Followers

Monday 3 June 2013

S.L.O.W

Assalamualaikum

Yes.. slow atau dalam bahasa melayu nya ialah perlahan, lambat........ rasanya semua orang tak suka dengan sesuatu yang "slow rite" ? i mean.... slow dalam erti kata bukan kena gelojoh ataw kelam kabut. tapi slow yang lebih ke arah lembab.

okay straight to the point. bukan lah nak up yang aku ni jenis laju jer ke apa. or jenis yang cepat jer. no! no! somethime ade gak yang terlambat. cuma yang geram sangat ari ni sampai menyakitkan aty, sakit mata, bernanah jiwa dengan orang yang progress sesuatu keja dengan lambat nya. hey, bertanggung jawab la sikit. saya menuggu ni. 

Kisah nya begini : 

aku ade la shopping online ... so rasanya dah dekat 4 minggu taw aku order. siap dengan payment lagi. belum lagi sampai. hangin tak kalu korang?? ari tu order then petang sikit baru make payment. sebab dah biasa jual beli dengan orang ni, so bab payment die tak bapa kisah sangat. janji ko bayar. mungkin sebab dah biasa la dia layan aku cam ni kot. stress ahakak!! aku call tak berjawab..dekat 20 kali ada kot. mesej pun sama. xberbalas. 

aku tak de la rasa kena tipu. cuma geram weh, pantang aku call nak taw status barang tapi ko tak jawab. atleast bg la taw kenapa dan kenapa ye tak? dah berhari2 sampai hangin aku ni tahap gunung everest dah baru nak reply. apa kejadah nya? dalam haty nak je aku campak Enpone orang tu dalam logi. hishhhh geram weh. ntah apa dia buat. Bila mintak tracking no, sampai skang tak bagi. kalu cam ni gayanya boleh buat aku jadi  ~~~ !!##@@ HULK ~~~ !!!. Apa yang dibuat entah. lembab. main2!!! 
pLease.. respect ur customer. bukan nak kata dia tu tak bertanggungjawab, tapi cuba la make sure ur customer berpuas haty. 

tadi bkak fb si polan ni, tetiba ada naik satu status. cakap yang enpone die rosak. xboleh dihubungi. hoishh memang mengundang kemarahan aku. dalam dok call dok mesej pun tak berjawab, nanty xde phone lagi la teruk. eh, aku terfikir. yang rosak tu enpone bukan simcard. xboleh ke on je number tu kat henpone lain. 
henpone kan ade dua. xpun pinjam la enpone bini jap. nama pun ko berbisnes. macam mana custome rnak call nak make order or bla bla...??? adoiiii....see nampak tak orang ni? SLOW ataw LICIK??? 
 nampak sangat nak lari dari kena push ngan customer kan. suruh kita inbox jer. bila tahun nak balas entah.

aku memang tak boleh orang macam ni. slow! ko dah tau ko jual online, make sure apa yang ko janjikan tu ditepati. lambat sehari dua tu aku tak kisah sangat. ni dah nak dekat sebulan. apa? if aything, bagi la taw. ni diam je. sungguh bikin panas walopun aku dalam aircond 16 celcius. eh betul ke aku eja?? blasah je ni. 

kalu korang apa korang akan buat? aku skang ni dah tak taw cam na... mesej dah. call pun sudah. wasap pun dah, weechat pun antar gak. inbox? hari2.... email je blum... tak sampai haty lak tulis kat wall fb dia. 
itu nnty menjatuhkan dia punya periuk nasik pulak la kan. lagipun kami ni dah cam kawan gak. ehmmmmm
xmau la besar2 kan. aku just nak barang aku je. then aku akan diam!

Sebelum ni aku asyik salah kan pos laju... kesian pos laju, rupanya2 bukan kerana pos laju. tetapi kerana dia yang slow buat kerja....

tolong la... jangan slow, jangan lembab, jangan perlahan.
plezzz respect & responsible. 
take it serious!!!!!!!!
aku menanti dengan penuh kemarahan disamping tahap kesabaran yang telah hilang.



Sunday 2 June 2013

Jom Keek & Camfrog wif Krisz Hanna

Assalamualaikum

Ini bukan entry iklan or promosi paper ya.. its just nak share something kat orang untuk benda yang aku baru nak try. haaaa... kesian kan? mesty korang saya kesian gila, sebab orang lain dah lama ada account for keek & Camfrog. tapi aku? baru je nak berjinak2.. ehmmm ahkak kan buter IT. selalu lambat. hehehe 

korang ade keek tak? kalau ada, meh la we follow sesama. aku  pun bukan rety sangat. so slow okeh. tapi still belajar. stakat video tu ade la. bukan accounT kosong jer. memula aku pun tak minat sangat. tapi sejak tengok video keek by bloger ohsem kak filla terpengaruh la pulak. macam best jer. suka tiru owang kan? biar la tiru menda yang baik tak pa. ye idokk?? 

Skang ni kan seb baik la, kekurangan masa. kalu tak memang 24/7 aku asik upload video jer. syokk sendiri memang cam tu kan. aku stakat upload video memang terer la. penuh muka sendiri u olls. yang lain aku tak rety. teruks kan?xpe2 nanty kowang ajarkan erk. kalu free2 meh follow kiter ya... Krisz Hanna KeeK so, jumpa kat keek nanty erk. 

tada,,,, keek kiter. kesian, orang lain dah lama ada keek.. kiter baru nak cuba2.
tolong jangan gelak okeh. aku sendiri pun malu nak tengok video sendiri.muahahaha
meh follow KriszHanna

eh!!!  ada lagi satu. korang layan Camfrog tak? ala macam Yahoo Mesengger  gak la. video chat.  well dah join dekat sebulan. okeh la. suka2. sekadar nak cari kawan. lepaskan penat. rest sambil2 layan chat kat cni. cuma macam biasa la, bukan boleh dilayan sangat orang2 kat sini. mula la nak lebih2. sometime rimas gak.


saper yang tegur aku kat Camfrog ni, memang awal2 dah WARNING bgtaw la... just looking for new fren. lebih2 sorry tak minat. huhuhuhu well seperti kebiasaan aku tak rety dan tak tahu menahu langsung pasal mender alah ni. ade la some one yang ajarkan. neway tenQ yer awak. dari register sampai la nak guna. semua mender la. complete die ajar. aku kan lambat sikit, terpaksa orang tu kena call. hebat tak aku belajar? nampak tak disitu? memang aku buta it... huhuhuhu kesian... sabor je la!

dan korang, kalu ade Camfrog tu meh sila lah tegur2 aku erk... kiter leh chat kat sana. maybe wc...
selalunya aku tak sewenang2 nya nak wc. tengok orang gak. kalu rasa trust & okeh jer chatter tu.. baru la approve untuk webcam. so kalu korang nak wc, bgtaw yang korang ni my readers. comfirm i accept. 
cisss macam retiss je ko kan. tolong berenti perasan. what ever### 
jangan lupa follow kiter kriszhanna@gmail.com aku punya nick name pun KriszHanna.
jadi, jumper di sana sayang2 saya sekalian.


Saturday 25 May 2013

Ayam Percik ala Krisz Hanna


Assalamualaikum....

jam dah menunjukkan pukul 12.52 pagi. belum rasa nak tido lagi. walaupun baru je sampai umah. kepenatan dan ngantok. tapi tokleh nak pejam. so kiter tenet je la. ada meeting siket tadi kat Sri Malaysia.
 "menjemput rezeki" kan, tak kisah meeting jam kul bapa pun janji masyukk. alhamdulillah.

 bercakap pasal hotel ni, seyes aku nak komplen gak. TOILET! sangat2 kotor. penuh dengan tisu2 la.. plzz do something, improve ur kebersihan. hotel dah cantik dah,. makan pun sedap. tapi sayang......
oppss sorry entry tajuk makanan tapi citer sal toilet. sungguh tak sopan. maaf kan saya.

dah lama tak spent time ngan blog, so malam ni rasa nak update la. dekat kan diri balik. sian die terabai kan. 
tolong jangan pelik yer, ari ni aku nak share resepi masakan ayam percik. buat sendiri okeh. tengah ary tadi.\

 naseb baik sempat ambik gambar time dalam periuk. kalu tak, memang tak leh nak publish la. siap je masak terus ngap. tak dan nak capture. nafsu makan membuak2. hehehe

eh, plzzz tak payah nak pelik sangat. aku sebenarnya pandai masak k. saja ja tak nak tunjuk kebolehan. 
korang mesty tak percaya kan? sebab be4 this asyik showing pic makan luar jer. 
kali ni sila trust me. sedap! tak kisah la pujik diri sendiri pun.
aku yakin sedap. sebab mak makan nasik tambah 3 kali taw tadi. **bangga sambil big clap!!!


yeahhhh... ini lah dia. Ayam percik ala Krisz Hanna. sungguh menyelerakan

lapar la pulak. apakan daya, dah malam. kalu siang, dah lama habiskan balance ayam ni,
terasa nak share resepi ni. mudah sangat. cuba la. sedap!!

Bahan A
1 ekor ayam
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu the gula pasir
1 sudu makan halba
garam secukup rasa

Bahan B (kisarkan/blend)
15 tangkai cili kiring 
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 sudu jintan manis

Cara Membuat 
1. bersihkan ayam & toskan dengan garam
2. masukkan ayam dalam kuali bersama bahan A & B. masakkan sehingga rempah sebati dengan ayam. 
3. kemudian panggang / bakar ayam tersebut sehingga garing. 

##* ni ikut buku resepi la. kalau aku punya style. masak je campuran bahan A & B ( kecuali ayam ) dulu biar mendidih. then, bakar ayam dalam pemanggang ajaib. dalam 15 minit baru salut / tuang kan kuah atas ayam. so tak de la kering sangat kan ayam tu nanty. nak bagi best aroma, letak serai yang diketuk tadi tu atas permukaan ayam yang telah disalut kuah. semerbak harum. bangkit kata orang.

apa pun, selamat mencuba. 


psssst : kalu dah cuba masak, jangan lupa showing taw... tag me hahahaha
--------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...