Followers

Thursday 4 April 2013

Alamak, BISUL!!!

Assalamualaikum....

korang,, alamakk!! aku kena terkena bisul!! BISUL! terkena?? yupp jadik bisul. perghhh sedap giler. sedap sakit yang teramat sangat. eh jap, korang taw tak bisul tu apa? lebih kurang macam jerawat la, tapi kesakitan tu memang lain la. sakit ya ampun, Tuhan je taw. saper pernah kena tau la kan. 

meh nak kasi ayat baku tentang definisi bisul. hhihihihi BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Dalam masa 24 jam, ketulan merah ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. ayat ini adelah ayat copy & paste. 

disebabkan kesakitan yang teramat sangat, maka aku pun google lah carik penawar la kunun2 kan. ting!!!!! sumber yang telah pun aku percayai, cam ne nak ilangkan bengkak pada bisul adelah dengan sapu kapur sireh kat tempat yang kena tu. nak cuba la. hope berkesan. 

disebabkan jugak kapur sireh tak de kat umah aku, maka aku kena bergegas ke rumah mak tok aku. 
hihihihihi maaf ya tok, nak pinjam kapur sireh, nak sapu kat tempat bisul ni. 

sorry taw, aku tak dapat nak share gambar bisul aku ni, sebab bisul ni bertapa kat tempat baekk punya.
jadi, aku tak sanggup nak mencapture kat korang. harap maklum.

tak tahan sakit bisul ni, nak demam pun ade. lenguh2 satu badan ni. 
sekian sahaja entry tentang BISUL. Nak g cari kapur siren. bubyeeee








Tuesday 2 April 2013

Merah & Hitam bergabung meletop!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.. 

Hari cam nak ujan je...... tapi feel nak mengupdate tu tetap ade. semangat lebih al maklumlah banyak masa free kan.

seyesly, rindu nak bercoleteh macam selalu. finally, dah dapat balik masa tu. suka suka suka
 hope belog ni akan sentiasa menceriakan dan menyinari hidup korang. macam la bagus sangat kan??? huhuhu tak pe, aku janji, aku akan sentiasa memberikan yang terbaek. just want ur support. 
please....... thankss

disebabkan baru je sembang-sembang kat entry lepas, now i'm just nak showing picture time graduate untuk training last week. tengok, training pun ade graduation day, dasyat kan. 

dis is de bsehh moment untuk aku.
tak kisah la, aku dengar ade yang salah faham la apa la, but aku tetap aku. cheeful!! alwayzz postive person. hahahaha meh nak share, tatap la sampai puas. 

enjoyy it......

jom kiter scroll 
 ~~~

~~~

~~~

~~~

~~~

Ni adelah jejaka yang menghuni di kelas aku. Handsome tak diorang??
bunga kat tengah tu, our trainer Miss Steffy

ni kat dalam dewan.... bergambar dulu before start majlis

bestfren!! WANI, FERUZ, ACAI & ME. 

kat tangga pun boleh. harus!

kebambanan saya terserlah. buwekkkk
miss u miss

pewitttt

WE! UNIMAP BATCH 9. my classmate. 

lagi sekali.... kiss for you miss. thanks!




lupa nak gtaw.. our theme adelah red & black.
aku je lari tema. sorry, ahkak tak de bajet jemah nak beli baju baru.
belasah jer! huhuhu


wif mr sepet.
kesian die kena gigit by mr charlie. kat mata lak tu.

sayang wanie. ratu gelak. happy sokmo dengan dia nie.


bye bye korang! sayang korang semua. just one thing : happy wif u olls.


korang ade yang interested nak join dis program?
program ni khas untuk yang fresh garduate & unemployed yer. tak bekerja. ade elaun yer.
dis program akan ajar korang tentang BUILD YOUR CONFIDENT, IMPROVE YOUR ENGLISH, WALK IN INTERVIEW & macam2 la... tak lama just 5 or 6 week. 
lagi??? selanjutnya tengok sini.

dan kalu berminat or nak tanya paper meh email aku taw.
kriszhanna@gmail.com
jangan risau program available kat memana jer.

wah dah macam marketer kan. tak! tak! tak! aku bukan proniter mahupun sesaper pun. hihihihi
setakat nak tolong masukkan nama korang tu if nak join, tak de hal la. 
seronok! seyes! 

~~ one of de best moment in my life ~~

Kosong


Assalamualaikum.....

salam hari selasa, ceria2 kan korang erksss. jangan sesedih dan jangan bosan kan diri korang.
ceaaa, pandai aku menasihat kan owang, padahal diri sendirik yang kebosanan tahap melampau.

well, aku kan dah habis training, so memang free yang teramat sangat lah. kenkadang rasa heaven giler sebab tak payah pikir paper, tak payah nak rasa burden dengan segala asaimen. BUT !!! aku rindu la pulokk sangat macam tu. aku perlukan kan kawan. menagis bersama, ketawa bersama. miss giler moment kat dalam class.

tapi aku kena terima hakikat, sampai biler asyik nak belajar jer?? i mean in the class?? kena carik kejer Hanna KEJER!! now, aku akan mulakan hidup baru... moga2 ade rezeki. dan minggu ini, pasti nya aku hanya akan busy untuk attend career fair. wish me luck ok.

pasal rindu kat kengkawan, dun wolly, cozzz selang satu hari je kiterowang mesty berjumpa. hahahaha dat y yang best tu. having great time together. enjoy sangat!! and korang yang mana stay area kedah or perlis tu kan, terasa nak hang out ngan aku, meh meh meh dialukan. boleh menambah bilangan kenalan kan. bagus tu. merapatkan silaturrahim. jangan memalu. i love to be your frens... anyone. hehehe

oh my god! oh my god! aku ade date. nak kuar g bowling. lewat sudah! chauuu dulu ya.
sorry, hanya sembang kosong ~~~ 0 0 0 
bubyee jumper lagi
sayang semua. 



Monday 25 March 2013

I just want SMILE

Assalamualaikum.....

Hari yang indah lagi cool adelah hari yang dipenuhi dengan senyuman-senyuman ikhlas dari hati. cheaaaa ayat tak leh blah. eh tapi memang tak dinafikan, if korang mulakan day tu dengan senyuman, mesty semua yang kita buat tu akan lebih syokkk. 

Disebabkan aku rasa hari yang penuh dnegan senyuman itu lebih bermakna, so i want to share wif korang saat indah. okeh sungguh merepek. sorry olls. 

motif utama adelah nak showing picture jer. ini gambar semua di capture ketika aku ngah training kat UNIMAP. hope u enjoyy ittt!!  muhahaahaha 

jom layanzzzzz.......



in 5 weeks, diorang one of de penCERIA life aku time training. ding ~ ding ~

Hanna wif Nana. sayang nana!!

i like dis group. diorang fun giler... 

my geng!! diorang adelah sangat BESHHH!! sama cam aku.
kaki KAROKSS!! 

WE!! smile all

new bestfriend wani!! i love to fren wit her. sekepala.
memang masyukk la bila jadik kawan.

every smile have a value. rite? i will miss u guyss. i just want a smile..and i dont want miss a thing
 xo xo bubyee


i hate failing!!


Assalamualaikum....

tak suka! tak suka! tak suka!... today is my bad day. bukan nak salahkan hari, but  today, aku sangat2 rasa tak puas hati. i know i can do it lebih baik.. apakan daya, ini pulak yang jadi. seyes, cannot go la! tok leh trima kenyataan.

today adelah my last presentation, tapi.............. aku tak performe dengan baik. nyesal kot. dat y, preparation itu perlu. tak nak salah kan sesaper pun. becoz this is my fault. i hate failure. i afraid to be like dis. huhuhuhu

i know, aku adelah seorang yang spontaneous. tapi hari ini semua nya different. biler ngah presentation terus tergagap-gagap, less my confident level, shy and nervous yang teramat sangat.

                                                   what wrong wif me? why ? why ? why ?


sesungguhnya, kegagalan akan membuatkan aku makin lemah, makin less my motivate. ohhhh!!!!!!! gerhhhhh make me stress okeh. 

i really2 hope, i can handle my failure very well and wisely. tak nak jadik makin down. apa patot aku buat? 

pleasee, tolong kembalikan semangat dan kekuatan aku. amin amin amin. korang ade tips? share wif me! 

xo xo bubyeee



Friday 22 March 2013

Kawan Baik LELAKI

Assalamualaikum......

Salam sayang dan rindu kat korang semua.. seyes teruja sungguh ary ni. akhirnya,,, berjaya jugak untuk menguapdate my belog. setelah sekian lama mengabaikan belog yang tak seberapa ni. & now... jeng jeng jeng satu entry akan terbit dis nyte. *BANGGA sambil kenyit2 mata auwwww!! 

Alhadulillah reader pun bertambah. syukur, insyaALLAH aku janji, nanty ade freetime aku follow balik ya. pasti. thankss atas sokongan korang semua. rindu sangat nak bercoleteh. apakan daya, kebizian dan kekangan mengatasi segalanya. korang, skang aku ngah training kat UNIMAP untuk GCAP Program. taw tak apa tu? tak taw?? okeh esok aku citer ya. kerana topic for dis nyte adelah perihal KAWAN BAIK LELAKI. hahahaha

Korang ade kawan baik? i mean kawan baik yang gender nya adelah lelaki? aku? YES!! aku ade. for me, sangat best bila ade besfren lelaki. fun giler okeh. rasa lebih selesa. tapi tak de la cakap perempuan tak best. cuma ade la pro & con untuk kedua2 ni kan.

Nak tanya korang, apa pendapat korang aaa tentang kawan baik lelaki or ataw lebih best kalu korang sudi share pasal pangai kawan baik korang. tak de la nak busy body, tapi sometime i need ur help... sebab nya, aku ade seorang kawan baik lelaki yang tersangat lah MANJA, LAZY MAZY, DEGIL, FUNNY, OUTSPOKEN, PLAYBOY & kenkadang bijak lagi kreatif. cuma yang aku geram kemalasa die dah sampai tahap dewa dah. perghhh giler menguji keimanan. 

Bila korang ade kawan baik yang pangai nya macam gini, apa korang akan buat? aku cuba nak buat die jadi lebih baik & focus in certain2 part kan. tapi...... i cant discover & control die. 

Tapi apa yang aku nak katakan adelah, aku sayang die. sebab die adelah kawan aku. sebab aku selesa dengan die. dan aku harap, perasaan "bersahabat baik" ni akan kekal sampai2 bila. tolong jangan lebih dari itu. aku takut!! 

Okeh meh aku nak terus terang, motif utama atas penulisan ini adelah... aku kecik haty lagi terasa haty a dengan dia. aku sakit, die macam tak ambil kisah pun. aku tak datang kelas pun, die cam ignore kan je. walhal, aku sentiasa concern & care giler pasal dia. SEDIH kot. kawan ke?? huhuhuhu ataw memang ni lah, sikap azali sahabat yang bergelar lelaki atau aku yang terlebih feeling sentapp??


pssst -----> time ngah tak sihat & demam ni, tetiba rindu kan perhatian
 dari seorang yang bernama kawab baik.



Friday 22 February 2013

JANGAN DEGIL BOLEH TAK??


Assalamualaikum,,,

walaupun haty ngah panas dan berapi tapi tetapi ku sabarkan jugak!! sebab.... bukan anak aku! 

cuma kazen! tapi kalu anak aku, mau aku piat2 ko cecukup budak. 

marah tahap dewa nih. tinggal nak meletop jer.

rasa nak marah, marah & marah sangat!!!

eh kalu korang, korang bengang tak??

suruh banyak kali, cakap banyak kali, ulang tak taw baper puluh kali dah tapi tak jalan2 jugak kejer.

menyampah aku orang cam ni. 

jangan kan mender lain, suruh bangun tido pun berkali2 kena ulang.

mandi pun nak kena suruh. kalu stakat cakap sekali tak per, ni lebih dari seploh kali dah.

hoi hoi hoi memang mencabar keimanan aku bila orang tak dengar cakap nih!

selesai bab mandi. suruh makan nasik pun dekat lima kali. eh apa kena dengan budak ni ha???? DEGIL!!

selesai bab makan. suruh buat kejer sekolah. almaklumlah, kedah kan jumaat cuty. tak jugak dibuat nya. 

empat kali dah cakap benda yang sama. PENAT & SAKIT JIWA aku kalu macam nie!

apa kes la ko ni dik?? pemalashh sungguh! asyik ngadap TV jer!! apa kekdah nya pun tak taw. 

nasib la ko cuma kazen aku. kalu anak aku, tau la nasib. tak pe tunggu mak apak ko g niaga jap g, siap la.

hello, aku bukan nak mendera. tapi nak mengajar. DEGIL SANGAT. pemalash tahap dewa budak nie!!


MENYAMPAH DENGAN ORANG PEMALAS, TAK DENGAR KATA DAN DEGIL.

Tolong la jangan degil, boley tak dik??

~ tolong la tambahkan nilai kesabaran ku ya Allah dalam mendidik adik adik ku ini ~~





Thursday 21 February 2013

Happy Birthday Mak!


Assalamualaikum

~~ ~ %$~~ Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you, mummy ~~ ~~%$!!

wahh kelazz mak kan, adik wish birthday mak kat blog gitew. kalu mak baca mesty tersengih. 


untuk mak tersayang Puan Shalihah Ibrahim selamat hari lahir yang ke 59. semoga mak sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan umur. sayang mak ketat-ketat setinggi gunung Everest.

hope mak akan lebih happy dengan adenya adik disisi mak.
senang haty, habis je belajar, finallly dapat stay alwayzz dengan mak.


mak kiter... lurve u mak!!
terima kasih untuk mak kerana sentiasa bersabar dengan kerenah adik.
sentiasa buat mak marah, buat mak susah haty, buat mak poning kepala. 
tapi... mak tetap yang terbaek. sporting habess lap u.

xtually, birthday mak 19 februari.terlambat nak wish. hehehehehe
tak de celebrate besar2 sgt pun. masakkan mak mee soto je, feveret mak.
 tak sampai haty nak celebrate best2, sebab selang beberapa hari je dengan tarikh arwah abah pergi. 
ehmmm terasa kehilangan sangat.

abah pergi 16 februari... dekat je kan tarikh tue? rindu abah sebenarnya... 
dah 6 tahun dah abah pergi tinggal kan kami. semoga roh abah akan tenang kat sana. amin al fatehah....

tak mau sedih sedih lagi, life must go on.
hidup mesty ceria. banyak benda yang kena tempuh, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

semoga hidup kami sekeluarga akan diberkati dan dilindungi oleh NYA. 

AMIN AMIN AMIN


pssst : korang, aku dapat kejer kat CWA CIMB BANK..
Dalam dilemma. nak pergi ke tak?? 
nanty cerita lagi...



Wednesday 6 February 2013

Nak Bela Kucing



Assalamualaikum dan salam hari rabu everyone....

korang buat apa? dah lunch ker? menu apa? mesty sedap kan? ishh nyibuk jer kan? no no bukan nyibuk tapi concern okeh. i lurve my readers, so opkos i care about them. rite? rite? ceaaa ini semua poyo!!

maybe today adelah hari berkasih sayang buat aku kot. tetiba jer kepingin!! teringin sesangat, nak bela kucing. nak bela kucing *sambil hentak kaki

dulu ade bela kucing, tapi sebab aku futher study kan, susah la tak de saper nak kesah bab kucing ni. so kasik2 orang la. sekor pun tak de dah. sedih taw. now, dah habis & stay almost time kat umah. keinginan tu datang balik.

kebetulan kat umah my granny ade kucing dah beranak. tunggu besar sikit la. baru ambik bawak balik umah.
biar die lepas nyusu ibu dulu. baru sehat. hehehehe

tapi kucing kampung je la. tak de gebu2 salut muka. kalau boleh nak ler jugak kucing yang gebu2, bulu lebat tu ha. nak kena beli la. bukan tak nak beli tapi dah serik dah bela yang mahal2 ni. sekali terlepas, memang tak de harapan la. hilang! orang ambik!  dah biasa kena cam ni. 

ehmmm, korang ade suggestion tak? kat mana nak beli kucing yang murah2? kat area kedah or perlis la tapi.
nampak gaya kena tanya Hincik Google la kan.

ke korang baik haty? mana la taw, ade kucing kat umah nak kasik aku FOC? hehehehehe eh kalu betul bagitaw aku taw. nak nak nak <*__*>

rindu la nak cium2 kucing, nak main2, nak garu2 kan dagu! hommei hommei la.
ade kcuing tak de la bosank sangat kat umah. ade la peneman nak bercakap ngan aku. hahahaha

Kucing Kucing Kucing

meaw~~ meow~~ meaw~~ meow~~



Ada apa dengan kampung?


Assalamualaikum

Minggu lepas until semalam, stay kat umah nenek kat kampung.ari ni baru terasa nak balik umah sendiri. hehehe. balik kampung sebelah my mummy, kat Changlun. doket jo ngan umah aku. tak bosank sangat kat umah. dok umah pun aku sowang jer, malam la baru ade mak aku. die keje, so time siang memang peneman aku adelah tenet, camwhore & tv. 

bila kat kampung, bangun mesty awal. lakonan adelah penting. muhahahahaha anak dara dok kampung ade haty nak bangun pukul 10 pukul 11? haaa siap la kena piat ngan mak tok aku nanty. bangun tak de lah awal sangat , kul 8.30 am jugak baru nampak muka kat dapur. sampai je dapur, semua mender dah siap. breakfast already prepared. sungguh best!! kihkihkih

kat umah tu, mak tok aku dok ngan my aunt. so pepagi die buat karipap untuk jual sebelah petang. 
kat sini aku belajar ler buat karipap. now, aku dah pandai!  nak tempah karipap?  
meh meh order ngan aku yer.


ni doh yang dah siap ni.. tinggal nak gelek kan ajer.
abaikan ubat nyamuk & parang kat belakat tu.
tu bapak sedara aku punya, baru balik dari menoreh getah.

inti karipap ni pakai ubi keledek dan udang kering.
sedap sangat. pedas2 sikit dan manis2 ubi tu memang masyuk la.

tu dia karipap... kena letak atas alas plastik, kalu tak melekat.
bunga2 or "kelim" karipap tu aku yang buat. pandai tak?
aku rasa karipap aku buat ni cantik. tak caya tengok japg bila goreng.
satu hari 170 biji buat. habis licin!!

bangga sih dapat buat karipap secantik ni.. korang mampu? hehehe
meh meh maaf riak sebentar.

karipap karipap karipap mai mai beli RM0.50 sebiji.

ni gerai my aunt. jual GORPIS, cempedak goreng & ubi goreng pun ada. jual kat pekan Changlun.
ehmmm yummy yummy yummm saper datang Changlun ke UUM ke singgah la yer.
nanty  nak beli sebut nama aku,  comfirm dapat percuma Gorpis Singgit!
pssst : kat belakang  tu la mak saya!! ari cuty mesty kiterowang lepak sini. tolong2 apa yang patot.

telur ayam kampung. esok nya tu bangun pagi terus pergi terjah tempat ayam mengeram.
kesian ko Mak Ayam. aku curik telur2 ko. fresh !!

rezeki. Jiran kasik durian.
feveret tuh.  kopek doyan dan terus ngap. licin.

aku sibuk ngan telur ayam kampung kat luar, my kazen pulak kat dapur sibuk cucuk satay.
hebat la die, pandai buat satay. petanda malam nanty ada makan2 la tue.
terus otak ligat berfikir. makan? makan? kah kah kah kah nak tanya malas.

see? kan betul tekaan aku. ade makan2 sikit. tak banyak sangat.
 just jemput jiran sebelah umah . dua2 ni kazen aku. diorang yang bakar. aku?
duduk je kat krusi sambil camwhore. teruksssssss
kualiti gambar: hancus!! asyik lari je setting. 

satay satay satay


disebab kan last week dekat je tarikh besday my unlce ngn my kazen, so celebrate sekali la
beli cake. settle. tak payah buat lagi dah nanty. sekali arung je. senang.
happy burfdayzz poji & pak njang!!

geram, gambar tak cantik. haishhhh
ade mihun goreng, laksa kedah, satay, puding & cake.


simple2 ajer. makan pun kat pangkin bawah rumah. tau tak pangkin tu apa?
ala macam tempat duduk buat dari kayu.
tempat sembang2 .kat kampung mesty de tempat duduk cam ni.
santai jer,,,

sekian sahaja saya melapor kan dari sini. i lurve my kampung 

word of de day : semuanya fresh!!

sayangi lah kampung anda. sila suka balik kampung ya. bubyeeee 



Tuesday 5 February 2013

Rehatkan minda Lapangkan dada


Assalamualaikum

Sesibuk mana pun aktiviti seharian, perlukan jugak masa untuk social life diri sendiri. kena ade jugak masa untuk berhappy2 dengan kengkawans. betul tak? baru la hidup tak ditemani dengan stres je memanjang.

aku adalah seorang penganggur terhormat.tak de la lama sangat jadik penganggur. baru nak masuk 3 minggu. itu dah dipanggil penganggur ker? hihihi aku ni jenis orang yang cepat risau dan fikir macam2. 

so habis je final exam ary tu, terus kelam kelibut & work hard aply kejer mana yang patot. bukan apa, tengok ramai kengkawan yang menganggur, jadik aku ambil langkah awal. yang penting de usaha. semoga ade rezeki la lan. mudah-mudahan dipercepatkan dapat kejer.

seriously tak rety la dok umah sesajer. rasa borink & tak bersemangat. so sambil2 tu aku teruskan my online business. alhamdulillah semakin mendapat permintaan. eh cerita aku sebenarnya lain ni, tapi dah lari ke tajuk lain. apa kes nie? sorry sorry sorry melalut dah. eh alang-alang dah bercerita kan, kalu korang terasa nak support my busines just klik sini taw... tengok ler, memacam aku jual. PERFUME, DIGITAL PRINTING (magic mug and others), soft toys, body mist etc. visit taw!!

berbalik pada tajuk utama hehehehehe disebabakan nak rehatkan minda lapangkan dada, maka terjadilah hang out nie. main bowling, makan-makan sambil lepak2, bercuty just one nyte kat kolam air panas. okay ler tue, lega rasa. boleh rest walaupun kejap. rasa terbuka sekejap. 


adilla... kawan time form 4 until now.. thankss ya, plan ini dating. hehehe
enjoy!!

ceaaaaaa aku!! macam terer. selalu skor longkang je. 

annie & ayu

We are always together...

A few days lepas kuar ari tu, tetiba drastic plan by my fren Yann. katanya nak pergi jenjalan kat Baling. semua orang terkedu bila si Yan ni cakap nak g Baling. ntah apa ade kat sana kan. tapi kiter owang layan kan je la. die kalu dah nak pergi tu, tetap nak pergi jugak. but,,,,,,, ok what. walaupun sepanjang jalan hutan sini sana, jalan bengakng bengkok tapi have fun jugak. rupanya die nak g ladang anggur. 

sampai sana lebih kurang jam 3pm.. tengah2 panas la melawat
masuk ladang anggur ni.panas ya ampun. bayang kan la, g kebun
time matahari terpacak kat kepala.
tak tahan!!! 

pergi berempat sebenarnya...  ayu, me, yann & busyro.
time kat sini teduh la sikit. sebab ade bumbung kan.

Grape!! tak de la geram sangat tengok,
 masa kiterowang pergi ni bukan musim sangat la.
buah pun tak besar mana. tak banyak macam last month kata org kat situ.
kalu pergi sini boleh la beli buah grape fresh dari ladang. tapi mahal la sikit
1KG RM50. perghhhhhhhh mahal nak mam!!!

ade lorong2 kecil untuk laluan pelawat.
masuk sini kena bayar taw. RM4 seorang.
luas ladang nie. tak larat nak visit semua. penat plus panas.
memang tak kosa la akuorang pergi petang kiterowg pergi tengah hari.
 memang cantik sangat la.

penat berjalan cari tempat ade kipas.
then posing. penting tue.. muker berlengas giler kowt.

one more thing, ladang anggur ni berdekatan dengan tasik lombong yer.
eh ke empangan tah. tak pasti la.
kalu petang2 best, ramai orang dtg memancing sini.
macam syokk je nak dating kat sini.. hehehehehe 

around 4.30 pm gerak ke kolam air panas
Ulu Legong, Baling
giler lah tak kan mandi time cam ni kan.
so cari challet tu, tapi....................challet full. 
time nie sumer dah risau, mana la nak tido kan malam ni. naseb baik ade homestay... banyak! ambil yang sebelah dengan kolam la. dekat sikit. bernasib baik jugak la dapat yang ade aircond , dekat, murah & bilik pun best. ok la RM80 untuk 1 malam include breakfast. katil queen & single. okay sangat dah tue...

tada,,,,,,,,,,,,,,,,,,, homestay mak cik Hamidah.
janji ade tempat tido. pengajaran, lain kali book!!
mati2 ingat tak de orang la, bukan cuty sekolah pun. tak sangka full.
setiap masa full,  so memang kena booking awal2.


dalam kolam air panas...
panas, tapi sedap je rasa. relax sungguh.
berpeluh2 bila naik. 

ini semua poyo!!!!!

eh lupa nak cakap. nak masuk kolam air panas ulu legong, Baling ni
kena bayar taw. RM6 untuk dewasa. kanak2 tak ingat lak berapa rm.
dibuka 7 hari seminggu & 24jam.
anytime jer. tapi kalu menginap kat challet yang disediakan, tak payah bayar la.

pergi mandi malam tu dalam pukul 8.30pm sampai ler pukul 11.45 pm jer. tak tahan sangat dah. panas & ngantok. balik bilik terus tido. kul 10am baru masing2 tersedar sebab nya LAPAR! Muahahahaha
bukak pintu tengok ade breakfast kat atas meja.  wahhhh tersenyum masing-masing. 
semua malas nak kuar carik makan kan. 

nasik lemak & air tea o panas.
lepas berehat-rehat jap sambil berkemas apa yang patot then gerak balik umah. sekejap je dapat berehat2 kan. tak kisah la janji ade jugak masa untuk jenjalan if one day jer.

 belum pun sempat kuar dari check out, memasing dah plan next holiday nak g mana. hantu berjalan betoi semua orang. aku je la engkos nya kurang. well penganggur kan. nasib ade my mum. hahahahaha so next holiday kiterowang untuk bulan mac & april adelah GENTING & PENANG. 

apa yang kelakar, memasing dalam keta sama2 wish hope nanty bila kawen, akan  dapat husband yang suka jenjalan dan tak kedekut. kah kah kah kah hope so la kan!! amin amin amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...