Followers

Saturday, 25 May 2013

Ayam Percik ala Krisz Hanna


Assalamualaikum....

jam dah menunjukkan pukul 12.52 pagi. belum rasa nak tido lagi. walaupun baru je sampai umah. kepenatan dan ngantok. tapi tokleh nak pejam. so kiter tenet je la. ada meeting siket tadi kat Sri Malaysia.
 "menjemput rezeki" kan, tak kisah meeting jam kul bapa pun janji masyukk. alhamdulillah.

 bercakap pasal hotel ni, seyes aku nak komplen gak. TOILET! sangat2 kotor. penuh dengan tisu2 la.. plzz do something, improve ur kebersihan. hotel dah cantik dah,. makan pun sedap. tapi sayang......
oppss sorry entry tajuk makanan tapi citer sal toilet. sungguh tak sopan. maaf kan saya.

dah lama tak spent time ngan blog, so malam ni rasa nak update la. dekat kan diri balik. sian die terabai kan. 
tolong jangan pelik yer, ari ni aku nak share resepi masakan ayam percik. buat sendiri okeh. tengah ary tadi.\

 naseb baik sempat ambik gambar time dalam periuk. kalu tak, memang tak leh nak publish la. siap je masak terus ngap. tak dan nak capture. nafsu makan membuak2. hehehe

eh, plzzz tak payah nak pelik sangat. aku sebenarnya pandai masak k. saja ja tak nak tunjuk kebolehan. 
korang mesty tak percaya kan? sebab be4 this asyik showing pic makan luar jer. 
kali ni sila trust me. sedap! tak kisah la pujik diri sendiri pun.
aku yakin sedap. sebab mak makan nasik tambah 3 kali taw tadi. **bangga sambil big clap!!!


yeahhhh... ini lah dia. Ayam percik ala Krisz Hanna. sungguh menyelerakan

lapar la pulak. apakan daya, dah malam. kalu siang, dah lama habiskan balance ayam ni,
terasa nak share resepi ni. mudah sangat. cuba la. sedap!!

Bahan A
1 ekor ayam
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu the gula pasir
1 sudu makan halba
garam secukup rasa

Bahan B (kisarkan/blend)
15 tangkai cili kiring 
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 sudu jintan manis

Cara Membuat 
1. bersihkan ayam & toskan dengan garam
2. masukkan ayam dalam kuali bersama bahan A & B. masakkan sehingga rempah sebati dengan ayam. 
3. kemudian panggang / bakar ayam tersebut sehingga garing. 

##* ni ikut buku resepi la. kalau aku punya style. masak je campuran bahan A & B ( kecuali ayam ) dulu biar mendidih. then, bakar ayam dalam pemanggang ajaib. dalam 15 minit baru salut / tuang kan kuah atas ayam. so tak de la kering sangat kan ayam tu nanty. nak bagi best aroma, letak serai yang diketuk tadi tu atas permukaan ayam yang telah disalut kuah. semerbak harum. bangkit kata orang.

apa pun, selamat mencuba. 


psssst : kalu dah cuba masak, jangan lupa showing taw... tag me hahahaha
--------------------

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...