Followers

Sunday, 9 December 2012

corat coret cinta cintun


Korang, pernah tak ade perasaan suker kat seseorang?  bukan la setakat suka biasa2 jer, i mean suka yang lebih dari biasa? ok la tak payah cakap pasal suka, tapi rasa cinta yang tak berbelah bagi. ala pernah tak bercinta. straight to the point terus. cinta sejati yer. hehehehe tetiba malam ni nak menggeli2 sikit. ni akibat frust tengok bola la seri Mas 1 - 1 Thai. hishhh hancur harapan musnah impian. dah la game pun agak boring jugak kan. ok stop pasal bola! sambung balik..

Nak cakap pasal pernah, yes aku adelah seorang yang pernah. pernah merasa Apakah itu cinta. cinta yang bisa membahagiakan kita dan cinta jugak la yang bisa mengalirkan air mata kita. Ala semua orang pun macam tu gak kan? ade saat manis, dan ade saat sedih. common ler benda tu. Mana ade orang yang tak pernah bercinta kan? cuma yang agak special sikit pasal my story, sampai boleh nak update kat blog ni, adelah............ sebabnya orang yang aku pernah suka, pernah sayang dan pernah menaruh harapan tu t minat a.k.a giler bola. So, tu yang tadi time tengok bola tu boleh terkenang kat die tue.. so sad!! rindu!! huhuhuhu

Adalah satu perasaan yang sedih apabila mengingati die okeh... kenapa? owhh panjang ceritanya.
jap ag aku sambung citer erk. but sebelum tu meh nak citer kenapa la aku boleh tersangat lah suka kat die ni. 
Die ni macam ade sesuatu yang interesting taw untuk dikenali. Hanya dengan suara pun dah cukup untuk meniIGAUkan aku sampai tak leh tido malam. seyes, die sangat cool, lembut & sangat lah serasi apabila bersama. bila aku dengan dia, aku rasa boleh bawak diri, selesa & boleh sembang apa pun. communication between aku ngn dia tersangat lah enjoyy!

Bila time aku ade masalah or feel terrible, memang aku akan cari dia. sebabnya die akan mudah paham dan tau apa nak buat bila aku dalam keadaan susah haty. ade feedback la, ade respon sehinggakan kekadang bila aku dengan dia aku boleh lupa segala masalah. rasa tenang. dulu, time my abah meniggal..aku adelah orang yang sangat sedih. rasa down sangat. tapi dengan ade nya die yang sentiasa memberi aku kata-kata semangat, peransang dan menenangkan diri aku, aku rasa emosi aku lebih terkawal. aku lebih kuat sebab die sentiasa menyokong aku. serious die SEorang sangat concern & super caring. romantik jangan cakap la. Sebab tu ler aku boleh trima dia untuk jadi lebih daripada seorang kawan.

paling tak boleh lupa, bila my birthday yang ke 17.. muda remaja lagi time tu auwww!! hehehee
die, jauh kan so tak boleh la celebrate sesama. kebetulan pulak masa my besday die kena operate lutut... 
well, dia kan gila bola, main bola sampai tempurung lutut pecah. xlarat aku nak marah, degil! main jugak. dah minat kan tak boleh nak cakap apa. tapi, sakit -sakit die pun dia xpernah lupa my besday, tetap wish. tapi wish dengan cara yang romantikkk. sampai sekarang tak leh lupa. bagai di syurga.. hehehe gedikss dah mai

kalau nak tau, masa aku berkawan ngan die ni, die dah berumur sikit la... xbanyak pun, sebab masa aku form 5 die dah study kat UIA kan. sikit je la beza umur pun. die seorang malas nak study. nak study untuk midterm pun mesty kena cakap fon. sejam sekali comfirm ade calling from him.. *sebab ni ler kowt asyik failed jer hehehehehe angau sangat dengan cinta kan.... aku pun sanggup ler bersengkang mata untuk temankan si mamat nie study... padahal bukan aku boleh study pun. lepas tu, siap tolong hafal kan apa yang die study. tapi bila time exam bukan die leh pun jawab. then biler die gtaw aku apa soalan2 yang kuar exam, aku pulak yang taw jawapan. tak ke giler? hahahaha  lepas tu dua dua gelak. sangat super sweet la time tue... sanggup apa sahaja. 

ehmmm xnak la citer lebih2, cukup ler kowt. sekadar mengingati kan. nak ikowt banyak lagi memory indah bersama... tapi tu semua hanyalah kenangan....... sekarang die dah jadik milik orang pun. dah kahwen!!! sedih kan??? aku kawan ngn die start dari form 4 sampai la diploma 2010. lama gler...then break off.... biasala, bila dah lama sangat kawan, macam2 masalah., manusia susah nak setia...... naseb la..
meraung air mata darah sekalipun ko xkan dapat punya.
betul la apa orang cakap, benda yang kita nak tu, yang kita sayang tu tak semestinya akan jadi milik kita. akan kekal bersama kita. akan ade jugak halangan & rintangan.....

tapi yang bagusnyer kiterowang, walaupun dah break tak pernah nak bermusuhan.. still kawan macam biasa.
atleast kami professional kan? cuma aku la... masih dirundung kepiliuan & kerinduan..chewahhhh
sekadar mengingati jer, nama pun kenangan indah kan.. untuk memiliki adalah mustahil...
hARapan menjadi layu~~~~~


selamat malam semua, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tak seberapa ni... 
bubyeee







MESEJ KEMANUSIAAN : SAVE THE GAZA










No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...