Assalamualaikum....
korang,,
alamakk!! aku kena terkena bisul!! BISUL! terkena?? yupp jadik bisul. perghhh
sedap giler. sedap sakit yang teramat sangat. eh jap, korang taw tak bisul tu
apa? lebih kurang macam jerawat la, tapi kesakitan tu memang lain la. sakit ya
ampun, Tuhan je taw. saper pernah kena tau la kan.
meh
nak kasi ayat baku tentang definisi bisul. hhihihihi BISUL adalah masalah
jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan
dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.
Bisul
selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan
menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Dalam masa
24 jam, ketulan merah ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih
sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum
hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan
hilang dalam masa dua minggu. ayat ini adelah ayat copy & paste.
disebabkan
kesakitan yang teramat sangat, maka aku pun google lah carik penawar la kunun2
kan. ting!!!!! sumber yang telah pun aku percayai, cam ne nak ilangkan bengkak
pada bisul adelah dengan sapu kapur sireh kat tempat yang kena tu. nak cuba la.
hope berkesan.
disebabkan
jugak kapur sireh tak de kat umah aku, maka aku kena bergegas ke rumah mak tok
aku.
hihihihihi
maaf ya tok, nak pinjam kapur sireh, nak sapu kat tempat bisul ni.
sorry
taw, aku tak dapat nak share gambar bisul aku ni, sebab bisul ni bertapa kat
tempat baekk punya.
jadi,
aku tak sanggup nak mencapture kat korang. harap maklum.
tak
tahan sakit bisul ni, nak demam pun ade. lenguh2 satu badan ni.
sekian
sahaja entry tentang BISUL. Nak g cari kapur siren. bubyeeee
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss