Followers

Saturday, 1 December 2012

Egokah Anda?


Xde kejer nak buat kan pepetang sabtu ni... terasa nak update jer blog ni.
tapi malas nak nulis panjang2. huhuhu
so tengok kat draft ade je entry yg belum di publish..
 then trus terpikir, eh ambik ni je la!
huhuhu dasar pemalash kan? whatever! cheaaaa berlagak kan

meh nak share2 sikit. xtually entry ni aku copy sebab macam best jer. ntah kat ne tah copy, dah lama dah. hahahaha sekali lagi aku pemalash kan? teruksss bahh ko ni
eh xper, aku copy tapi aku mintak izin taw. berhemah kan aku? cheaaaa

Tetiba pasal EGO kan? ala xpe, aku rase semua owang kat dunia ni dicemari atau dirinya tu mesty ditemani oleh2 Ego2 kan? apa pun ego anda, mohon sangat ego anda tu bertempat okeh. sendiri paham la..
ade masa ego tu bagus tapi ade masa jugak ego itu perlu ditundukkan. 
ehmmm! ehmmm!

 Ini adelah sedikit tipss tentang cara nak mengurangkan Ego anda dalam perkongsian hidup.
xkisah la dengan saper pun, dgn husband ker, boypren ker, kawan ker, pamily ker asal nama owang hehehehe...


CARA AWAL MENGURANGKAN PERASAAN EGO/SOMBONG 
DALAM PERKONGSIAN HIDUP

1)      ENAM perkataan paling penting diucapkan:-
SAYA MENGAKU YANG YANG SAYA BERSALAH

2) LIMA perkataan paling penting :-
ANDA SUDAH MENCUBA YANG TERBAIK

3) EMPAT perkataan yang paling penting:-
BAGAIMANA PULA PENDAPAT ANDA?

4) TIGA perkataan paling penting:-
SAYA MINTA MAAF

5) DUA perkataan paling penting:-
TERIMA KASIH

6) SATU perkataan paling tak penting:-
AKU


Nampak mudah tapi hakikatnya selalu sukar untuk dilaksanakan..
Nampak mudah tapi hakikatnya memerlukan kekuatan untuk dilakukan..

Bila ego menguasai diri, benda remeh boleh jadi marah..
Bila ego menguasai diri, hal sedikit boleh jadi rumit..
Bila rasa diri bersalah, ego pula tinggi menggalah..
Bila rasa diri benar, ego pula menjadi besar..

Tapi cuba kita renungkan..

Mengalah bukanlah bererti kalah..
Mengaku salah bukanlah bermakna lemah..

Menurunkan sedikit rasa ego membolehkan diri kita belajar untuk lebih menerima kekurangan..
Menurunkan sedikit rasa sombong membolehkan kita belajar untuk menerima kelemahan..

Memohon maaf atas kesilapan sendiri itu lebih suci..
Memohon maaf atas kesalahan sendiri itu lebih dihargai..
Memaafkan kesilapan orang lain itu membawa ketenangan..
Memaafkan kesalahan orang lain itu membawa kebahagiaan..



Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...