda ke hari raya yang kedua or ketiga. funny sesangat!

kiterowang memang macam nie, selalunya prepared awal2... kalu last2 minit punya baju tu, kira extra la kan..  tiap tahun akan pilih 2 warna wajib... sepasang tu warna nya sama je seluruh family. kalu biru, maka empat puluh orang ker, 30 puluh orang ke mesty biru jugak... tak de la corak nya sama, cuma warna je. itu cukup. sebab apa taw, nanty nak beraya kemana2 senang orang nak cam ni anak menantu and cucu saper. tak de keliru dan hilang..

lagi satu pasang, warna berlainan dari setiap family. so kena chopp la cepat2. kira satu family kena warna yang sama la...dan family lain kena carik warna lain. kalu famliy aku dah book warna kuning, maka diaorang kena pilih kaler lain untuk family memasing warna selain dari kuning. haaa sampai cam tu sekali u olls. bukan apa,  ok jugak cam nie, annty orang taw ko ni anak saper, mak yang mana satu.... almaklumlah bukan selalu balik kampung kan, so mesty ade sedara lain yang tak kenal. jadi warna baju akan memberikan mereka jawapan, ini anak sapa dan ini laki sapa. kan kan kan 

tapi de problem is, aku tak taw nak pilih kaler apa tahun nie.... koranga ade cadangan tak? plzzz help me!! really need ur advisor.. teringin jugak sebenarnya nak pakai warna hijau.. dan lama tak pakai hijau time raya. selalunya warna pilihan aku adelah purple. so boring okeh. bapa pasang baju raya pun, purple mesty include sekali, sampai masa tahun ni lari sikit dari warna purple. 

nak pilih kaler apa? KUNING? MERAH? TURQOISE? BIRU? HIJAU?

fening! fening! fening!

malas nak fikir lagi, nak g lunch dulu la.. mana taw, kot-kot tengah makan nanty ade dapat ilham kan. hihihihi
pasal nak pilih kaler tema untuk baju raya pun boleh bikin fening kan. seyes, hover taw family aku ni. naseb la. tapi, i liked!! meriah!!  menujukkan keeratan kami sekeluarga. syukur.....




Saturday, 26 January 2013

JUVANA the movie


Bersama bff tersayang saper lagi kalu bukan Yann, today we all hang out tengok wayang. suka!suka!suka ! tak taw la naper, sejak dua menjak ni asyikk giler tengok wayang jer. tadi pun hampir-hampir nak marathon je movie. cuma teringat ary dah gelap kan. better balik awal, jangan lupa aku kan kat kampung. ade hati nak balik lewat memalam, memang tak la kan. berlakon jadik budak baik itu perlu. hihihihihi 

disebabkan pengaruh yang tak berpatutan dari aku, maka terjebak lah jugak si kawan aku ni untuk tengok citer melayu JUVANA. si Yann ni mana la die suker tengok melayu. hoiiii tak support pilems Masia ar ko ni. teruksss bah ko! naseb citer ni kategori best, so tak de la dengar si minah ni mengomen kan. puji lagi ade la.

korang dah tengok Juvana? okay tak? best kan? pada aku okay la dari citer2 melayu biasa ni. ade mesej ade la unsur keinsafan serta kekejaman dan kegelian sikit. geli kat mana? hahahaha saper yang tengok mesty taw, geli part mana? part sumbat sabun la muhahahahaha

Yang penting, Botak & Apek memang best la. dan aku rasa aku nak masukkan filem ni sebagai Filem Aksi Wajib Tonton. gandingan pelakon yang hebat-hebat jugak. so baek pergi tengok, seyes tak rugi.... 


klik sini (JUVANA SINOPSIS) untuk lihat sinopsis citer.
Sinopsis je okeh bukan link untuk mendownload.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...