Followers

Monday 24 December 2012

Safi Balqis


assalamualaikum.........

Ini adalah iklan tidak berbayar ya. sesajer nak buat entry nih, memandangkan aku dah tak de idea sangat. keh keh keh dah lama nak sharing cuma keadaan tak mengizinkan. ye la, setiap masa entry i olss mengarut je kan. okeh, today meh kiter share tentang produk skin care apa yang i is pakai. disebabkan keberkesanannya, memang tak teragak agak la nak post kan.

I is adelah jenis orang yang simple, dan produk yang  diguna pun adelah simple jugak. boleh dapat kat mana mana jugak, even kedai runcit. hoooo tersangat lah murah. seyesly aku tak ambil kesah sangat produk tu fofulars or branded ke, janji ianya berkesan! puas haty. betul tak?

Aku just guna Safi Balqis Perfect 10. tak de saper yang suggest kan pun, just terpengaruh dengan iklan jer. muaaahaahahaha cepat betul dipengaruhi kan. aku memang cepat terpengaruh. before nih aku aku guna Irise & ponds. tapi cam tak berapa ok. so tukar ler. setahun lebih dah pakai ni, alhamdulillah kulit muka semakin licin, lembab, lembut, semestinya bertambah putih dan yang penting say no to jerawat!! 

dulu masa mula mula pakai tak de la kesah sangat pun. buat cukup syarat je, janji pakai pencuci muka or cream. dan biler sesaper tanya, ko pakai produk apa? so senang la nak jawab kan. aku pakai Safi Balqis jer. tak fikirkan sangat pun, kesan die okay or not. yang penting tak burukkan lagi kulit wajah aku, cukup. cuma sejak dua menjak ni ramai yang tegur aku, selalu pulak tu. sebelum ni ade, tapi jarang la puji. kendadang je.....but now, ade yang cakap,,,,,  'muka makin cantik la' ,  'putih dah dari dulu'  'jerawat tak de pun awak ni' , 'eh wangi nya muka biler hug dengan awk' *perempuan yer , 'berseri seri muka, pakai apa'. ini bukan rekaan ya, tapi ni hasil pujian mereka mereka yang alert dengan kulit muka aku. hahahaha

sejak dari tu, aku salu la telek telek muka aku ni kat cermin. tiap tiap hari. sekali tengok, eh ye la... betul jer.. tak puas haty lagi, tengok balik gambar2 yang lama. ehmm memang tak dinafikan ade banyak perubahan. then sebab nak comfirmkan lagi, aku try lagi produk Safi Balqis yang serum tu pulak, seyly memang berkesan... aku sapu kat leher dan tangan, lepas mandi la. ade perubahan. putih sikit la dari biasa. pakai dalam 3 weeks cam tu. cepat gak kan effect die. so disebabkan menjadi, aku teruslkan la guna ni.

tiap kali mandi mesti pakai pembersih muka ni... paling kurang 2x sehari



lepas mandi sama ade nak keluar kan, before pakai bedak aku sapu cream ni dulu. cream die sangat smooth, mudah nak sapu dan sekata. so tak de la bertompok2 kan. tapi kalu kat umah je, aku xpakai pun.


dan kalau rajin, before 30 minit aku nak keluar iaitu sebelum pakai krim kecantikan or krim siang aku akan sapu serum ni dulu. serum ni bau die sangat best. wangi tapi soft. selesa la.. muka automatik nampak segar biler sapu. tak caya try guna. sapu kat muka, leher dan tangan... tak kan muka je nak putih? tangan pun mesty!



last, aku pakai scrub. seminggu 2 kali je pakai. scrub aku tak leh pakai hari-hari coz muka aku sensetif. nanty kulit kering & jerawat datang. hoishhh kenkadang tu seminggu sekali je. dah 2 bulan dah pakai scrub ni, tapi tak habis2 lagi.. 



aku cuma pakai empat benda ni jer... pelembab, toner,  krim malam belum lagi. krim siang pun aku jarang guna. beli ary tu, pakai sekali je. bukan tak nak guna, banyak sangat cream. tak tahu nak sapu mana dulu. so biarkan je dulu. huhuhu jadi yang lain tu tak beli la. takut tak terpakai. membazir jer. tak reti la banyak2 sangat. ini dah, cukup. berkesan jugak kan. hehehehe *pemalashh sebenarnya.


SEBELUM. muka dulu gelap sikit kan. bukan sikit, gelap banyak okeh.
berminyak lak tu. nak nampak putih teraksa pakai cream hehehehe
tak de la banyak sangat berubah, tapi tetap ade perubahan.


SELEPAS. konon2 hahahaha tak dinafikan time ni make up sikit. hehehehe
eh tapi betul tengok pic aku kat fb, ade banyak perubahan.
putih sikit dari biasa, berminyak pun dah kurang.
yang penting, tangan tak de hitemmm sangat.
kui kui kui


ehmm pada aku Safi Balqis ni lebih dari okay la.. kat u olss tak taw la kan. terpulang la kat kulit muka. tengok pada tindak balas. aku bernasib baik, serasi dengan kulit. buat masa belum terasa nak tukar lagi. cuma kalu ade duet lebih ingat nak try TABITA. hehehehe kalau ade duet lebih la....  if u olls nak taw detail about produk ni korang klik sini.... SAFI. semua ade yer. 



9 comments:

  1. wahhh... bagusnya produk ni... tapi kulit hani tak boleh pakai safi balqis ni sbb dah semula jadi putih... kalau pakai nati terlalu putih nampak cam hantu pulak... huhu

    ReplyDelete
  2. sebab hani dah putih. hehehehe kulit hani dan cantikk. licin je,
    lagipun different org different effect kan. hani pakai apa ya? share ler,,,

    ReplyDelete
  3. Ha'ah lah...nampak perubahan nya...best nya..:)
    singgah follo sni juga #76

    ReplyDelete
    Replies
    1. atieyusof : kan hehehehe
      insyaallah akan follow...

      Delete
  4. nampak bezanya..hehe..tahniah..(^^,)

    ReplyDelete
  5. pakai krim kecantikan je boleh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer.... tapi kalu nak lagi berkesan.. pakai serum. bagus!

      Delete
  6. cantik :) makin berseri2..berapa lama pakai nak dapat kesan mcm tu?

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sayang
Sila tinggal kan komen anda
Kalau suka sila Like
-thanks singgah sini, jemput datang lagi yer.
mmuaacksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...