~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Actually hal ni dah lama menjadi isu antara my mum ngan aku.. huhuhu kenkadang rasa cam sangat lawak la. kenkadang rasa cam tak fair. Setiap orang bila nak kawen mesty inginkan theme color utk majlis ikut pilihan sendiri kan? macam aku la, aku kalu boleh nak warna gold atau pun purple. yes I love purple very very bery much. peberet kaler memang la... eh choooppp!!! nak gtaw erk, bercakap pasal ni, tak bermakna aku dah nak kawen yer. no no no no belum lagi. lambat lagi yer. plezzzs dont ask bila nak kawen? bila nak makan nasik minyak? sebab aku tak ade jawapan. sila tanya abang tengganu aku tu... hehehehe
Just share citer sebab aku rasa aku akan kalah la dengan pemilihan kaler. huhuhuhu comfirm kalu la betul2 jodoh dengan si mamat "bios" vios a.k.a abang tengganu tu, memang xde harapan la aku dengan kaler purple or gold tu. hoishh tak suka tak suka tak suka
before ni, like 2 bulan lepas, jenjalan ngan my mum kat padang besar... so terjumpa la satu kedai yang jual barang kawen cam bunga telur, hantaran, kelambu pengantin & etc la... mak aku boleh cakap pe taw.
meh nak bagi diolog sikit.
mak : adik, ni ha kedai barang2 kawen.
aku : awat mak? ade sesapa kirim barang kan? mak nak buat pa?
mak : tak dak sapa, saja la. senang la nanti. mai masuk kita survey harga.
aku : ??????? ## @@%%% layan kan je la.
motif nak masuk kedai? sengaja ler tue nak bagi aku stress nak suruh anak tunggal die ni kawen cepat. pandai mak psyco adik kan? adoiii memang stress. lambat lagi la..dalam aty je la cakap cam ni. yang paling tak tahan nyer, siap tanya salesgirl tu, kelambu ade bapa jenis warna. then carik punya carik ade la satu warna hijau. okeh mak aku tersangat lah xcited. dan aku? sangat2 tak paham. *macam die lak nak kawen kan.. huhuhu dan macAM aku nak kawen esokk jea. adoooii! mampus kalu mak aku baca nie....
hampir2 nak beli u olls. tapi aku halang sampai kena tarik tangan keluar. mak mak, hawat la... :-).
habis bab tu. masuk bab ke 2... ye la ari tu masa time cuty sekolah kan, aku pun cuty gak seminggu. memang time tu banyak giler la kenduri kawen. termasuk jiran aku kenduri. temanya biru. mak aku kan kira masuk pakatan la, macam persatuan la gitu. so biler dah habeh kenduri, tuan umah bagi ler cenderahati kat semua yang membantu tadi tu. biler balik umah aku selongkar la paper beg tu apa yang ada kan. gelabah weh. hahaha sunguh sweet. semua warna biru. cam biasa diolog bersama my mum...
mak : amboii cantiknya... semua biru
aku : banyak duet depa mak no, mahal2 la barang cenderahaty pun
mak : tu la, biasa la orang ada duet. elok jugak warna biru kan.
aku : adik xmau la warna biru. kalau adik, adik nak....... xsempat cakap mak aku potong
mak : umah mak nanty mak nak warna hijau. lembut ja, sejuk mata memandang. mak lama dah berkenan. sesuai dengan adik.
aku : la adik nak purple la. xmau hijau
mak : hijau cantik. sesuai, tengok la nanti. mak berkenan. impian mak tu warna hijau
aku : ehmmm mak ni
suker kan guna kuasa veto main Perasaan dengan anak mu ini. hijau jugak pilihan nya. okeh aku pun malas nak ambik port la. bukan nak kawen lagi kan. lambat lagi. so biaq p la. mana taw kot2 nanty mak aku bertukar fikiran. ke lupa pasal wana ijau ker. haahahaha
apa yang menyebabkan aku rasa kalah adelah selepas berbual kat tepon dengan abang tengganu a.k.a mamat bios baru je kejap tadi. die tu pun suker kaler hijau!!! sorang lagi telah menstress kan aku.
apakah ni? berpakat ker?
ini tidak adil, ini tidak adil, ini tidak adil bagi ku. citer nya cam ni. mamat bios ni baru balik pada kenduri umah kawan die, then call la aku. suara xcited giler. ntah kenapa tah. gelak2 lagi. geli i olls taw
Mamat bios : awak, sweet la kawan abg kawen tadi
aku : ooo erk? *cam xde pasaan hahaha
Mamat bios : rasa nak kawen pulak. jom?
aku : saper kata kiter nak kawen ngan abg?
Mamat bios : amboii sombong. abg paksa xpe!
aku : hahaha x penyaborr
Mamat bios : nanti kalu kiter kawen, kiter pakai wana hijau erk syg?
aku : whatt ???????????? pffttttttt
sorang lagi nak hijau... xfaham. cantik sangat ke ijau? ijau pucuk pisang or ijau kepala itik? tak tau describe ijau yang mereka berdua ni nak. satu jer harapan aku, semoga mereka boleh tukar fikiran untuk pilih warna purple/gold ataupun aku boleh suka dengan warna HIJAU. homaigod homaigod homaigod.
Mesej Kemanusiaan : SAVE THE GAZA
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss